Sunday, February 6, 2011

24 and still...alamak, beaten la pulok...tapi, apa ada hal??

       
          " Menang jadi arang, kalah jadi abu", teringat aku kata -kata sorang pakcik ni ketika aku duk tunggu kereta untuk diperbaik 'air cond'. Kiranya, Wolves jadi arang, United jadi abu.Aku terima kekalahan ni dengan rasa penuh keinsafan dan perasaan nur kasih. Dah la demam ni. Memang menyayat hati la jugak. Tak mau lagi riyak -riyak seperti post match 23 itu dulu. Haktuih.


           Ok la tu. Aku tak berkesempatan nak pegi Molineux disebabkan balik kampung. Match pun satu haram aku tak dapat tengok sebab Opah aku tak langgan channel sukan. Pada perhatian aku, opah aku hanya suka tengok Gerak Khas, Roda-Roda KL, Cerekarama, Akasia, dan yang sekutu dengannya.


           Gol Nani memang tak membantu pada awal-awal game. Anak rusa Nani tak kembang ekor lagi gamaknya. Tengok-tengok keputusan kem Arsenal, aku tersenyum simpul persis gadis yang mahu dipinang orang. Dah bagi 4 pun still nak tapau 4 lagi.

     
          Kahkahkahkahkah.Kasi gelak sama itu kem Arsenal. Kem United tak mau ikut you punya 'Invincibles'. Apa guna invincible tapi tak pernah menang Champions league dengan Club World Cup. (Sehingga catatan ini ditulis).


Aiseyman...camana bole kena dengan team Serigala jadian ni.Naharem.



"Aku rasa antara penyebab kekalahan United adalah sebab aku dah nak bersara gamaknya. Aku menyebabkan depa rasa sedih dan murung lagi moody", getus Neville.




Kita jenguk pula kem Arsenal.......

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|








Photo credit:
http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-1302779/
http://sgforums.com/forums/2497/topics/415749

.

No comments:

Post a Comment