Tuesday, December 30, 2014

Tahun 2014 : Ulasan umum dan sukan dari kacamata aku

           Sedar tak sedar, dalam masa 2 hari lagi kita semua umat manusia bakal menempuh tahun baru 2015 (gregorian). 2014 pula akan ditinggalkan kita. Tahun 2014 sememangnya tahun yang amat bererti bagi diri aku. Kelahiran cahaya mata kedua, hasil dari perkahwinan sejak 2011, benar benar
menggembirakan dan semoga hidup ini mendapat keredhaan dari Allah swt.

             Dalam suka aku, jangan pula aku dan hangpa semmua lupa bahawa banyak tragedi yang kita saksikan dan alami pada tahun 2014 ini,khususnya buat rakyat Malaysia.Tragedi malang MH370 pada awal Mac, disusuli kejadian tembakan pesawat MH17 oleh pengganas/puak pemisah Ukraine dan yang terbaru, kehilangan pesawat QZ8501. Sehingga tulisan ini dihasilkan,dipercayai pesawat itu telah tenggelam di dasar lautan. Itu baru tentang pesawat milikan Malaysia. Belum lagi kita sentuh tentang bencana banjir yang melanda kawasan pantai timur Malaysia amnya baru baru ini. Dikatakan tragedi banjir yang paling teruk pernah negara lalui setakat ini.

            Di samping itu, umat Islam dan dunia juga dihidangkan dengan berita keganasan rejim Zionis Israel yang telah membunuh ribuan nyawa rakyat Palestin dan Gaza secara khususnya-majoritinya dengan penggunaan peluru berpandu, pada pertengahan 2014 lepas. Bulan Ramadhan yang penuh duka buat penduduk Gaza dan Palestin amnya. Umat Islam sememangnya terkena tempias dengan isu ini, di Malaysia,lebih-lebih lagi dengan pelancaran kempen boikot barangan Zionis Israel (yang kini telah kembali sunyi -seperti biasa).

             Ekonomi? Maaf. Aku tak berapa pakar dalam hal ini. Tapi dari segi pengamatan dan pembacaan, negara kita dilanda krisis penurunan matawang sejak akhir-akhir ini, ditambah pula penamatan subsidi minyak Ron95; yang mana ianya digunakan majoriti besar penduduk dan rakyat Malaysia.Pemberhentian subsidi ini sememangnya memberikan impa,samada baik dan buruk kepada kitaran ekonomi semua. Harga minyak dunia juga turun ke paras terendah dalam tempoh 9 ke 11 tahun, pada tahun 2014. Berkenaan GST, ya, ianya bakal berkuat kuasa April 2015 ini.

             Dari segi pendidikan di Malaysia, jangan pula dilupa akan bermulanya peperiksaan berformat baru PT3 menggantikan PMR. Tragedi kertas soalan peperiksaan UPSR bocor juga antara 'highlights' penting pada tahun ini, sehingga menyebabkan beberapa peperiksaan perlu dilalui semula pelajar.

             Maaf. Terlupa pula menulis isi asal berkaitan tajuk diatas. Review sukan untuk 2014 dan 10 peristiwa penting sukan pada tahun 2014 dari sudut pandangan aku. Bebas untuk sesiapa menyanggahi aku atau mempunyai pandangan lain.

Dibawah, 10 peristiwa sukan penting dan diingati sepanjang 2014 dari pandangan aku:

1. Manchester United membuka tirai tahun 2014 dengan kekalahan kepada Spurs di Old Trafford.

2. Pemecatan David Moyes pada April 2014 dari pasokan Manchester United. Manchester United menamatkan musim 2013/2014 di tempat ke 7. Kedudukan liga terendah United sejak era Premier league.

3. Pasokan bola sepak Malaysia berjaya ke pentas final Piala AFF Suzuki menentang Thailand, namun tewas dengan aggregat 4-3.

4. United pertama kali tidak layak ke UCL sejak tahun 1995.

5.Angel di Maria dan Radamel Falcao menyertai United pada musim panas 2014. Sesuatu yang tak pernah aku impikan.Namun,ada berita sedih yakni persaraan legenda United, Ryan Giggs dari bola sepak. Giggs telah mempunyai lebih 23 tahun karier sebagai pemain bersama Manchester United,sejak memulakan 'debut' bersama United pada tahun 1991.Terima kaseh Giggs kerana telah mewarnai dunia bola sepak dunia!

6. Louis Van Gaal dilantik menjadi pengurus baru Manchester United.

7.Dato Lee Chong Wei didakwa terlibat dalam penggunaan dadah dalam sukan badminton.

8. Brazil 1 - Jerman 7 dan Sepanyol 1 - Belanda 5, dalam kejohanan Piala Dunia di Brazil.

9. Real Madrid memperoleh La Decima setelah 12 tahun mengidam.

10. Liverpool (hampir) memenangi liga EPL musim 2013/2014. Dan, peristiwa Luis Suarez menggigit Chiellini.

Tribute : Senarai penjaring terbanyak ManchesterUnited sempena 'Boxing Day'


          Info: 'Boxing day' adalah satu terma yang digunapakai oleh masyarakat Eropah, khususnya di United Kingdom (UK) dan negara Komanwel khususnya; yang diraikan sehari selepas Hari Natal atau Krismas. Hari ini secara amnya, mereka yang menyambut Krismas akan menerima dan bertukar-tukar hadiah.

Di UK, hari 'Boxing Day' ini secara lazimnya dilabel sebagai hari untuk berbelanja atau 'bershopping' sakan. Banyak tawaran dan diskaun bersempena hari tersebut.

Penjaring terbanyak United sempena 'Boxing day':

1)BRIAN MCCLAIR (7 Gol)- Gol dijaringkan ketika bertemu Norwich City, Oldham Athletic dan Sheffield Wednesday.

2)RYAN GIGGS (5 Gol) -Lagenda United dan Wales ini menjaringkan 'memorable solo effort' dalam kemenangan 6-3 di Oldham pada tahun 1991.

3)STAN PEARSON (5 Gol) - Antara jaringannya pada perlawanan menentang Arsenal dengan kemenangan 2-0 di Old Trafford pada 1949.

4) DENNIS VIOLLET ( 5 Gol) -Antara jaringannya termasuk ketika menentang Cardiff City & Aston Villa.

5) DIMITAR BERBATOV (4 Gol) - 'Bulgarian hitman' ini meledaka hat-trick ketika menang 5-0 ke atas Wigan Athletic pada tahun 2011.

6) GEORGE BEST (4 Gol) - Legenda #7 United ini meledak 2 gol pada tahun 1967 dengan kemenangan ke atas Wolves dan juga menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika menang di Sheffield United 2 tahun sebelumnya. Turut menjaringkan gol menentang Derby County pada 1970.

7) SIR BOBBY CHARLTON (4 Gol)-Tak perlu dihabaq lagi kepoweran beliau.

8) WAYNE ROONEY (2 Gol )- Pemain dan kapten United yang maseh aktif bermain bersama United.

Sumber : Manutd.com

******

Tulisan ini telah dicoretkan di laman Group Facebook 'BMU Supporters'.

Wednesday, December 24, 2014

Banjir 2014



         Dah 3 hari hujan secara renyai-renyai,diselangi beberapa jam hujan turun secara lebatnya di Kulim ni. Sejuk. Bila sejuk dan hujan, rasa malas semakin meningkat dan power. Begitulah juga dengan suasana tempat kerja aku. Tapi wajib rasa syukur. Cuba hangpa banyangkan mereka-mereka yang menjadi mangsa banjir; orang tua, warga OKU, kanak-kanak, bayi dan golongan susah yang terpaksa melalui jerih perit suasana musim hujan dan banjir sekarang.

       Kesian dan simpati.

      Ya Allah. Selamatkanlah mereka. Permudahkanlah urusan hidup mereka, ya Allah. Bantulah hidup mereka. Permudahkanlah urusan bantuan kepada mereka. Kuatkanlah semangat mereka, ya Allah. Jadikanlah kami yang terselamat ini semakin meningkat rasa taqwa dan syukurnya terhadapMu, ya Rahman, ya Raheem.

        Aku perati sekarang ni memang scene banjir dan bencana tanah runtuh tengah 'in'. Ramai juga 'reporter' semi-pro membuat laporan samada dalam Whatsapp dan fesbuk.Tidak lupa juga dalam Twitter. Terima kaseh buat semua yang membuat laporan dengan telus dan bermanfaat. Alhamdulillah, memang berkesan dan berguna info tu semua. Setakat ni,semua maklumat yang aku terima dari 'copy and paste' dan 'mesej forward' dari member-member dan ahli keluarga semuanya membantu dan tepat.Ada juga yang kurang tepat, tapi hangpa semua boleh pikiaq dan semak info tersebut dengan pihak berkuasa untuk maklumat yang tepat. Nombor bantuan kecemasan dari JKR kawasan, jabatan pengairan, Majlis Bencana Negara dan pihak berkaitan yang 'reliable' di fesbuk,boleh dijadikan rujukan.

Nampaknya, orang Malaysia amnya, dah pandai menggunakan teknologi dengan betul. Janganlah salahgunakan teknologi untuk membuat laporan palsu. Apa faedahnya yang hangpa dapat?

        Tadi baru dapat mesej dari member kilang. Dia anak beranak terpaksa berpatah balik dari kawasan Tasek Banding/Grik ke Kulim semula,sebab terdapat kejadian tanah runtuh di Banjaran Titiwangsa. Semoga selamat dan dipermudahkan Allah swt hendaknya. Insya Allah.

Marcelo Salas 40



             Hari ini, tanggal 24 Dec,genap 40tahun usia bintang legenda negara Chile, Marcelo Salas. Aku mula meminati legenda River Plate, Lazio dan Juventus ini ketika zaman kemuncak pasokan SS Lazio pada tahun akhir 90an.

            Ketika itu aku baru menaiki zaman sekolah menengah. Jambu lagi masa tu, tapi tak sampai kena jadi adik angkat walaupun sekolah asrama semuanya batang.

            Siapa yang bolih melupakan gol tunggal perlawanan hasil jaringannya ketika menentang Manchester United ketika perlawanan EUFA Super Cup di Stade Louis II, Monaco pada tahun 1999?
Radamel Falcao, antara 'living legend' bola sepak yang kini bermain bersama United, turut sama menghargai dan mempunyai rasa cukup hormat terhadap legenda Chile ini. Kedua-dua mereka juga pernah bermain bersama kelab River Plate. Malah, 2 sambutan gol Unitednya juga mirip kepada gaya sambutan Marcelo Salas ini.

Semoga Radamel Falcao terus kekal sihat dan menyumbang gol kepada United !

******
Tulisan ini telah dicoretkan di laman Group Facebook 'BMU Supporters'.

Friday, December 19, 2014

Menjelang pertembungan dengan Aston Villa

Power Aston Villa ni. Jangan dibuat main,woi!

Latarbelakang :
Kemenangan ke6 berturut-turut Manchester United;3-0 di tempat sendiri pada seteru utama, Liverpool - memberi impak paling ideal untuk kunjungan United ke Villa Park pada hujung minggu ini. United yang kini berada dalam kedudukan ketiga dalam Liga Perdana Inggeris,sekurang kurangnya diharap dapat memberikan sedikit tekanan dalam kempen Liga terhadap Chelsea dan Manchester City ;dengan jadual padat liga yang kini memasuki tempoh Krismas yang sibuk.

Prestasi:
Kemenangan meyakinkan ketika bertemu Liverpool,mengesahkan United mempunyai prestasi yang terbaik dalam liga pada masa ini, dengan enam kemenangan berturut-turut.Walaupun Reds dianggap belum mencapai tahap prestasi yang maksimum, pasokan van Gaal telah menunjukkan corak permainan kental apabila berjaya memperoleh kemenangan baru-baru ini.

Aston Villa melalui tempoh kekalahan panjang dalam liga selama lebih dua bulan sehingga 2 Disember lalu, hinggalah apabila mereka memenangi perlawanan di Crystal Palace. Walaubagaimanapun,setelah menempa kejayaan dengan menewaskan Leicester City di Villa Park, mereka tewas semula pada minggu lepasdi gelanggang lawan, 1-0 kepada West Brom, dalam West Midlands derby.

Berita Pasokan:
Ron Vlaar,ketua pasukan Villa telah kembali ke skuad untuk menentang West Brom, tetapi terpaksa menonton dari bangku simpanan sehingga minit ke-78 disebabkan Ciaran Clark dan Jores Okore bergandingan semasa ketiadaan pemain Belanda tersebut.

Pemain Aston Villa yang tidak dapat bermain untuk perlawanan menentang United :
Kieran Richardson & Alan Hutton -penggantungan
Tom Cleverley -tidak layak (pinjaman dari United)

Pertembungan terakhir United menentang Villa (Old Trafford, 29 Mac 2014) :
United dikejutkan dengan gol awal minit ke 13,hasil tendangan free kick Ashley Westwood.United bagaimanapun bangkit dan menang dengan keputusan 4-1 (Rooney, 20',45' (p), Mata 57', Chicarito,90')

United: De Gea, Rafael (Carrick 46),Vidic,Jones, Büttner; Young, Felliani, Fletcher,Mata,Kagawa (Januzaj 68); Rooney(Hernandez 75).
Pemain tidak digunakan: Amos, Giggs, Welbeck, Nani.
Kad: Rafael, Büttner.

Aston Villa: Guzan;Bacuna,Vlaar,Clark,Bertrand;Albrighton(Lowton 78),Delph, Westwood,Weimann,Agbonlahor(Tonev 71);Benteke.
Pemain tidak digunakan: Steer,Bennett,Sylla,Holt,Robinson.

Pegawai perlawanan pada pertembungan kali ini:
Lee Mason --> Pengadil,
Stuart Burt & Andy Halliday-->Pembantu pengadil
Kevin Friend -->Pegawai keempat

Harapan dan ramalan:
Akhir kalam,semoga United bermain baik dan bahagian pertahanan United lebih 'organize' dan lebih fokus;berbanding semasa perlawanan menentang Liverpool. United perlu mendapatkan gol awal untuk menyerap tekanan pihak lawan,terutamanya dengan pihak lawan yang sentiasa bermotivasi tinggi untuk bermain di gelanggang sendiri dan bersemangat untukmenebus kekalahan mereka sebelum ini semasa derby West Midlands.
Kemenangan (sukar) 2-1 buat United. GGMU !

Nota : Gambar pasokan Aston Villa yang menjuarai Liga Juara Eropah pada tahun 1982.

Tulisan ini telah disiarkan ke laman fesbuk kumpulan 'BMU Supporters'.

Thursday, December 11, 2014

Melawan Liverpool

            Komentar aku ke laman Fesbuk Buletin Manchester United, "Usahlah kita (penyokong United) mendabik dada, sebab Liverpool secara lumrahnya akan bermain dengan penoh semangat dan secara bermati matian apabila bertemu United. Pemain perlu mengawal emosi kerana 'red derby' ini selalunya akan berlangsung dengan suasana yang tegang dan tak lari dari kontroversi. Sokongan padu dari penyokong United di stadium Old Trafford adalah amat diperlukan."

            Kekalahan 3-0 kepada Liverpool di laman sendiri masih lagi terngiang-ngiang dalam kepala otak aku. Old Trafford, dari gelanggang yang menjadi 'Theater of Dreams', bertukar dan bermuram durja menjadi teater ngeri.Benda dah jadi 7 ke 8 bulan lepas. Moyes 'The Football Genius'-bak kata kebanyakkan peminat Liverpool dan golongan ABU, tak terkecuali dari segelintir penyokong United  sendiri; selalu dijadikan bahan jenaka.

            Semoga United menang pada Ahad ini. InsyaAllah.


Monday, December 8, 2014