Tuesday, September 3, 2013

Beli kuda

          Semalam Perdana Menteri tersayang kita semua, Ah Jib Gor mengumumkan penurunan subsidi minyak sebanyak dua kupang,dalam bahasa Kedah ataupun dua puluh sen dalam bahasa Kolumpo. Yeeeehoooo. Subsidi turun woi. Ahh? Maaf. Apa dia,tolong ulang sekali lagi?

          Pengumuman penurunan subsidi minyak semalam tu dalam bahasa terhormat. Bahasa yang hangpa nak mudah faham, mudah. Harga minyak naik. Namun, syukurlah. Malaysia masih aman. Hangpa kena ingat tu baik-baik.

          Aku syak ni semua propaganda perang punya pasal. Amerika sibuk nak berperang dengan Syria, kita yang kena impaknya sekali, nampak? Syria tu negara pengeksport minyak. Hangpa kena tahu tu. Satu lagi yang Najib habaq ialah kenaikan harga minyak kali ni adalah untuk mencapai defisit fiskal yang disasarkan yakni sebanyak 3 peratus berbanding KDNK. Defisit fiskal ni bahasa ekonomi. Defisit fiskal ni macam lebihan pengeluaran berbanding pendapatan atau bahasa mudahnya, tanggungan hutang la lebih kurang.

         Aku, Sorfina dan Adelia pulak kebetulan dalam perjalanan pulang ke Kulim dari Farmer's River, Kedah. Farmer's River tu nama sebelum merdeka. Orang putih yang bagi. Syukur Alhamdulillah. Selepas merdeka depa tukaq jadi Sungai Petani. Kami perati perjalanan kami tak lancar seperti biasa kerana jem ya robbi.Dia punya jem macam cerita '2012'. Semua pakat duk kerumun stesen minyak.

          Namun, kami tiga beranak tetap tenang dan tidak mudah mengalah dengan situasi minyak ni. Dengan kadar segera, aku capai telefon bimbit canggih aku, Nokia model 1208, tekan beberapa punat yang tersedia dan panggilan terus disambungkan kepada beberapa kenalan aku di Mongolia, Amerika Syarikat, Arab Saudi dan Australia. Untuk pengetahuan hangpa semua, mereka semuanya adalah penternak kuda yang berjaya.

         Jaga-jaga semua. Kami semua nak beli kuda ni. Maklumlah, harga minyak naik. Setelah usul dan perbincangan dilakukan, kami sebulat suara tekad untuk membeli beberapa ekor kuda Arab,dek kerana mempunyai baka yang berstamina serta kebolehan ketahanan semula jadi.

         Masalah parking usah risau. Kami dah pikir siap-siap. Kuda-kuda kami akan diletakkan di halaman rumah bersama-sama dengan kereta mewah kami yang sedia ada. Terima kasih kerajaan BN. Sayang sangat kat hangpa.
       

2 comments:

  1. satu lagi, najis kuda tu pun boleh mendatangkan pendapatan, buat baja organik. siapa lagi yang nak naikkan ekonomi negara kalau bukan rakyat. hahaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahkahkah..baguih hang punya idea, SM..mana-mana ekor kuda yang sihat tubuh badan, aku akan join race mana patut, manakala beberapa ekor yang lain akan dibuat sewa untuk sesi riadah di taman-taman permainan. Kapitalis tak idea ni?

      Delete