Tuesday, December 30, 2014

Tahun 2014 : Ulasan umum dan sukan dari kacamata aku

           Sedar tak sedar, dalam masa 2 hari lagi kita semua umat manusia bakal menempuh tahun baru 2015 (gregorian). 2014 pula akan ditinggalkan kita. Tahun 2014 sememangnya tahun yang amat bererti bagi diri aku. Kelahiran cahaya mata kedua, hasil dari perkahwinan sejak 2011, benar benar
menggembirakan dan semoga hidup ini mendapat keredhaan dari Allah swt.

             Dalam suka aku, jangan pula aku dan hangpa semmua lupa bahawa banyak tragedi yang kita saksikan dan alami pada tahun 2014 ini,khususnya buat rakyat Malaysia.Tragedi malang MH370 pada awal Mac, disusuli kejadian tembakan pesawat MH17 oleh pengganas/puak pemisah Ukraine dan yang terbaru, kehilangan pesawat QZ8501. Sehingga tulisan ini dihasilkan,dipercayai pesawat itu telah tenggelam di dasar lautan. Itu baru tentang pesawat milikan Malaysia. Belum lagi kita sentuh tentang bencana banjir yang melanda kawasan pantai timur Malaysia amnya baru baru ini. Dikatakan tragedi banjir yang paling teruk pernah negara lalui setakat ini.

            Di samping itu, umat Islam dan dunia juga dihidangkan dengan berita keganasan rejim Zionis Israel yang telah membunuh ribuan nyawa rakyat Palestin dan Gaza secara khususnya-majoritinya dengan penggunaan peluru berpandu, pada pertengahan 2014 lepas. Bulan Ramadhan yang penuh duka buat penduduk Gaza dan Palestin amnya. Umat Islam sememangnya terkena tempias dengan isu ini, di Malaysia,lebih-lebih lagi dengan pelancaran kempen boikot barangan Zionis Israel (yang kini telah kembali sunyi -seperti biasa).

             Ekonomi? Maaf. Aku tak berapa pakar dalam hal ini. Tapi dari segi pengamatan dan pembacaan, negara kita dilanda krisis penurunan matawang sejak akhir-akhir ini, ditambah pula penamatan subsidi minyak Ron95; yang mana ianya digunakan majoriti besar penduduk dan rakyat Malaysia.Pemberhentian subsidi ini sememangnya memberikan impa,samada baik dan buruk kepada kitaran ekonomi semua. Harga minyak dunia juga turun ke paras terendah dalam tempoh 9 ke 11 tahun, pada tahun 2014. Berkenaan GST, ya, ianya bakal berkuat kuasa April 2015 ini.

             Dari segi pendidikan di Malaysia, jangan pula dilupa akan bermulanya peperiksaan berformat baru PT3 menggantikan PMR. Tragedi kertas soalan peperiksaan UPSR bocor juga antara 'highlights' penting pada tahun ini, sehingga menyebabkan beberapa peperiksaan perlu dilalui semula pelajar.

             Maaf. Terlupa pula menulis isi asal berkaitan tajuk diatas. Review sukan untuk 2014 dan 10 peristiwa penting sukan pada tahun 2014 dari sudut pandangan aku. Bebas untuk sesiapa menyanggahi aku atau mempunyai pandangan lain.

Dibawah, 10 peristiwa sukan penting dan diingati sepanjang 2014 dari pandangan aku:

1. Manchester United membuka tirai tahun 2014 dengan kekalahan kepada Spurs di Old Trafford.

2. Pemecatan David Moyes pada April 2014 dari pasokan Manchester United. Manchester United menamatkan musim 2013/2014 di tempat ke 7. Kedudukan liga terendah United sejak era Premier league.

3. Pasokan bola sepak Malaysia berjaya ke pentas final Piala AFF Suzuki menentang Thailand, namun tewas dengan aggregat 4-3.

4. United pertama kali tidak layak ke UCL sejak tahun 1995.

5.Angel di Maria dan Radamel Falcao menyertai United pada musim panas 2014. Sesuatu yang tak pernah aku impikan.Namun,ada berita sedih yakni persaraan legenda United, Ryan Giggs dari bola sepak. Giggs telah mempunyai lebih 23 tahun karier sebagai pemain bersama Manchester United,sejak memulakan 'debut' bersama United pada tahun 1991.Terima kaseh Giggs kerana telah mewarnai dunia bola sepak dunia!

6. Louis Van Gaal dilantik menjadi pengurus baru Manchester United.

7.Dato Lee Chong Wei didakwa terlibat dalam penggunaan dadah dalam sukan badminton.

8. Brazil 1 - Jerman 7 dan Sepanyol 1 - Belanda 5, dalam kejohanan Piala Dunia di Brazil.

9. Real Madrid memperoleh La Decima setelah 12 tahun mengidam.

10. Liverpool (hampir) memenangi liga EPL musim 2013/2014. Dan, peristiwa Luis Suarez menggigit Chiellini.

No comments:

Post a Comment