Monday, March 28, 2011

Sesi bergasak dan bergomol

           Dah agak lama tak pekena benda-benda macam ni. Apa kejadahnya aku boleh terjebak dengan benda-benda ni semua?? Dua hari kena hentak, lenyek,'tackle', hempap, 'hand off' dan sebagainya , tapi rasa puas yang amat lepas pekena benda ni, kena pulak pekena bersama-sama dengan geng lama.

"I prefer rugby to soccer. I enjoy the violence in rugby, except when they start biting each other’s ears off " -Elizabeth Taylor (RIP March 2011)


           Dapat la jugak merasa 6 'game' dalam sesi bergasak kali ini. Dah dekat 3 tahun tak pekena benda ni, jangan expect nak fit macam dulu-dulu, tapi bisa tu masih ada lagi di situ, bak kata orang tua-tua. Lagipun dah nak berumahtangga tak lama lagi ni, malas la nak pulun sangat, kang tak pasal-pasal patah riuk sana sini pulak. (Cett, alasan la tu).

Gambar sekitar sesi bergasak di UK Malaysia, Bangi
                      
            Sekalung penghargaan kepada geng-geng bergasak lama dari ex-UMP Sharks, Toyol (pengurus), Cik Abe, Jimi, Muneq, Pak Abu (ex Sharks, tapi main untuk Kajang RC sebab terlalu power), Aizam, Mock, Baxter, Veron, Raja, Ramo, Matje, Mekor,Bad, Shah, Ayie dan tak lupa juga pada cik pentunang kerana telah sama-sama datang untuk memberi sokongan yang amat padu.


******

           Hari Isnin pagi tadi memang super power dia punya 'Monday blues'.Dengan tengkuk rasa macam tak boleh nak pusing campur dengan lutut bengkak dan badan sengal-sengal ubi memang mencabar kewibawaan aku untuk bangun pagi dan mandi dengan jayanya.


.

No comments:

Post a Comment