Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana". They said: "Glory to Thee, of knowledge We have none, save what Thou Hast taught us: In truth it is Thou Who art perfect in knowledge and wisdom." [Al Baqarah 2:32]
Friday, April 5, 2013
Mengapa saya mencintai Khadijah r.a.
Hasil tulisan di bawah adalah daripada nota laman sesawang fesbuk saudari Elies Elias, yang aku sendiri tidak kenal siapa dia. Aku baca hasil dari perkongsian member fesbuk aku.Aku baca dan dapati notanya ini sesuatu yang amat bagus dan bermanfaat. Kopi bulat-bulat dan kongsi.Apa salahnya berkongsi sama, ye dok?
Layannn.
******
Masa saya kecik2, saya suka mendengar cerita. Tapi masa tuh, kalau saya dengar satu cerita, saya tak tanya banyak,.. Cuma saya ingat sahaja. Tua2 macam ni, saya kalau dengar sesuatu cerita, otak saya akan ligat berfikir. Saya suka berfikir tentang kisah disebalik cerita. Sebab apa.. kalau dalam blog saya sendiri, apa yg saya cerita cuma sebahagian sahaja drp apa yg hendak saya sampaikan, yg banyaknya apa yg membuatkan saya bercerita.
Kebelakangan ini saya banyak berfikir tentang Khadijah, ummul mukminin isteri kepada Rasulullah saw. Wanita yg baik untuk lelaki yg baik.. Rasulullah saw adalah lelaki yg terbaik, so surely Khadijah juga adalah seorang wanita terbaik. Ada hikmahnya mengapa Khadijah isteri Baginda pada peringkat awal Islam. So, saya fikir kembali tentang segala cerita yg saya telah dengar mengenai Khadijah dan cuba untuk memahami kisah disebalik cerita tersebut. Siapakah Khadijah sehingga Allah dan malaikat mengirimkan salam kepadanya?
Rasulullah saw sangat2 mencintai Khadijah. Ibnu Kathir bercerita, yg Rasulullah saw kasihkan isteri2nnya, tetapi mencintai Khadijah dengan jiwanya. Cinta Baginda tiada taranya, sehingga kematian pun tidak mematikan api cinta baginda kpd Khadijah. Khadijah telah meninggal pun, rasulullah saw sering mengingati beliau, memberikan hadiah2 kpd sahabat2 beliau sehinggakan Aisyah menjadi jealous. Tapi apa jawapan Rasulullah tentang Khadijah? “Dia yakin kepadaku ketika tiada siapa mempercayaiku. Dia menerima Islam ketika manusia menolakku, dia menolong dan memujukku ketika tiada siapa menghulurkan bantuan.”
Saya sangat ingin mencontohi Khadijah supaya saya dikasihi suami sebagaimana nabi mengasihinya. Khadijahlah sorang2nya isteri baginda yg tidak dimadukan. Dan satu2nya isteri yg rasulullah saw dikurniakan zuriat. Semakin banyak saya mencari cerita tentang Khadijah semakin respect saya kpd beliau bertambah.
Flashback..
Ingat tak kita cerita sebaik sahaja Rasulullah saw bertemu Jibrail di dalam gua? Di sebalik kisah yg ini, saya berpendapat, Khadijah jenis isteri yg tidak kisah dan percaya dgn urusan suaminya. Dia faham yg suaminya memerlukan masa bersendirian ke gua berfikir tentang masyarakat. Sesetengah para isteri sudah tentu akan memperlekehkan suami yg keluar ‘tanpa berbuat apa2’ pada fikiran mereka. Lebih2 lagi ketika itu mereka telahpun dikurniakan 4 orang anak. Apabila rasulullah saw pulang kerumah ketakutan, tidak pula Khadijah berleter,”itulah.. keluar lagi.. suruh tolong saya di rumah tak mahu..” Tetapi apa yg Khadijah yg mulia buat? Dia menyelimutkan suaminya, sambil berkata,”Allah Pelindungmu wahai Abu Qasim. Tenanglah. Demi sesungguhnya dgn Dia yang nyawaku ditanganNya, kamu akan menjadi insan terpilih. Bukankah kau menyayangi saudara, berbuat baik kepada jiran, bersedekah kpd yg miskin, memuliakan tertamu, berpegang kpd janji, dan berpegang kepada kebenaran?” Lihat, pelajari drp kisah ini. Bila suami merasa lemah atau takut (and believe me, seorang lelaki juga kadang kala boleh berasa lemah dan takut), Khadijah meng’highlight’kan kebaikan2 yg suaminya buat. Ini adalah skill dalam memujuk. Khadijah selimutkan org yg takut, dari segi psychologynya, membuatkan seseorang merasa aman tenteram. Itu fitrah manusia.
Flashback lagi…
Khadijah bukan seorang wanita biasa. Dia seorang businesswoman yg berjaya dan digelar Ameeratul Quraisy (Puteri Quraisy) dan At-Tahira (yg suci). Dia juga berlainan dgn perempuan pada zamannya dimana dia suka bersedekah, menolong orang dan tidak pernah menyembah berhala. Dikatakan perniagaan dan kekayaan Khadijah bersamaan dgn kekayaan semua saudagar Quraisy dikumpulkan. Perniagaan beliau sehingga ke Syria (ketika musim panas) dan Yaman (musim sejuk). Bayangkan bagaimanakan yg anda bayangkan tentang seorang businesswoman yg berjaya? Sudah tentulah seorang yg mempunyai karisma, bijak membuat sesuatu keputusan, berkeyakinan dan mempunyai pendirian bukan? Inilah Khadijah. Ramai meminangnya tapi masih belum dapat menawan hatinya, sehinggalah beliau mengetahui tentang salah seorang pekerjanya, Muhammad bin Abdullah. Begitu bersopan dia, sehingga cara dia menyiasat tentang Muhammad pun begitu teliti dan melalui orang tengah yg dipercayai. Dia yakin Muhammad lah orang yg patut dibuat suami. Fikir lagi… Setelah beliau bersuamikan Rasulullah saw, bekas pekerjanya, adakah dia berbangga diri? Gajinya lebih besar, dirinya lebih kaya, dan lebih berpendidikan tinggi drp suaminya yg tidak tahu membaca, tapi adakah beliau ‘eksyen’? Tidak, malahan sentiasa memuliakan baginda. Pelajaran utk kaum wanita yg berpangkat tinggi sekarang. Bukan setakat itu, seluruh harta kekayaannya diserahkan kpd perjuangan suaminya. Saya sayang kpd Khadijah. Pelajaran utk lelaki pula.. Adakah rasulullah saw merasa ego dgn kekayaan isteri? Jawab sendiri.
Flashback lagi…
Ketika malaikat kirim salam pada Khadijah apa yg dikata? “Wahai Rasulullah, Khadijah sedang dalam perjalanan menemuimu dgn semangkuk sup dan minuman untukmu. Bila dia sampai, sampaikan salam kepadanya daripada Tuhannya dan aku, dan berikan kepadanya khabar gembira tentang istana daripada permata utknya di Syurga, diamana tiada kebisingan dan kepenatan.” Apa kisah yg anda baca drp cerita ini? Pada saya, mengapa diceritakan tentang syurga perihal tiada kebisingan dan kepenatan? Surirumah sudah tentu maklum kan? Bagaimana agaknya keadaan Khadijah dirumah dgn 4 orang anak, dan kepenatan menguruskan rumahtangga? Jawab sendiri.
Banyak lagi tentang Khadijah, tetapi yg last ini membuatkan saya rasa sedih dan sangat2 ingin berjumpa dgn Khadijah. Bila Khadijah sakit dan nearly menemui ajal, dikatakan kpd Rasulullah saw, sekiranya tulang belulangku boleh dijual, maka juallah (tulangku setelah aku meninggal) untuk membiayai perjuanganmu utk Islam. Subhanallah.. Sesudah Khadijah wafat, ia merupakan tahun kesedihan utk Rasulullah, bahkan untuk semua umat Islam, semua hartanya dihabiskan utk jalan Allah.
Khadijah.. pengorbananmu sungguh besar. Engkau sungguh mulia. Kami beruntung memperolehi kamu sebagai ummul mukminin, ibu kaum muslim. Semoga kami diberi banyak2 kekuatan utk mencontohimu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment