Sekarang aku baru sahaja melabuhkan punggung empuk aku ke atas kerusi malas dalam bilik. Penat yang amat penat tak tau nak habaq mai. Dari pukul 8 pagi hinggalah ke pukul 10 tadi aku bertarung di dapur,ruang tamu dan beberapa sudut lain dalam rumah demi melayan saudara mara sebelah mertua sempena jamuan raya yang diadakan.
Nasi beriyani lauk ayam rendang, daging masak kurma, daging masak pesamah,ayam goreng berempah dan tak lupa jelatah semua 'sold out' dengan sukses sekali.
Isteri pulak mana pergi? Owh ya, isteri tercinta aku suruh dia rehat secukupnya. Fasa pertama 'trimester' ni aku memang tak akan bagi Sorfina buat kerja berat langsung, hatta tolong di dapur sekalipun. Dia memang tak larat dan tak boleh bau makanan sangat. Deria terlampau sensitif katanya.
Tapi, tang makan boleh pulak la kan. Alhamdulillah, 'time' bulan puasa tempoh hari memang dia tak makan benda-benda berat langsung. Paling berat pun nasi dengan sup ayam ja. Kalau tak habis, aku pulak yang kena settelkan. Tu antara faktor perdana yang menyumbang kepada kenaikan berat badan sejak mendirikan rumah tangga. Lagipun aku memang pantang dengan orang tak habis benda-benda makan ni. Membazir. Apa diorang tak ambik pot ka pasal saudara -mara kita di Somalia tu?
Apa-apahal, terima kasih aku ucapkan tak terhingga kepada keluarga baru aku;mak mertua,Kak Yong, Abang 'D', Kak Nin, Kak Nad, Aisyah dan Mukhlis. Memang cukup 'supportive', 'sporting', 'caring','cooperating' dan bermacam-macam 'ing' lagi. Bab-bab masak pun memang teramat 'power'.
Nampak gaya, dugaan untuk naik berat badan ni makin bertambah 'power'.
*******
Semalam baru balik dari Selama setelah meluangkan hari terakhir Ramadhan 1432H sehingga Syawal ketiga bersama mak, abah, opah, adik-beradik dan sanak saudara sepupu sepapat di Selama. Lega aku Sorfina dah lalu makan. Aku pun makin tenang dan girang.
Syok dapat pekena kumpul ramai-ramai ni dengan keluarga. Masing-masing bukak pot sembang dan bukak topik macam-macam. Cakap-cakap jugak, tapi yang aku kagum tu mulut pun jalan jugak. Sembang sambil pekena kueh raya dan kerepek raya dengan kaum keluarga dan sanak saudara memang layan.
Yang masih jadi persoalan dekat aku, macam mana aku boleh terjebak dengan aktiviti pergi Zoo Taiping Night Safari dengan sepupu sepapat 'time' hari raya kedua tempohari. Apa takda aktiviti lain ka yang oleh pekena 'time' raya-raya ni?
Dugaan raya edisi tahun ni, kampung aku kena catuan air. Maka, tiada bekalan air pada hari raya pertama hinggalah hari raya yang ke empat tempoh hari. Kalau ada pun pukul 9 malam keatas sampai lah ke pukul 7 pagi keesokan harinya. Memang kena stenbai siap-siap tadah air dalam botol, kolah, dan apa bana lagi. Dah la tujuh keluarga berkumpul. Bayangkanlah berapa ramai yang nak guna air. Nak mandi, nak guna untuk masak lagi.Orang pergi beraya nak minum lagi.
Elektrik tak ada sementara boleh blah lagi, tapi kalau air tak ada, boleh porak peranda jadinya.
*******
Dapat panggilan dari mak. Ahamdulillah depa dah selamat sampai ke Pandan Indah dari Selama tadi. Dah berjauhan ni baru lah rasa rindu mencanak-canak pulak dekat mak dan abah. Apa-apapun aku harap yang aku tak akan putus-putus untuk mendoakan kebahagiaan untuk depa dua orang.
Memang raya yang amat bermakna sekali sebab dapat beraya dengan keluarga belah aku dulu dengan 'green light' dari mertua yang kool. Heeehooo.
.
No comments:
Post a Comment