Friday, April 6, 2012

Gembira-Malaysia ranking ke 51

Ihsan dari Forbes

            Menurut kajian dan laporan yang dilakukan oleh Jeff Sachs,Richard Layard dan John Helliwell, Malaysia berada pada kedudukan yang ke 51 daripada 156 negara. Menurut laporan tersebut, kajian dilakukan sekitar dari tahun 2005 hingga ke 2011.

           Melalui pemerhatian aku, negara Fiji tidak ada dalam senarai. Ini kerana sebagai salah seorang peminat sukan ragbi, nama Fiji memang cukup terkenal dan begitu sinonim dengan sukan ini. Alih-alih tak ada dalam laporan. Mungkin negara dia ulu banat dan berada jauh di kepulauan Pasifik. Jauh untuk buat kajian.

            Mengikut pandangan mudah aku, faktor kegembiraan sesebuah negara mungkin sekali dipengaruhi oleh keadaan ekonomi sesebuah negara, kehidupan rakyat, gaji yang diterima rakyat,prasarana yang cukup,kesihatan, keberadaan rakyat sesebuah negara, keamanan sesebuah negara dan faktor iklim serta banyak mana bencana alam/musibah yang berlaku di sesebuah negara.

           Tapi itu pandangan aku lah, hangpa punya pandangan mungkin lain. Banyak lagi yang menyumbang kepada kegembiraan sesebuah negara; contohnya bidang pendidikan yang subur dan meluas ; serta hubungan sesama masyrakat dan pemimpin.

          Kesimpulan awal yang aku buat selepas melihat beberapa minit laporan tersebut, negara ranking atas kebanyakkannya dihuni negara dunia pertama dan yang di kedudukan bawah-bawahnya terdiri dari negara dunia ketiga.

          Aku pun tak mau tulis banyak, justeru, hangpa bacalah sendiri laporan yang disediakan tersebut. Aku taubat la tak baca, 160 muka surat tu habaq hang !

Notakaki :

World Happiness Report :http://www.huffingtonpost.ca/2012/04/03/world-happiness-report-ea_n_1400299.html

Laporan dalam bentuk fail PDF yang hangpa boleh baca : http://www.earth.columbia.edu/sitefiles/file/Sachs%20Writing/2012/World%20Happiness%20Report.pdf

ps : 
Dari Abu Hamzah yaitu Anas bin Malik al-Anshari katanya: Rasulullah S.A.W bersabda: "Niscayalah Allah itu lebih gembira dengan taubat hambaNya daripada gembiranya seseorang dari engkau semua yang jatuh dari atas untanya dan oleh Allah ia disesatkan di suatu tanah yang luas." [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim] - Sumber: kitab Riyadus Solihin; bab Taubat
.

5 comments:

  1. pertama kali aku dengar berita ni dalam berita radio jam 12 tgh tadi. dan malaysia adalah ke-2 di kalangan negara-negara asia tenggara. what? tersengih sorang-sorang aku time tu. pada aku, yang gembira kat malaysia ni cuma rosmah sorang je. hahahaaa!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gembira itu subjektif..ada yang kaya raya, tapi hati tak gembira..yang miskin pulak jangan ingat kaya ja penyebab gembira..israel lagi gembira dari negara kita.kehkehkeh

      Delete
  2. berita malam td lagi tekejut. PM kita PM pertama di dunia jadi Menteri Kementerian Wanita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun baru tau lepas baca TT...boleh masuk rekod guinness la ni.tak apa, boleh mintak nasihat dari Kak Ros apa apapun

      Delete