Friday, February 18, 2011

Futsal di gelanggang berspesifikasi FIFA

           Aktiviti malam Jumaat kebiasaannya diisi dengan bacaan Yasin, tetapi malam Jumaat kali ini aku dan beberapa teman lari sedikit daripada stereotaip. Berpegang pada prinsip sukan itu juga ibadah, malam Jumaat kali ini kami penuhi dengan bersukan, yakni bermain futsal. Harus diingat, prinsip sukan itu juga ibadah menjadi tunjang kami semua. Badan yang sihat, minda cerdas, ibadah juga bertambah. Tak gitu?

           Seawal 8 malam lagi beberapa teman sudah berada di A One Futsal Centre, Kelang Lama, Kulim. Ini merupakan kunjungan pertama kami ke pusat futsal terbaru dan tercanggih di Kulim(yang baru dibuka pada tahun 2011 ini. Bangga sungguh kami). Begitulah seperti yang dirancang, namun kekurangan nilai-nilai kepatuhan terhadap masa bak orang Jepun masih tersemat di dalam diri aku. "Takpa la, lambat 5 minit", getus aku. Chaitt. Macammana la nak Kedah Maju 2010 aku ni. Apa ada hal? Aku pikir nak guna alasan 'jalan jam teruk' untuk sampai lambat sebagai alasan yang paling munasabah sebab Kulim kan bandar yang sibuk sesibuknya.

Gelanggang A-One Futsal Centre yang katanya menurut spesifikasi FIFA..


   .       Sebagai kapten merangkap pengutip duit futsal selepas tamat permainan, Enip si papa Naufal dah sampai dulu. Turut sampai awal ialah saudara Nizam si papa Nuqman dan juga Akhmal si papa Adam. Terdapat persamaan disitu. Sila pikir sendiri. Pikir aku, menjadi papa(maksud aku ayah, bukan papa = miskin), menjadikan seseorang lebih menepati masa dan lebih berdisiplin. Harap aku begitu juga suatu hari nanti.


Sekitar 50an-60an dulu, pasukan ni memang antara pasukan belasahan terkemuka....


Kini, mereka bukan lagi pasukan belasahan. Lihatlah sahaja gaya 'stretching' Enip yang meyakinkan, ditambah wajah ceria ahli pasukan yang lain...


           Malam bertambah hangat dengan kehadiran beberapa tonggak pasukan (yang hampir-hampir menyarung jersi pasukan Harimau Malaya yang dijual di Padang Besar) seperti Din NGBA, Suhaimi, Aidie 'Dead ball specialist', dan juga Raul 'Azhar' Meireles yang menyusul selang beberapa minit selepas itu.

Raul 'Azhar' Meireles.Katanya kem Liverpool makin utuh di bawah bimbingan King Kenny. Bakal menamatkan zaman solo beberapa purnama lagi.


            Kehilangan beberapa pemain utama pada edisi futsal kali ini menyebabkan kami bermain secara format 4 lawan 4. Tak mengapa pikir kami. Secara tidak langsung kami dapat menajamkan 'skil' kami dalam 'accuracy' sepakan bola ke arah tiang gol. Memang berbaloi dan tidak dapat dinafkan hasil permainan tadi.


           Kehadiran perancang tengah dari Terengganu, Naim si papa Syamil dan juga selebriti scene hardcore dan heavymetal tempatan, saudara Yadd 'Incarnation' di tengah-tengah permainan merancakkan lagi suasana, sekaligus, format permainan berubah kepada 5 lawan 5. Di sinilah kecekapan setiap ahli pasukan diukur untuk mengubah formasi dan 'positioning' dalam sekelip mata. Permainan secara aggresif mula dipamerkan oleh kedua -dua pasukan sambil berbalas gol tanpa mengenal erti penat lelah. Permainan turut dicemari dengan insiden 'tapak kasut futsal tercabut' oleh salah seorang ahli pasukan yang meminta namanya dirahsiakan. Beberapa sepakan secara rawak juga dilepaskan entah kemana, dan tidak termasuk beratus-ratus peluang keemasan untuk menjaringkan gol dilepaskan begitu sahaja.


          Tepat pukul 9, siren berbunyi. Wow, terpegun kami seketika. Perasaan macam berada di Balai Bomba pun ada. Rupa-rupanya, sudah tammat waktu permainan seperti syarat yang ditetapkan oleh pihak A One futsal centre.Kami tak peduli. Berpegang pada prinsip 'Last goal', kami teruskan juga permainan.


          Puas dapat main futsal malam ni.Harap-harap ada antara kami yang disenarai pendek untuk kelayakan mewakili pasukan futsal Harimau Malaya oleh 'scout-scout' yang seakan-akan bersembunyi di gelanggang sebelah sambil memerhatikan aksi lincah kami sebentar tadi.

Masing-masing sibuk membincangkan 'post-match' review dan 'rating' permainan masing-masing sejurus tamat permainan.


Bukti bayaran telah dibuat kepada pihak A-One. Kami berharap dapat membuat tempahan dan bayaran secara 'online' di masa hadapan,lantas meningkatkan 'efficiency' pengurusan pusat futsal tanah air.




Selain menurut spesifikasi FIFA, konsep sukan itu juga ibadah dapat dipraktikkan di A-One futsal Centre kerana memiliki surau.




4 comments:

  1. chait..sempat gak mentag aku.. nice one maonx..

    ReplyDelete
  2. chait...good job...aku akan linkkan blog ni from my FB & twitter account

    ReplyDelete
  3. standard fifa??tp bab kselamatan tu aku x stuju..kalo hang sedar blakang goal keeper ngan tepi goal keeper(gelanggang blakang)ada tembok..jaring yg disediakan xcukup tegang..semalam ada budak injured sebab terlanggar tembok tuh..nasib baik kena pinggang..kalo kepala???...hati2 len kali kalo men futsal kat sna...

    ReplyDelete
  4. Pachenko : terima kasih sedara. Kami pun 1st time main dekat situ. Apa-apa hal, akan dibawa ke pihak pengurusan A-one nanti. Aku ada no phone depa (dekat pamplet tu) untuk inform benda ni.

    ReplyDelete