Bukan aku dan sekutu
Masih segar dalam ingatan,
ketika September 1997 itu di Selama,
Ketika itu - baru nak sedar,berjinak-jinak dan ambik pot pasal benda-benda serius,
UPSR, kata cikgu aku dan keluarga-keluarga termasuk sepupu sepapat yang lain - suatu benda yang serius,
Hatta aku cuba untuk serius - tapi masih tak dapat nak jadi serius-seseriusnya jugak
Untuk mendapat lebih 'feel' serius itu, sehari sebelum Hari Serius September 1997 itu - Aku dan kawan sekampong setaman, bermain bola di padang gurun tanah merah seperti kebiasaan
Dalam menempuh hari itu - solat hajat, Yaasin, kismis pandai, latih tubi yang bertubi-tubi, 'camping' motivasi, bengkel sana-sini, 'study group','tusyen',dan apa bana lagi- tapi main tetap kena ada,
Semuanya telah dilalui dan ditempohi,
Nasib baik zaman itu tiada lagi kewujudan 'Jus Tok Guru',
Kalau tak, mesti 'sold out'!
Entah kenapa,
Hari serius itu dilalui dengan begitu tenang dan kool sekali -tiada gementar dan gemuruh yang keterlaluan,
Dimulakan dengan doa - Doa yang biasa-biasa sahaja ketika mula kelas
Mungkin tak ambik pot sangat atau kurang impian dan cita-cita
Kata-kata perangsang dari cikgu dari dulu- Belajar biar ikhlas dan bukan semata-mata mahu 'A' atau masuk sekolah hebat
Tapi waktu itu masih tak paham tentang ikhlas - segalanya buat atas arahan dan teladan orang tua
3 hari ditempohi,
5 ujian dijalani,
Selepas itu, apa lagi - Merdeka! -bayangkan kegembiraan saorang budak-budak pada waktu itu, ingatkan kembali kenangan itu, ditambah pula dengan sorak dan hiruk pikuk kawan-kawan
Paling hebat - ada jamuan kelas hujung tahun - makan mee dengan ayam KFC dan dapat pekena 'Coke' - itu sudah dikira hebat
Ditambah pulak dengan awek-awek sekelas yang mula jadi 'cun'
Nafas dihirup dengan perasaan lega - UPSR sudah habis,
Hari Serius September 1997 itu sudah tamat- buat sementara waktu....
Nota:
"Negara kita tidak dijajah, tapi cuma bernaung " -kata-kata Prof. Zainal Kling
Jadi apa gunanya 'Merdeka' ?
Selamat menjalani peperiksaan UPSR 2011 kepada semua warga UPSR sekalian -aku dah lepas, kehkehkehkehkeh!
"Ada 'degree' pun kadang-kadang susah nak dapat kerja, inikan pulak dapat 5A UPSR" -Anon
.
mengimbas kembali ketika upsr di sekolah,,hehe,, cikgu yahya jagan lupa...haha.. hey togol,,
ReplyDelete