April 2013 ni memang satu bulan yang agak mencabar dan kucar-kacir buat aku. Bukan aku saja, bahkan Sorfina dan Nur Adelia turut terlibat sama. Nak cakap dia punya sibuk tu, hanya Tuhan saja yang tahu betapa sibuknya aku.
Hujung bulan Mac sudah- ulangtahun hari lahir Nur Adelia yang pertama. Majlis sambutan aku buat secara mewah dan besar-besaran tahap sultan punya tempoh hari. Jangan jeles,bai. Tapi aku poyo saja sebenarnya. Sorfina ajak aku makan di Secret recipe dan cuma belanja Adelia sekeping kek keju. Tapi aku rasa tak patut aku tulis perkataan belanja Adelia kat sini. Dia kecik lagi mana ada duit.
Justeru, perkataan paling tepat ialah menjamu Adelia dengan sekeping kek keju,sebagai tanda sambutan tarikh lahirnya yang pertama. Kasihan jugak Adelia ni. Melopong sajalah tengok aku dan Sorfina makan benda-benda best di Secret Recipe. Sorfina juga bawak bekal nasi ikan tenggiri yang dikisar halus untuk Adelia,sambil-sambil tu.
Masuk bulan April, Parlimen bubar. Banyak perancangan yang tertunggak dan yang tak diputuskan lagi,kini dapat diatur semula. Serius betul masyarakat sekarang aku perati,sebab nak tahu tarikh parlimen bubar.
Sehari lepas tarikh bubar parlimen, Alhamdulillah, aku dan keluarga kecil aku ni anak beranak dapat pindah dan menetap di kediaman baru. Letih betul nak pindah-randah ni. Ada lah buat majlis tahlil kecil-kecilan dulu sempena masuk rumah baru. Jadilah. Ada rezeki, nanti buat majlis kesyukuran panggil hangpa semua.
Minggu lepas pula, mak dan abah aku berpeluang menunaikan umrah. Syukur betul aku tak tau nak cakap. Memang dah lama diaorang teringin nak buat ibadah umrah. Dengan rezeki dari Allah dan hasil penat lelah kerja meniaga goreng pisang, ABC dan laksa secara kecil-kecilan,akhirnya dapatlah jugak depa pi.
Tu pasal lah April ni sibuk. Banyak benda nak buat lagi ni woi. Jaga diri semua. Ciao.
No comments:
Post a Comment