Thursday, May 17, 2012

80-90an punya cerita : Cikgu dan kamera

           ‎

          1996/97: Zaman di mana begitu mahsyur sekali penggunaan kamera menggunakan filem, antaranya filem berjenama Kodak (syarikat ini sudahpun muflis) dan FujiFilm. Maksima penggunaan satu filem dapat mengambil 36 keping gambar. Selalunya, daripada 36 gambar, kemungkinan 5 atau 10 keping gambar akan gelap apabila dicuci.Cikgu aku juga pernah buat bisnes tangkap gambar kelas jual kat murid RM1 sekeping.Apa punya turrr!

           Alang-alang bersempena dengan hari guru pada tanggal ini, ingin aku ucapkan : Selamat Hari Guru kepada semua guru,che'gu, ustaz, ustazah, mudir, guru besar, pengetua,mahaguru, pensyarah, mentor,tutor,pengajar,sifu, dan tidak lupa, guru sandaran tidak terlatih mahupun guru sementara. Pikir dua tiga kali juga nak ucap selamat hari guru ni, nanti kata haram pulak (merujuk kepada sambutan hari Ibu, Valentines,hari Bapa dan lain-lain).

           Semoga kalian semua berada dalam rahmat dan lindungan Allah S.W.T. Amin.

p/s : Terima kasih kepada Cikgu Ismail dan Cikgu Siti Mariam (cikgu tidak formal serta cikgu yang tidak mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pelajaran) atas jasa kalian mendidik saya supaya menjadi anak yang sedia ada seperti hari ini.
.

2 comments:

  1. dulu selalu dengar, "nak beli kodak". padahal filem tu pun ada banyak jenama.

    sekarang. "alamak, memory card penuh la..."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu nak cuci gambar kena hantaq kedai..sejam baru dapat.Kalau tak sibuk

      Delete