Thursday, September 29, 2011

Muhammad Al Fateh a.k.a Mehmed II

Aku beli dekat KLC (Shopping mall terhebat di Kulim). Harga asal RM15, dapat diskaun jadi RM13 lima kupang

           Ulasan dari member-member yang boleh diikuti :

"Daripada kita agungkan hero2 barat. Teramat baik kita agungkan hero2 islam. Malangnya dari kecik kita disuapkan dgn material dari barat. Worse, kita agungkan hero2 tipu dari barat such as superman, batman and so on. Hero2 islam kita yg benar sgt baik dijadikan teladan. Mereka semua hero perang yg digeruni dan dihormati. Peribadi yg hebat. Amalan ibadah yg hebat. Muhammad Al-Fateh, khalifah hebat yg mn disebut dalam hadis Rasulullah. Penakluk Constantinople. Probably Akhmal boleh set bebila pukul 1pm at surau to tell us more on the great true story of Sultan Muhammad Al-Fateh" -Amirul (CEO & founder, Spellbound Studio)

"Kat surau tadi Amirul Shafii dan Fernando Ikmal buka cerita tentang Sultan Mehmed II. Golden Horn, meriam besar dan apa bana lagi yang memang layan untuk didengari...mohon cerita lagi nanti" - Maonx (sasterawan poyo)

"good sharing, until husband balik beli buku novel Muhammad Al-Fateh. time dinner share cerita dgn mak ngan tok pasal apa yg didegnar di surau, thanks for the sharing :) " - Sorfina (pengkritik bebas)

.

Monday, September 26, 2011

Seri


           Seri pun seri lah. Janji ada 'point' dan janji main power macam biasa Apa ada hal??


             Owh...bukan United sahaja yang keseorangan dalam seri-menyeri ni. Tarahal lah.


.

Tuesday, September 20, 2011

Apa khabar, dunia?

Tanggal itu
Hari itu
18 September 1985-bersamaan 3 Muharram 1406 Hijrah
Telah lahir aku untuk menghadapi dunia ini
Seperti yang telah ditentukan oleh Sang Maha Pencipta lagi Maha Kuasa
Alhamdulillah
semuanya selamat
semuanya lancar
semuanya mengikut plot
yang telah ditakdirkan

Ayahku -yang aku panggil Abah
Nun jauh di Kolumpo -mencari rezeki di sana
saat aku mahu keluar mahu melihat dunia
Arakian hampirnya dan saratnya emakku mengandung- dihantarnya ke kampung mentua di Selama
Buat jagaan sementara

Yang ada, selain bonda- di kampung Rantau Panjang, Selama itu
Hanyalah emak saudaraku yang masih dara -Mak Ndak dan Mak Lang
serta Opah dan arwah Tok Wan yang mengikut sifir umurnya -tua yang kiranya masih muda
Merekalah menjadi peneman
dan ada di tempat kejadian

Pada pagi itu
Misi -ataupun 'nurse' -Melayunya dipanggil jururawat
senang cerita -Bidan kampung kerajaan
Lintang pukang kucar kacir bersiap siaga
Saat bonda sudah mula pecah ketuban
Syukur, semuanya sempat dan semuanya lancar
Talipon dan henpon?
Tika itu celah mana nak ada
arwah Tok Wan yang pulun naik Honda 'cub'nya itu
membawa bidan
Bidan Siti namanya
oghe dari negeri Siti Wan Kembang

Bukan di hospital, bukan di klinik, bukan di jalanan dan bukan pula di atas kapal terbang
cuma dalam kamar tempat beradu Opah dan arwah Tok Wan
Bidan Siti menjalankan tanggungjawab dan urusan
Di atas kamar itu - masih ada dan digunapakai hingga kini
Bonda dibaringkan
Teran, teran dan teran
Akhirnya, muncullah saat kelahiran
Jadilah aku warga dunia yang baru

Jam 4.45 pada pagi yang hening itu
Aku mula keluar dari anggota badan bondaku
Mengorak langkah menerjah dunia baru
badan itu? Ya, tak perlulah untuk aku khabar dari bahagian apa
Sila belajar lebih lanjut dan ambil pot

arwah Tok Wan mengalunkan azan ke telinga kananku
disusuli iqamat ke telinga kiri pula
buat pembuka kalam pertama didengari aku
kerana syaitan sudah 'stenbai'
sudah berjanji dan melaung ikrar untuk memusuhi dan mengganggu gugat manusia

Abahku
Tak bersama pada saat itu
pastinya waktu itu
sedang tidur nyenyak menunggu hari siang untuk tiba bagi mencari rezeki
Mujur ada talipon di pejabat MARA
Dapat panggilan pada pagi itu- terus ke Puduraya
Dapatkan tiket bas yang terawal
untuk pulang ke kampung menemui cahaya mata tercinta

Seperti yang diceritakan bonda - aku lahir awal seminggu dua dari tarikh ramalan para tabib
Ketika itu, tiada lagi mesin-mesin canggih digunapakai
Mesin sonografi masih belum meluas lagi penggunaanya -buat imbasan rahim,pengukuran saiz bayi,
degupan jantung, dan apa bana lagi fungsinya
Apa-apapun - Ah lan wa sahlan , dunia!

******
26 tahun berlalu
masih terasa lagi seperti baru menjenguk dunia kelmarin
masih merindui saat-saat dan detik-detik itu
ketika masih lagi suci dan murni
ibarat kain putih -yang tiada cela

Kek hari lahir pertama selepas berumah tangga dari isteri


.
photo credit: http://sarahgreenphotography.com/blog/tag/baby/

Monday, September 19, 2011

Musuhnya habis binasa!


           Argghh..aku dah malas nak tulis panjang berjela-jela. Lebih baik aku pekena roti jala lagi bagus. Biar gambar berkata-kata.

Apa ada hal??


Ini...ini...ini adalah...dah la...aku cukup bersimpati pada si dia ni


Moscow 2008 berulang kembali? ataupun Rooney ni nak menganjing Terry?



Sementara itu, kita jengok- jengokkan tetangga kita yang lain apa macam depa di sana........
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


Dibinasakan Blackburn

Dibinasakan Spurs

Dibinasakan oleh....tak mau la nak bising-bising

Dijodohkan dengan Fulham

.

Thursday, September 15, 2011

Merdeka, Mat Sabu dan Mat Indera

Mat Indera pun ada fesbuk. Jangan main-main.

            PERKASA menyifatkan kerajaan mungkin lemah apabila didakwa tidak bertegas terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung kenyataannya dalam isu Mat Indera dan tragedi Bukit Kepong.

Presiden kumpulan pendesak Melayu itu Datuk Ibrahim Ali berkata, selepas pelbagai tuntutan dibuat di dada akhbar, termasuk melucutkan kerakyatannya, sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

"Kalau kita cadang Mat Sabu ditangkap, kita akan ditertawakan. Apakah kerajaan kita lemah? Mungkin, sebab kita tidak bersatu. 

"Kalau kita mahu kerajaan kita bertindak tegas, yang penting ditunjukkan dahulu bahawa Melayu bersatu. Kalau tak bersama, macam mana tindakan tegas boleh diambil," katanya dalam forum membincangkan isu Mat Indera di Kuala Lumpur malam tadi.

Anggota parlimen Pasir Mas itu berkata, walaupun kerajaan cuba "menarik rambut dalam tepung", kesabaran orang Melayu mempunyai batasnya.

"Nasib baik saja Mat Sabu. Kalau saya jadi menteri dalam negeri, dah hancur Mat Sabu ini. Daripada bulu atas sampai bulu bawah saya cabut. 

"Tetapi macam saya cakap tadi, kerajaan kena bertindak bijak. Kita bersabar. Tetapi sabar ada batasnya," katanya yang terkenal dengan kelantangannya itu.

Dengan nada amaran, Ibrahim berkata, apabila rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan ia menunjukkan "tanda yang tidak baik dalam negara".

"Jangan rakyat ambil undang-undang dalam tangannya sendiri. (Presiden Majlis Perunding Melayu) Prof (Kamarudin) Kachar kata tadi, kalau jumpa, dia akan tempeleng Mat Sabu. 

"Jadi, perdana menteri please (tolong), menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein please bertindaklah dengan tegas daripada sekarang," katanya.

Berucap di hadapan ratusan peserta, Ibrahim mendakwa, isu sebelum ini seperti penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0, isu Gereja Methodist Damansara Utama dan usaha memurtadkan juga menyaksikan tiada tindakan. - MalaysiaKini



Woit!


Apa pasal,
Dalam banyak -banyak benda yang dia cakap,
yang paling buat aku tergelak,


Braheng Alee nak cabut bulu Mat Sabu...
Kehkehkehkehkehkehkeh
.

Tuesday, September 13, 2011

80-90an punya cerita - UPSR


Bukan aku dan sekutu

Masih segar dalam ingatan,
ketika September 1997 itu di Selama,
Ketika itu - baru nak sedar,berjinak-jinak dan ambik pot pasal benda-benda serius,
UPSR, kata cikgu aku dan keluarga-keluarga termasuk sepupu sepapat yang lain - suatu benda yang serius,
Hatta aku cuba untuk serius - tapi masih tak dapat nak jadi serius-seseriusnya jugak
Untuk mendapat lebih 'feel' serius itu, sehari sebelum Hari Serius September 1997 itu - Aku dan kawan sekampong setaman, bermain bola di padang gurun tanah merah seperti kebiasaan


Dalam menempuh hari itu - solat hajat, Yaasin, kismis pandai, latih tubi yang bertubi-tubi, 'camping' motivasi, bengkel sana-sini, 'study group','tusyen',dan apa bana lagi- tapi main tetap kena ada,
Semuanya telah dilalui dan ditempohi,
Nasib baik zaman itu tiada lagi kewujudan 'Jus Tok Guru',
Kalau tak, mesti 'sold out'!


Entah kenapa,
Hari serius itu dilalui dengan begitu tenang dan kool sekali -tiada gementar dan gemuruh yang keterlaluan,
Dimulakan dengan doa - Doa yang biasa-biasa sahaja ketika mula kelas
Mungkin tak ambik pot sangat atau kurang impian dan cita-cita
Kata-kata perangsang dari cikgu dari dulu- Belajar biar ikhlas dan bukan semata-mata mahu 'A' atau masuk sekolah hebat
Tapi waktu itu masih tak paham tentang ikhlas - segalanya buat atas arahan dan teladan orang tua


3 hari ditempohi,
5 ujian dijalani,
Selepas itu, apa lagi - Merdeka! -bayangkan kegembiraan saorang budak-budak pada waktu itu, ingatkan kembali kenangan itu, ditambah pula dengan sorak dan hiruk pikuk kawan-kawan
Paling hebat - ada jamuan kelas hujung tahun - makan mee dengan ayam KFC dan dapat pekena 'Coke'        - itu sudah dikira hebat
Ditambah pulak dengan awek-awek sekelas yang mula jadi 'cun'
Nafas dihirup dengan perasaan lega - UPSR sudah habis,
Hari Serius September 1997 itu sudah tamat- buat sementara waktu....


Nota:
"Negara kita tidak dijajah, tapi cuma bernaung " -kata-kata Prof. Zainal Kling
Jadi apa gunanya 'Merdeka' ?
Selamat menjalani peperiksaan UPSR 2011 kepada semua warga UPSR sekalian -aku dah lepas, kehkehkehkehkeh!

"Ada 'degree' pun kadang-kadang susah nak dapat kerja, inikan pulak dapat 5A UPSR" -Anon

.

Sunday, September 11, 2011

Hanya ada satu pasukan di Manchester (2)


           Persembahan bertaraf 5 bintang seumpama hotel 5 bintang telah dipamerkan United sekali lagi. Jiran tetangga yang bising? itu tak mengapa dan apa ada hal? Hari ini kami senyapkan hangpa lagi.

Hatrik? Kami pun ada.Siap hatrik sebanyak 2 permainan berturut-turut dari Rooney the Shreko.

3 gol tanpa balas? Baik, kami pulak sumbat 5 gol tanpa balas.

Sekali lagi, Noisy neighbours? Apa ada hal !

5 sekawan..5 - 0....5 bintang

9 11 - Hollywood ala Bush

           Sedekad yang lalu. Ya, sedekad yang lalu pada tanggal ini. Runtuhnya WTC menjadi bualan seantero dunia. Landskap politik, agama, sosial, ekonomi dan lain-lain telah berubah sekaligus di dunia ini.

          Tanggal 9 November 2001 yang mana dunia dipertontonkan dengan filem ala Hollywood terbaik pernah dihasilkan banyak mencetuskan banyk persoalan dan konspirasi yang masih tak terjawab dan kurangnya pembongkaran. Kalau ada pun, tiada mana-mana sekutu Amerika pun yang akan ambik pot. Semuanya percaya yang tragedi 9 11 adalah angkara teroris Islam.

          Malapetaka bermula sejurus acara angkat sumpah George Bush sebagai presiden Amerika Syarikat pada tanggal 20 Januari 2001. Pasca 9 11 ; perang terhadap Afghanistan, penaklukan Iraq, dan beberapa lagi siri pengeboman berani mati yang berlaku.

          Selepas ini apa lagi tindakan dan helah Amerika yang menobatkan diri mereka sebagai polis dunia?


Bush dan Osama...Dua watak penting 9 11

Salut untuk mereka yang berani!

Gotcha!

|
|
|
|
|
|
|
|
|


Baling kasut menjadi hiburan rakyat yang bencikan penindasan
Beberapa karya satira tragedi kasut terbang ke muka Bush

.

Friday, September 9, 2011

Piala Dunia Ragbi 2011

           Selamat datang ke New Zealand !!! Nau mai haere ki Aotearoa !!

Haka dari All Blacks..tradisi Maori ;sebelum permainan bermula


Springbok tetap jadi pilihan dan sokongan. Gambatte!





Kickoff

Tangkap bola

Scrum

Lineout

Melarikan diri

Kena 'tackle'

dan akhirnya 'Try'...hiiihaaa

2 mata tambahan untuk 'conversion'


.

Pernahkah...



            Aku tak ambik pot sangat pasal peristiwa janggal@awkward yang melanda orang lain, tapi aku lebih ambik pot terhadap peritiwa janggal yang pernah aku alami. Bila ingat balik benda-benda janggal yang aku alami ni rasa nak tergelak pun ada, bengkek pun ada jugak.

            Pernahkah hangpa...

1) Masuk ke dalam bilik air/tandas dan melihat beberapa ketul tahi, atau kencing yang bertaburan dalam tandas itu. Hangpa merasa jijik dan terus keluar. Selepas itu, orang lain pulak yang nak masuk guna tandas itu dan memandang anda seperti ada sesuatu.

2) hangpa bersalaman dan mengucapkan selamat jalan kepada mereka yang ingin pulang, tapi lepas tu hangpa sedar yang orang tersebut mempunyai jalan pulang yang sama, atau destinasi yang sehaluan

3) hangpa pikir yang ada seseorang duk melambai tangan kat hangpa dan hangpa melambai balik. Tapi sebenarnya dia melambai tangan dekat orang lain.

4) hangpa berada dalam 'lift' yang senyap dan kemudian terbersin ataupun member hangpa yang kentut. Alih-alih semua orang kemudian 'usha' baik dekat hangpa

5) hangpa tertidur dalam surau/masjid semasa duduk bersila, kemudian tanpa disedari air liur basi meleleh. Hangpa terjaga dan memandang ke sekeliling sambil berharap tak ada siapa pun yang perasan.

6) hangpa berada dalam LRT/Komuter/bas yang sesak dan perasan orang lain telah tersentuh atau sengaja menyentuh belakang orang didepan hangpa, alih-alih hangpa yang kena 'sound'

7) hangpa berjalan dan perlu berselisih jalan dengan orang di depan anda di suatu jalan yang agak sempit, tapi masing-masing nak mengelak dan menuju ke arah yang sama.

8) hangpa duk tengah 'setting' rambut dan 'dress up' baju, atau duk 'ejas' parking seluar dekat cermin gelap kereta orang, alih-alih ada orang dalam kereta tu dan sedang 'usha' hangpa

9) hangpa diminta untuk menceritakan pengalaman lawak semasa minggu orientasi atau 'ice-breaking' depan member-member kerja atau belajar yang baru, tapi takda sapa pun yang gelak. Kalau gelak pun seminit dua lepas tu

10) hangpa tengah best duk layan 'movie' atau drama cerita omputih ka dengan keluarga termasuk mak ayah hangpa, tiba-tiba ada 'scene' ehem-ehem...kemudian masing-masing senyap dan tengok atap atau syiling sambil tengok cicak

11) hangpa semangat nak pergi bersalam dengan ustaz ka, 'player' bola ka, artis ka, menteri ka, dah hulur tangan dan stenbai nak bersalam, alih-alih depa tak salam-salam pun

12) hangpa tengah memandu atau tengah bawak motor dan sengsara dalam 'traffic jam' menahan sakit perut untuk pergi dating ka, majlis apa bana ka, kerja ka, alih-alih, tecirit dan keluar 'benda' tu seketul dua. Naharrom.

13) hangpa menulis atau meng'update' sesuatu dalam fesbuk yang anda rasa best dan berinformasi, tapi tak ada siapa-siapa pun ambik pot dan 'like' atau komen

14) hangpa menjawab dengan penuh yakin dan lantang dalam kelas, tapi sebenarnya jawapan tu salah dan semua pelajar termasuk awek idaman hangpa memandang hangpa dengan muka toya

15) hangpa terjatuhkan barang dekat pasar raya atau 'shopping complex', tapi tak dapat nak perbetul balik macam asal. Alih-alih pekerja dekat situ 'usha' baik punya dekat hangpa

16) hangpa dengan machonya dan riangnya bersorak sebab 'team' bola sepak feveret hangpa 'score' gol di satu restoran mamak yang penuh dengan peminat pasukan musuh, alih-alih gol tu batal sebab offside atau 'technical error'

17) hangpa sedang keluar ber'shopping' dengan member-member, alih-alih kena bagi komen pasal baju yang di'test' oleh member-member hangpa tu. Member yang 'try' baju tu rasa lawa dan 'kena' dengan 'taste' depa, tapi dalam hati hangpa rasa baju tu la yang paling tak lawa dan paling huduh sekali. Tapi sebab nak jaga hati member-member...

dan yang paling turrrrrrr......ini pernah terjadi dekat aku

18) hangpa masuk ke dalam tandas untuk mencuci tangan dan perasan yang ada sorang mamat tengah kencing berdiri, lepas tu dia tak basuh tangan lepas zip seluar. Alih-alih baru hangpa tau yang dia tu member lama hangpa atau member kerja dan dengan selamber dek duk hulur tangan untuk bersalam dengan hangpa. Cilakak.

.

Pengajaran untuk anak-anak kita

           Dipetik dari dinding fesbuk member aku ;

"How do you expect kids to listen to their parents... Tarzan lives half naked, Cinderella comes back home at midnight, Pinocchio lies all the time, Aladdin is the king of thieves, Batman drives at 320 KM/h, Superman with his red underwear outside, Sleeping beauty is lazy, and Snow white lives with 7 guys. We shouldn’t be surprised when kids misbehave! They get it from their story books. Copy this on your wall if you laughed!!! Hilarious really but true."

          Pikir, pikir dan teruskanlah berpikir. Betul yang semua tu ada 'moral of the story' yang bagus. Tapi bukan semua yang ambik pot pun. Hidup zaman sekarang ni memang mencabar, lebih-lebih lagi dalam mendidik anak-anak. Budak-budak sekarang bukan setakat berani 'pijak' kepala mak bapak, yang selamber dek bunuh mak bapak dia macam bunuh nyamuk pun ada.

        Salah didikan dari awal? Kurang atau tiada penerapan ilmu dan cerita tentang Islam dari kecik lagi? Entahla. Harap kita semua mendapat perlindungan dari Allah swt. Amin.

.

Wednesday, September 7, 2011

Bukti kekuasaan Maha Pencipta dan Maha Berkuasa yakni Allah SWT




" Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai" [Al-Hajj 22:5]

"Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta". [Al-Mu'minuun 23:14]

"Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging; kemudian Ia mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian kamu (dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; kemudian kamu (dipanjangkan umur) hingga sampai menjadi tua. Dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan sebelum itu. (Allah melakukan kejadian yang demikian) supaya kamu sampai ke masa yang ditentukan (untuk menerima balasan); dan supaya kamu memahami (hikmat-hikmat kejadian itu dan kekuasaan Tuhan)".[Ghaafir 40:67]

"Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?" [Al-Qiaamah 75:38]

"Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;" [Al-'Alaq 96:2]

Tuesday, September 6, 2011

Ular dan Keling



            Perkataan 'Keling' memang jadi satu perkataan yang taboo pada pengamatan aku untuk disebutkan aku(kerana larangan orang tua);dari aku kecik lagi di Malaysia ni. Lebih-lebih lagi kalau cakap perkataan ni ditempat yang terbuka. Berdasarkan pengalaman aku, benda ni tak akan jadi masalah jika bercakap semasa di sekolah aku dahulu (yang dahulunya semuanya lelaki dan Bumiputera), tapi akan jadi amat sensitif untuk di'royak'kan apabila di tempat bekerja, di restoran-restoran, tempat-tempat awam, hatta tempat pengajian sekalipun yang secara amnya terdapat pelbagai kaum (yang tak perlulah aku nyatakan satu-persatu).

          Aku tak beberapa pasti apa sebab musabab yang 'lead'kan benda ni, tapi aku percaya yang orang Melayu tak akan membabi-buta mencipta satu peribahasa yang aku kira sudah di'banned' yakni ''Jumpa ular, jumpa keling, ketok keling dahulu''. Mesti ada sesuatu.

          Jadi selepas ini, janganlah hangpa perlu 'usya' kiri dan kanan dahulu untuk menyebut perkataan 'keling'. Bagi aku ianya bukan rasis dan bukannya penghinaan. Tapi pandangan masyarkat itu sendiri yang menyebabkan ianya seperti 'berdosa' untuk disebutkan.

         Artikel dibawah diharap dapat mengubah persepsi dan membuatkan kita berpikir, berpikir dan terus berpikir demi membuka sedikit minda kita yang kadang-kadang mungkin terlalu jumud dan tak pernah ambik pot.


*******

Saya terbaca tentang seorang hamba tuhan yang telah menyaman Dewan Bahasa dan Pustaka kerana menggunakan perkataan KELING dalam Kamus Dewan. Sekali baca kes ini kelihatan sesuatu yang betul – politik tepat (politically correct) - tetapi jika diberi perhatian rapi maka kes ini 'terbarai' ditengah jalan.

Saya tidak terlatih dalam ilmu hukum atau undang-undang tetapi sebagai warga, saya merasakan wajib untuk memberikan pandangan tentang perkataan 'keling'. Ini kerana pada satu masa dahulu saya pernah menggunakan perkataan ini untuk tulisan saya tetapi telah di'sunat'kan oleh tuan editor yang juga tidak memahami susur galur teromba dan sejarah perkataan keling ini.

Jika sesiapa yang membaca kitab Sejarah Melayu pasti akan bertemu dengan perkataan keling ini. Kitab ini ditulis lebih dari 600 tahun dahulu. Ini bererti perkataan keling ini pasti telah wujud lebih awal dari 600 tahun.
Fakta sejarah telah menunjukkan bahawa hubungan Tanah Melayu dengan apa yang dikenali sebagai Benua Keling telah wujud bagitu lama sekali.

Apakah kita lupa tentang Gangga Negara dan Langkasuka – ini adalah kerajaan Melayu lama di utara Tanah Melayu yang asas budayanya datang dari Benua Keling. Apakah kita terlupa tentang sebuah kuil Hindu yang wujud semenjak 7 AD di puncak Gunung Jerai yang telah dijadikan 'pelita pedoman' untuk kapal-kapal yang masuk ke Sungai Kedah. Sayangnya kuil bersejarah telah dirobohkan beberapa tahun dahulu.

Dari Sejarah Melayu kita terbaca bagaimana Sultan Melaka akan memberikan hadiah persalinan kepada orang yang telah berjasa. Sultan akan memberikan Pakaian Keling, Pakaian Bugis, Pakaian Arab atau Pakaian Cina. Ini sebenarnya pakaian 'en vouge' pada ketika itu.

Dari mana asal-usul perkataan keling ini? Dari Sejarah Melayu kita tahu bahawa ada sebuah negara yang di panggil Kalinga. Negara kuno ini wujud di Benua Keling. Harus diakui bahawa konsep India itu adalah sosial konstruk yang wujud hasil dari pertembungan Benua Keling dengan penjajah British. India moden hari ini dalam konsep kuno ialah Bharat. Ketika pertembungan orang-orang Tanah Melayu dengan orang dari Benua Bharat konsep India moden masih belum wujud.

Tidak ada sikap dan niat rasisma dalam penggunaan perkataan keling dalam Sejarah Melayu atau dalam Kamus Dewan. Malah manusia Melayu hingga ke hari ni masih menggunakan perkataan keling sebagai nama. Di kampung saya ada seorang perempuan yang namanya Keling. Kami semua memanggil dia Orang Tua Keling.Malah ada juga seorang Professor dan seorang penulis Melayu yang nama keluarganya Keling/Kling yang selalu kita terbaca dalam media arus perdana.

Pertemuan-pertemuan awal orang-orang Keling dengan orang-orang Melayu telah melahirkan beberapa peribahasa. Contohnya – Jumpa ular jumpa keling bunuh keling dahulu atau 'auta keling'. Perumpamaan ini lahir dalam konteks pertembungan manusia Melayu tradisional - manusia pertanian - dengan peniaga-peniaga dari Benua Keling. Ini adalah pengumpulan pengalaman mereka.

Keadaan dan situasilah yang melahirikan konsep atau bidalan ini. Ini samalah dengan apa yang berlaku hari ini bahawa orang-orang bukan Melayu menganggap semua orang Melayu itu memiliki 'hak keistimewaan'. Walhal, lihatlah betapa salahnya kedua-dua 'fakta' ini.

Mari pula kita lihat betapa salahnya konsep orang Melayu dalam hal konsep orang Benggali dan Punjabi. Untuk orang Melayu, Benggali itu ialah mereka yang berjanggut, berserban dan berbadan tinggi. Justeru apabila Portugis mula mendarat di Melaka pada tahun 1511 orang Melayu memanggil mereka Benggali Putih. Walhal Benggali itu berasal dari Bengal. Orang yang berjanggut dan berserban itu datangnya dari Punjab. Hari ini warga yang seharusnya dipanggil Benggali itu telah pula dipanggil Bangla singkatan dari Bangladesh.

Politik tepat atau politically correct ini sebenarnya jika tersalah bawa ianya membawa kemudaratan. Rasisma dan sikap perkauman ini muncul kerana asas ekonomi. Perebutan asas ekonomi inilah yang melahirkan sikap dan prasangka perkauman. Dalam perebutan punca-punca ekonomi ada elemen tertentu yang mengapi-apikan sikap perkauman ini.

Lebih hebat pertarungan ekonomi itu maka akan lebih hebat pulalah pertarungan perkauman. Orang Melayu melihat kedai-kedai Cina dalam pekan dan bandar. Kawasan perumahan Cina yang mewah yang dibaca sebagai harta kekayaan. Ini adalah pandangan orang Melayu terhadap orang Cina. Dari 'pemerhatian' sini muncul elemen yang setengah masak yang berhujah mengapi-apikan sikap anti Cina ini.

Sikap ini lahir dari prasangka dan pandangan yang stereotipikal. Sayangnya dalam negara kita yang berbilang bangsa ini jurang untuk merapatkan antara bangsa-bangsa semakin berkurangan. Lembaga-lembaga daulah semakin tersusun bukan untuk merapatkan ruang untuk melupus prasangka tetapi untuk meluaskan jurang agar kita sesama kita berjauhan. Hari ini satelah 50 tahun merdeka prasangka perkauman semakin menebal.

Saya perhatikan jenerasi muda hari ini - terutama di sekolah menengah, kolej dan universiti - sama ada Melayu/Cina/India, mereka tidak memiliki kawan rapat dari bangsa yang lain. Pergaulan mereka hanya di antara sesama mereka. Mereka bergelumang dalam ruang selamat (safety zone) bangsa mereka sahaja. Hasilnya prasangka menebal. Pelbagai pandangan sterotipikal muncul bukan hanya untuk 'keling' malah untuk sesiapa sahaja. Mereka gagal untuk melihat bahawa Malaysia dan dunia ini adalah masa depan untuk semua.

Keadaan ini bertambah buruh dengan wujudnya parti-parti politik yang berasaskan satu bangsa. Bersuara untuk bangsa sendiri dan mempertahan bangsa sendiri – sama ada salah atau betul – dianggap sebagai wira. Nilai salah benar hari ini telah diselewengkan. Hak bangsa kini menjadi asas utama untuk menilai salah benar.

Rasisma dan sikap perkauman ini tidak akan terhapus walaupun Kamus Dewan melupuskan perkataan keling. Ini samalah juga ertinya jika Kamus Dewan tidak mewujudkan perkataan rasuah – apakah rasuah akan hapus dari negara kita ini.Harus disedari bahawa dari segi pilology bunyi perkataan yang kita sebutkan itu tidak memiliki apa-apa makna. Perkataan muncul jika satu kumpulan itu memberikan dan menerima makna terhadap bunyi sebutan tersebut.

Lihat perkataan 'nigger' yang satu ketika dahulu dianggap menghina orang kulit hitam di Amerika. Kini perkataan nigger telah dirampas kembali oleh anak-anak muda berkulit hitam dan maknanya telah diubah. Saya yakin kalau ada satu rock band yang namanya All Keling Boys atau Black Keling Boys Band atau New Keling Around The Block, atau Keling With Attitude – maka perkataan keling ini akan memberi makna yang berbeza. Kalau pula rock band ini menjadi 'top hit' maka pasti semua anak muda akan berbangga untuk menjadi keling.

Sikap rasisma dan perkauman ini wujud jika kita memiliki prasangka yang bukan-bukan. Prasangka ini timbul kerana kita tidak mengenal satu dengan yang lain. Sebenarnya manusia dalam dunia ini menjadi baik atau jahat bukan kerana bangsa. Dalam semua bangsa kita akan bertemu dengan insan yang baik dan manusia yang jahat. Menganggap diri sebagai Melayu bukan satu jaminan untuk menjadi baik. Tidak ada satu jaminan pun yang memastikan bangsa itu baik atau jahat.

Rasa saya adalah lebih baik jika hamba tuhan yang menyaman Dewan Bahasa kerana perkataan 'keling' itu menyaman kerajaan Kedah atau sesiapa yang bertanggungjawab meruntuhkan kuil di Gunung Jerai. Mempertahankan kuil yang memiliki sejarah itu lebih bermakna kerana dari kuil kuno ini akan diketahui
bahawa manusia Melayu ini telah mengenali Benua Keling semenjak 5 AD.

Lembah Sungai Merbuk, Sungai Bujang dan Sungai Muda telah membangunkan apa yang kita ketahui sebagai Lembah Bujang. Kawasan Lembah Bujang ini adalah satu kota tamadun Keling Hindu di bawah kerajaan Srivijaya yang berkembang pada kurun ke 5AD hingga ke 10 AD. Dan sila ambil perhatian perkataan Bujang itu lahir dari perkataan Bhujanga, perkataan Sanskrit yang bermakna naga. Lihat bagaimana perkataan bujang itu beralih dan membawa makna yang baru tanpa dibawa ke mahkamah.




Kredit untuk artikel dari saudara Sirajuddin Abbas :
http://www.mail-archive.com/sahabatinteraktif@yahoogroups.com/msg10192.html

Saturday, September 3, 2011

Selamat Hari Kemenangan; Aidilfitri 2011

           Sekarang aku baru sahaja melabuhkan punggung empuk aku ke atas kerusi malas dalam bilik. Penat yang amat penat tak tau nak habaq mai. Dari pukul 8 pagi hinggalah ke pukul 10 tadi aku bertarung di dapur,ruang tamu dan beberapa sudut lain dalam rumah demi melayan saudara mara sebelah mertua sempena jamuan  raya yang diadakan.

Nasi beriyani lauk ayam rendang, daging masak kurma, daging masak pesamah,ayam goreng berempah dan tak lupa jelatah semua 'sold out' dengan sukses sekali.

          Isteri pulak mana pergi? Owh ya, isteri tercinta aku suruh dia rehat secukupnya. Fasa pertama 'trimester' ni aku memang tak akan bagi Sorfina buat kerja berat langsung, hatta tolong di dapur sekalipun. Dia memang tak larat dan tak boleh bau makanan sangat. Deria terlampau sensitif katanya.

Tapi, tang makan boleh pulak la kan. Alhamdulillah, 'time' bulan puasa tempoh hari memang dia tak makan benda-benda berat langsung. Paling berat pun nasi dengan sup ayam ja. Kalau tak habis, aku pulak yang kena settelkan. Tu antara faktor perdana yang menyumbang kepada kenaikan berat badan sejak mendirikan rumah tangga. Lagipun aku memang pantang dengan orang  tak habis benda-benda makan ni. Membazir. Apa diorang tak ambik pot ka pasal saudara -mara kita di Somalia tu?

         Apa-apahal, terima kasih aku ucapkan tak terhingga kepada keluarga baru aku;mak mertua,Kak Yong, Abang 'D', Kak Nin, Kak Nad, Aisyah dan Mukhlis. Memang cukup 'supportive', 'sporting', 'caring','cooperating' dan bermacam-macam 'ing' lagi. Bab-bab masak pun memang teramat 'power'.

Nampak gaya, dugaan untuk naik berat badan ni makin bertambah 'power'.

*******

          Semalam baru balik dari Selama setelah meluangkan hari terakhir Ramadhan 1432H sehingga Syawal ketiga bersama mak, abah, opah, adik-beradik dan sanak saudara sepupu sepapat di Selama. Lega aku Sorfina dah lalu makan. Aku pun makin tenang dan girang.

         Syok dapat pekena kumpul ramai-ramai ni dengan keluarga. Masing-masing bukak pot sembang dan bukak topik macam-macam. Cakap-cakap jugak, tapi yang aku kagum tu mulut pun jalan jugak. Sembang sambil pekena kueh raya dan kerepek raya dengan kaum keluarga dan sanak saudara memang layan.

Yang masih jadi persoalan dekat aku, macam mana aku boleh terjebak dengan aktiviti pergi Zoo Taiping Night Safari dengan sepupu sepapat 'time' hari raya kedua tempohari. Apa takda aktiviti lain ka yang oleh pekena 'time' raya-raya ni?

          Dugaan raya edisi tahun ni, kampung aku kena catuan air. Maka, tiada bekalan air pada hari raya pertama hinggalah hari raya yang ke empat tempoh hari. Kalau ada pun pukul 9 malam keatas sampai lah ke pukul 7 pagi keesokan harinya. Memang kena stenbai siap-siap tadah air dalam botol, kolah, dan apa bana lagi. Dah la tujuh keluarga berkumpul. Bayangkanlah berapa ramai yang nak guna air. Nak mandi, nak guna untuk masak lagi.Orang pergi beraya nak minum lagi.

Elektrik tak ada sementara boleh blah lagi, tapi kalau air tak ada, boleh porak peranda jadinya.

*******

            Dapat panggilan dari mak. Ahamdulillah depa dah selamat sampai ke Pandan Indah dari Selama tadi. Dah berjauhan ni baru lah rasa rindu mencanak-canak pulak dekat mak dan abah. Apa-apapun aku harap yang aku tak akan putus-putus untuk mendoakan kebahagiaan untuk depa dua orang.

            Memang raya yang amat bermakna sekali sebab dapat beraya dengan keluarga belah aku dulu dengan 'green light' dari mertua yang kool. Heeehooo.