Aku rasa aku terpanggil untuk menyuarakan yang sebenarnya aku bersependapat (sikit ja) dengan brader Bung Mokhtar pasal women drivers. This Bung is something. At one hand dia dapat Zizie dan dalam masa yang sama dia tak kasi chance dekat isu-isu keperempuanan. Bung, you GO GIRL!!
News source : http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/3/31/nation/8383385&sec=nation
.
Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana". They said: "Glory to Thee, of knowledge We have none, save what Thou Hast taught us: In truth it is Thou Who art perfect in knowledge and wisdom." [Al Baqarah 2:32]
Thursday, March 31, 2011
Ini memang duit dah tak tau nak buat apa
Lelaki ni memang superb dan menakjubkan. Kalau aku ada duit terkumpul banyak ni dah lama aku buat benda lain. Cilakak.
.
Wednesday, March 30, 2011
Kak Ros dah tak boleh poco-poco
Hoi,hoi,hoi,
Jabatan Mufti Perak dah keluar fatwa la pulok...
Tarian Poco-Poco itu harrrroommmm!!!
Nak tau lebih lanjut, pi la tanya Tan Sri Dato' Seri (Dr) Haji Harussani b. Haji Zakaria....
Kehkehkehkehkehkeh.....
Kehkehkehkehkehkeh.....
Tapi,
Takpa-takpa,
Kak Ros kita dah ada aktiviti sukan dia tersendiri ganti poco-poco,
Kehkehkehkehkehkeh.....
Hidup "Green Technology!!!"
Kehkehkehkehkehkeh.....
p/s : Ya Allah,kurniakanlah kami pemimpin-pemimpin dari kalangan yang beriman.Ampunilah dosa-dosa pemimpin-pemimpin kami dan kami sekalian. Berikanlah hidayahMu kepada pemimpin-pemimpin kami dan kami juga, Ya Allah, Yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa.
Hanya kepada engkau kami sembah dan kepada engkau jua kami memohon perlindungan.Amin...

Yang menjadi persoalannya,
PM 1M kita yakni Kak Ros tersayang,
Lepas ni nak exercise macam mana pulak???
Kehkehkehkehkehkeh.....
" I want nobody nobody but you..." sambil menyanyikan ala-ala Wondergirls
Gelek bang gelek...yiiihaaa!!!
Macam mana nak buang lemak-lemak dekat badan tu nanti???
Kehkehkehkehkehkeh.....
Cakap kat rakyat suruh amalkan hidup sihat, kurangkan pengambilan gula, kurangkan minyak....
Kehkehkehkehkehkeh.....
Cett!!
Piiiiiiigidaahhhhhh!!
Ni semua sebab Barang Naik punya pasal!!!
Tapi,
Takpa-takpa,
Kak Ros kita dah ada aktiviti sukan dia tersendiri ganti poco-poco,
Kehkehkehkehkehkeh.....
Hidup "Green Technology!!!"
Kehkehkehkehkehkeh.....
Yeargh!! cargas 1 Malaysia
Hell yeargh !! Gaya selepas membuat servis kencang dalam permainan bulu tangkis
p/s : Ya Allah,kurniakanlah kami pemimpin-pemimpin dari kalangan yang beriman.Ampunilah dosa-dosa pemimpin-pemimpin kami dan kami sekalian. Berikanlah hidayahMu kepada pemimpin-pemimpin kami dan kami juga, Ya Allah, Yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa.
Hanya kepada engkau kami sembah dan kepada engkau jua kami memohon perlindungan.Amin...
.
Monday, March 28, 2011
Pekena satay di Ramal Junction
Sapa-sapa datang Kajang, kalau setakat pekena satay dekat Haji Samuri memang rugi dan tak up to date. Sempena kedatangan aku ke Bangi kali ni, geng-geng yang bermastautin dekat area-area sini sibuk dok rekemen makan dekat Ramal Junction. Kami ikut ja, maklumlah, kalau datang Kajang ja, hanya tau Satay Kajang Haji Samuri, selain tu memang kami tak ambik port.
Suasana sekitar medan makan Ramal Junction
Sebelum pekena satay Willy, kami cuba seberapa menu yang ada di situ. Orang memang ramai tak ingat. Aku tak tau apa pasal malam-malam minggu ni depa tak masak dekat rumah ja dengan family. 'Screen' besar dekat situ memang jadi penghangat suasana. Sambil lepak-lepak layan nasik lemak pedas tak ingat sama dengan tauhu goreng ala-ala pasembor, kami disajikan dengan perlawanan persahabatan antara Etoile FC dan Malaysia. Memang kena tepat pada masanya.
Ramal Junction dari jauh
Nak makan satay punya pasal, nah, ambik kau. Mau berkematu jugak punggung tunggu satay yang tak muncul-muncul. Aku rasa dari minit 24 kitorang mula tengok game Etoile FC lawan Malaysia sampai la game habis, satay tak sampai-sampai lagi.Berkat kesabaran yang mendalam dan cukup jitu, satay akhirnya sampai ke meja kami. 140 cucuk kami order. Satay dia memang cukup power, besar dan lazat tak tau nak habaq.
Brader satay tengah khusyuk mengipas satay di Ramal Junction
Lepas berada di situ untuk tempoh yang agak lama, aku dan yang lain semua mula mencari haluan masing-masing. Ada yang nak pergi mengurut, ada yang nak pekena tidur dekat homestay, ada yang nak jumpa buah hati, dan ada yang nak pergi karok. Aku tak tau apa nak buat, tapi ada satu target. Nak pergi beli selipar. Selipar aku putus di tengah jalan petang tadi. Buat sementara waktu, aku ikat dengan tali rafia. Kreatif la konon.
Bertindak sebagai 'tourist guide', Pak Abu membawa Matje dan aku ke downtown Jalan Reko. Boleh la usha-usha selipar dan apa-apa yang patut. Sambil tu bole lepak kejap layan game kelayakan Euro 2012.
Ye ke Islamic Town? Banyak 'pusat-pusat' Islam jugak aku tengok kat situ
.
Sesi bergasak dan bergomol
Dah agak lama tak pekena benda-benda macam ni. Apa kejadahnya aku boleh terjebak dengan benda-benda ni semua?? Dua hari kena hentak, lenyek,'tackle', hempap, 'hand off' dan sebagainya , tapi rasa puas yang amat lepas pekena benda ni, kena pulak pekena bersama-sama dengan geng lama.
Dapat la jugak merasa 6 'game' dalam sesi bergasak kali ini. Dah dekat 3 tahun tak pekena benda ni, jangan expect nak fit macam dulu-dulu, tapi bisa tu masih ada lagi di situ, bak kata orang tua-tua. Lagipun dah nak berumahtangga tak lama lagi ni, malas la nak pulun sangat, kang tak pasal-pasal patah riuk sana sini pulak. (Cett, alasan la tu).
Sekalung penghargaan kepada geng-geng bergasak lama dari ex-UMP Sharks, Toyol (pengurus), Cik Abe, Jimi, Muneq, Pak Abu (ex Sharks, tapi main untuk Kajang RC sebab terlalu power), Aizam, Mock, Baxter, Veron, Raja, Ramo, Matje, Mekor,Bad, Shah, Ayie dan tak lupa juga pada cik pentunang kerana telah sama-sama datang untuk memberi sokongan yang amat padu.
******
Hari Isnin pagi tadi memang super power dia punya 'Monday blues'.Dengan tengkuk rasa macam tak boleh nak pusing campur dengan lutut bengkak dan badan sengal-sengal ubi memang mencabar kewibawaan aku untuk bangun pagi dan mandi dengan jayanya.
.
"I prefer rugby to soccer. I enjoy the violence in rugby, except when they start biting each other’s ears off " -Elizabeth Taylor (RIP March 2011)
Dapat la jugak merasa 6 'game' dalam sesi bergasak kali ini. Dah dekat 3 tahun tak pekena benda ni, jangan expect nak fit macam dulu-dulu, tapi bisa tu masih ada lagi di situ, bak kata orang tua-tua. Lagipun dah nak berumahtangga tak lama lagi ni, malas la nak pulun sangat, kang tak pasal-pasal patah riuk sana sini pulak. (Cett, alasan la tu).
Gambar sekitar sesi bergasak di UK Malaysia, Bangi
Sekalung penghargaan kepada geng-geng bergasak lama dari ex-UMP Sharks, Toyol (pengurus), Cik Abe, Jimi, Muneq, Pak Abu (ex Sharks, tapi main untuk Kajang RC sebab terlalu power), Aizam, Mock, Baxter, Veron, Raja, Ramo, Matje, Mekor,Bad, Shah, Ayie dan tak lupa juga pada cik pentunang kerana telah sama-sama datang untuk memberi sokongan yang amat padu.
******
Hari Isnin pagi tadi memang super power dia punya 'Monday blues'.Dengan tengkuk rasa macam tak boleh nak pusing campur dengan lutut bengkak dan badan sengal-sengal ubi memang mencabar kewibawaan aku untuk bangun pagi dan mandi dengan jayanya.
.
Wednesday, March 23, 2011
Kembara ke negeri 'Jupe mung di Nung' II
Dekat Banding aku ingat nak tangkap gambar Pulau Banding tu, tapi still gelap gelemat lagi. Besar jugak empangan Tasik Temenggor ni, lebih kurang 152km persegi. Pergh, kalau lah aku billionair, dah lama aku buat tempat main jetski dekat sini. Jalan ke Hutan Belum pun gelap gelemat. Aku fokus dan tangan serta pandangan aku hanya komited terhadap pemanduan aku. Kena jaga -jaga dekat sini.
Sampai dekat Jeli lebih kurang pukul 7.15 pagi. Mata aku agak rabak jugak. Yang lain dekat belakang pun dah lebih kurang jugak aku tengok. Aku menguntumkan sebutir senyuman tanda masih seronok memandu dan maintain chill. Perjalanan masih lama lagi ni mengikut kata Sida RnH. Hujan yang boleh dikatakan separa lebat Sedar tak sedar, dah sampai Tanah Merah dalam pukul 8.00 pagi. Kat sini cik Pentunang mempunyai masalah yang tak dapat dibendung lagi.Terdapat panggilan alam semula jadi katanya. Cari punya cari, macam takda tempat yang sesuai untuk berhenti. Keadaan semakin parah selari dengan kerutan yang terpancar di muka cik pentunang.Ikutkan hati dan rasa belas ihsan, nak ja aku berhenti tepi-tepi jalan tu untuk cik pentunang lepaskan apa yang terpendam, tapi tak kena dengan budaya dan tatasusila kita.Tapi apa ada hal? Kalau aku, kes-kes perut meragam ni macam benda hidup mati beb dan harus ada rasa saspens yang tinggi. Kena pantas dan tangkas bertindak.Meremang bulu roma beb kalau pendam lama-lama. Wak luuu.
Akhirnya, kami nampak sebuah kedai makan ni. Elok juga ni. Target utama nak tumpang tandas, tapi sambil menyelam sambil telan air. Aku punya 'tangki air' pun macam dah nak meletup, memang kena 'release' air dulu jugak. Lepas tu baru boleh pekena teh tarik. Naim dengan familinya dah entah ke mana. Kami suruh depa gerak dulu. Minum pagi tu semua ditaja oleh Sime Darby punya kakitangan, Encik Jedi RnH.

Air Tuak di Tanah Merah. Pagi-pagi kejadah apa nak minum air Nira?
Kami tak boleh lepak-lepak dan minum lama. Sepantas kilat kami meneguk air panas senafas lebih, dan terus blah dari situ lepas bayar. Kenangan dan juga benda kumuhan juga kami tinggalkan di situ.
Lokasi seterusnya Machang. Teringat kami kepada Azlinda Supian AHB hatta melepasi perkarangan tembok depan UiTM Machang. Ralit punya ralit, akhirnya kami semua dah lalu Jerteh, Setiu, Bandar Permaisuri, dan akhirnya, alhamdulillah, selamat sampai di Kuala Terengganu pada pukul 10 pagi. Lega, tapi 'tangki' aku penuh balik sebab sejuk tak ingat dan hujan. Kena cari lagi ni port nak membuang.
Siang depan Giant KT
Malam depan Giant KT
Tuesday, March 22, 2011
Are you smarter than a 5th grader?
Malam sabtu lepas memang menguji tahap ke'power'an ilmu PAFA aku dulu-dulu. Bertubi-tubi soalan berkaitan agama dan ketuhanan diajukan kepada aku oleh Imam kariah masjid Al-Azim Pandan Indah. Nak tak nak kena jawab sebab nak dapatkan sain borang kahwin punya pasal. Dah la abah aku dengan Pak Leh aku ada sekali. Memang parah jugak.Dayyum.
Soalan rukun iman berjaya aku 'settle' dengan jayanya.Sampai soalan kedua dan yang terakhir, imam tanya aku soalan memang cukup menguji minda. Aku kena tanya pasal 20 sifat Allah sekali dengan maksud dia. Memang cukup power kalau dapat ingat makna sekali. Aku kalau dia tanya soalan suruh 'list'kan 70 player Manchester dan BPL 'sure' aku boleh 'settle' sekelip mata.
Imam : Ha, Encik ni nak kahwin kan? sebelum tu, tau tak 20 sifat Allah?
Aku : owh, tahu-tahu. Ada nasyid pasal tu. (sambil ketawa sinis)
Imam : Kalau ikutkan tahu, budak darjah 4,5 pun tahu. Maksud camna? Bagitau sikit.
Aku : (Diam sebentar, sambil pandang abah dengan Pak Leh). Erk, sikit-sikit tau la.
Imam : Wah ,ini serius ni, camna mau kahwin ni?? Wakluuuu
Ok-ok. Imam cakap wakluu tu aku gebang je. Saja buat-buat saspens. Post interview tu akhirnya membuahkan hasil dan aku dapat jugak 'signature'dan cop imam tu dalam borang. Imam tu bukan lepas 'free-free' ja, siap suruh aku usha balik sifat 20 nanti.
Aku senyum ja, sambil dalam hati dah malu kaw-kaw. Pak Leh dengan abah senyum ja. Nasib baik lepas tu bukak topik lain nak hilangkan memori cerita tadi.
******
20 Sifat Allah
1. Wujud (Ada)
2. Qidam (Sedia)
3. Baqa' (Kekal)
4. Mukhalafatu lilhawadith (Tidak menyerupai Allah dengan segala yang baharu)
5. Qiamuhu binafsihi ( Berdiri Allah s.w.t denngan sendiri)
6. Wahdaniah (Esa)
7. Qudrah (Kesan untuk mengadakan dan meniadakan sesuatu)
8. Iradah (Berkehendak)
9. Ilmu (Mengetahui)
10. Hayyun (Hidup)
11. Sama' (Mendengar)
12. Bashar (Melihat)
13. Qalam (Berkata-kata)
14. Kaunuhu qadiran (Keadaan Allah taala yang berkuasa mengadakan dan maniadakan)
15. Kaunuhu muridan (Keadaan Allah taala yang mengkehendaki dan menentukan sesuatu)
16. Kaunuhu Aliman (Keadaan Allah taala yang mengetahui segala sesuatu)
17. Kaunuhu hayyan (Keadaan Allah taala yang hidup)
18. Kaunuhu sami'an (Keadaan Allah taala yang mendengar)
19. Kaunuhu basiran (Keadaan Allah taala yang melihat)
20. Kaunuhu mutakalliman (Keadaan Allah taala yang berkata-kata)
Bukan aku yang pakai tudung tu. Tapi gambaran semasa kena 'interview' dengan imam merangkap ustaz

Sunday, March 20, 2011
Bumi Kenyalang punya cerita
Kehkehkehkehkehkehkehkeh...
Hoi, hoi,hoi!!!
Dah masuk Malaysia dari tahun 1963,
Apa pasal sikit sangat duit hasil balak??
Mana duit hasil petroleum??
Mana duit hasil sumber mineral??
Pergi mana duit hasil sumber pertanian??
Hilang mana duit hasil perlancongan??
Empangan Bakun bila mau siap??
Kehkehkehkehkehkehkehkeh...
Semua duit sikit punya masyyuuuuuukkkk pergi mana???
Al-Fatihah Pn. Sri Laila Taib (RIP 29th April 2009) (gambar kiri)
Taib Mahmud dan wanita pertama Bumi Kenyalang yang baru. Tahniah! Oops, FLOM dan bininya juga ada disitu. (gambar kanan)
Kehkehkehkehkehkehkehkeh...
Percaya lagi dengan Meloya sama dengan Hairan???
Kehkehkehkehkehkehkehkeh...
Hairan ibnu Ajaib
Meloya Ibnu Meroyan
Hangpa pikiaq la sendiri !!! Bangkit !!!
photo credit:
http://sarawakupdate.com/home/local-news/pm-and-wife-attend-taib-wedding/
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_07.htm
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BNSarawakberjayakurangkankadarkemiskinan40peratus/Article/index_html
Friday, March 18, 2011
Dah lama tak pekena ABC dan pisang goreng Mak Ton & Pak Ngah
Petang ni dekat Kulim dia punya hangat lain macam. Walaupun hampir setiap hari minggu lepas asyik hujan ja dekat Kulim ni, tapi Jumaat hari ni bahang dia memang power. Menusuk kalbu orang cakap. Aku syak ni mesti ada kaitan dengan fenomena pemanasan global, takpun kesan rumah hijau. Naharrom.
Panas. Memang panas sampai kolam 'armpit' aku lepas balik Jumaat tadi. Peluh memang tahap kritikal. Peluh peluh jugak, nu kat Fukushima tu, bukan takat peluh, segala jenis air diaorang pakai nak sejukkan reaktor nuklear tu. Askar Jepun siap angkut 30 tan air laut lagi nak pi sejukkan loji nuklear. Reaktor numero 4 baru sahaja bocor, dan yang ke 3 pulak, dikesan ada Plutonium. Ingat tu, kanser la jawabnya walaupun kena debu Plutonium ni.
Gohmen 1Malaysia, tetap tak ambik apa-apa langkah berjaga-jaga dan tetap suruh rakyat tenang macam biasa. Woiit, paling lekeh pun, bagi la penerangan melalui media-media arus perdana apa radioaktif tu dekat orang ramai,macam mana dia bergerak, macam mana radioaktif boleh dielakkan ka, takpun tentang bahaya radioaktif. Hangpa ingat orang-orang kampung tu tau ka, mak cik , pakcik Felda tu tau ka, opah aku tau ka?Ini tak, balik-balik tunjuk muka Kak Ros. Cett.
******
Sebenarnya, aku nak cerita pasal cuaca panas ja arini. Panas-panas macam ni, elok kita pekena cendol ka, laicikang ka, tapi aku teringin ABC. Dah lama tak pekena ABC Mak Ton dengan Pak Ngah. Teringat ABC, secara automatik terkenang rumah.Rindu sungguh dekat kedua orang tua tercinta aku ni.
Takpa-takpa, balik rumah hujung minggu ni aku pekena pisang goreng, cekodok, sekali dengan ABC. Laksa aku tolak tepi. Jom.

Mak Ton tengah beraksi untuk membuat cekodok
Bukan setakat cekodok, mesin pengisar ais kacang @ ABC pun secara chilll ja beliau 'handle'
Pak Ngah tengah khusyuk menyiapkan laksa secara spontan
Kak Ebah datang dari markaz untuk membeli pisang goreng dan juga membawa berita terkini di Dun Pandan
Mak Ton dan Cik Dah sedang chill sebentar dan makan limau Mandarin
Wednesday, March 16, 2011
Kad debit dan kad kredit Manchester United
Sementara lepak-lepak nak menunggu giliran dekat Public Bank Kulim tadi, mata aku meliar usha-usha apa yang patut dalam bank tu. Ramai orang dan macam-macam ragam. Orang-orang kerja bank aku tengok semuanya stailo-stailo belaka gaya korporat macam dalam drama Meleis. Tiba-tiba aku nampak sesuatu yang menarik. Aku bergerak ke arah benda itu dan cuba belek-belek apa yang patut.
Ryan Giggs, Chicharito dan Rooney Hensem sudah ada kad debit ini. Aku bila lagi?
Rooney Hensem guna kad kredit? Kata gaji 125 000 pound Sterling seminggu...
Akibat inflasi dekat Zimbabwe sebanyak 100 500% dan jugak sebab Robert Mugabe....Pak Cik kayo beb!
40lb duit Zimbabwe bersamaan 100 USD. Boleh rabak 'wallet' aku macam ni.
Boleh beli air tin satu dengan 25million duit Zimbabwe. Terbaek lah. Jom pakat guna Dinar Emas!
photo credit:
http://www.dailymail.co.uk/news/article-527069/Youd-think-won-lottery-Zimbabwean-buys-drink-25m--50p.html
Pemimpin-pemimpin yang cukup bijaksana-sini
Cuba perhatikan betul-betul muka-muka ini. Cuba ambik berat dengan kenyataan akhbar dan media tentang kata-kata dan pandangan mereka. (Merujuk kepada kenyataan Kak Ros mengenai penggunaan 'Green Technology' dan teknologi Jepun). Syukur kerana Malaysia dianugerahkan dengan pemimpin-pemimpin yang bijaksana dan juga berfikiran jauh, selari dengan Wawasan Doplo-Doplo.
Yang aku ni pun satu bengap, bukan baru benda-benda pasal loji nuklear ni. Dah lama dah. Baru sekarang nak ambek berat dan nak ambek tahu. Padahal dah lama dah benda ni ada dalam Protokol Kyoto 2005. Dan dah lama lagi sebelum tu dibuat pada tahun 1997. Aku baru habis UPSR time tu, baru tengah terkincit-kincit pikir nak sambung belajar lagi ke tak.
Terkini daripada Fukushima, 2 lagi loji reaktor nuklear kehilangan fungsi penyejukan dan keadaan huru-hara tercetus di kawasan loji dan sekitarnya. Jurucakap daripada Australian Conservation Foundation,dan juga seorang pengkempen bebas nuklear berkata, Australia terlibat secara langsung dengan tragedi nuklear di Jepun hatta penjualan dan pengeksportan uranium ke Jepun ;yakni Tokyo Electric Power company, kira-kira 3000 tan uranium dalam setahun.
photo credit:
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/rosmah-receives-mary-robinson/
http://theflyingkick.blogspot.com/2011/01/muhyiddin-yassin-kroni-laki-normala.html
http://www.abc.net.au/local/audio/2011/03/16/3165513.htm?site=newcastle

Pee M 1 Malaysia,Rosmah Mansor dan timbalannya, Muhyiddin
Terkini daripada Fukushima, 2 lagi loji reaktor nuklear kehilangan fungsi penyejukan dan keadaan huru-hara tercetus di kawasan loji dan sekitarnya. Jurucakap daripada Australian Conservation Foundation,dan juga seorang pengkempen bebas nuklear berkata, Australia terlibat secara langsung dengan tragedi nuklear di Jepun hatta penjualan dan pengeksportan uranium ke Jepun ;yakni Tokyo Electric Power company, kira-kira 3000 tan uranium dalam setahun.
Seorang bayi diuji untuk pengesanan radiasi di Nihonmatsu, sekitar kawasan Fukushima,Jepun
photo credit:
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/rosmah-receives-mary-robinson/
http://theflyingkick.blogspot.com/2011/01/muhyiddin-yassin-kroni-laki-normala.html
http://www.abc.net.au/local/audio/2011/03/16/3165513.htm?site=newcastle
Tuesday, March 15, 2011
Kembara ke negeri 'Jupe mung di Nung' I
Hari minggu pada Sabtu dan Ahad lepas bukan seperti hari-hari minggu yang lain, dimana masa untuk berada di kilang buat tahi mata lebih banyak diperuntukkan. Hujung minggu kali ini aku berada lebih kurang 413 kilometer dari Kulim metropolitan.
Untuk misi yang digelar 'Ops Hadhari' ini (sempena memperingati Islam Hadhari tajaan Pak Lah yang bertapak di Terengganu beberapa tahun lepas yang dah macam 'hidup segan , mati tak mahu' ), bergerak secara solo bukanlah pilihan aku. Ditemani beberapa ahli rombongan lain yang turut disertai cik pentunang, Nazmi CPV, Sida R n H dan juga penampilan khas oleh saudara Ruzaidi Su, ataupun nama manja beliau, Jedi. Kereta mewah cik pentunang menjadi pilihan untuk 'Ops Hadhari' ini. Perjalanan dimeriahkan lagi dengan penyertaan anak jati dari Terengganu sendiri, Naim si papa Syamil dan keluarga kecilnya yang terdiri daripada Syamil dan Saflida.Kiranya, dua penyertaan dari anak jati Terengganu untuk 'Ops Hadhari' ini.
Target 'Ops Hadhari' yang utama adalah untuk selamat sampai ke kenduri Ali TerraRossa di Manir. Kenduri 'start' pukul 12 tengahari, lepas acara nikah dua jam sebelum tu. Target asal nak sampai sebelum acara nikah tapi jalanraya yang berkabus dan hujan di hampir setiap kawasan perjalanan mengganggu tumpuan. Walaupun teknik pemanduan aku sipi-sipi dengan Tengku Djan, namun, catatan masa masih tidak memuaskan. Seawal 3.30 pagi lagi kami dah berkumpul di stesen Petronas Kulim. Sepatutnya pukul 3 dah gerak 'folo' plan asal, tapi aku dengan Jedi lena diulit mimpi dan terlajak tidur sampai pukul 2.45 pagi,lantas menyebabkan kelewatan perjalanan dari tempat untuk berkumpul.
Dari Kulim ke Grik aku hanya menjadi 'assistant' kepada drebar, yakni cik pentunang. Dengan teknik yang agak meyakinkan dia berjaya memandu hingga ke Perhentian Perah walaupun keadaan hujan dan jalan yang gelap gelemat. Setelah membuang yang keruh dan mengambil yang jernih kemudiannya disitu, tugas menjadi 'transporter' diserahkan sepenuhnya kepada aku. Setakat Jason Statham tu senang-senang ja aku boleh titik dia. Bezanya, aku tak kenakan syarat macam dia untuk jadi 'transporter'. Hanya cukup kacang sebagai bekalan. Di hentian Perah juga menyaksikan kereta Waja milik Naim terpaksa melalui sedikit pembaikan kerana 'relay' lampu depannya telah terbakar. Aku bertindak sebagai pemegang payung untuk Naim buat aktiviti repair-merepair.
Dekat Tasik Banding aku target nak tangkap gambar sikit-sikit, tapi mana nampak apa pagi-pagi buta dekat situ. Seterusnya, kami sampai di Lebuhraya Timur-Barat. Aku bajet nak ambik gambar dekat tugu peringatan Lebuhraya Timur-Barat ni, tapi sekali lagi keadaan gelap tak megizinkan. Banyak jugak kisah disebalik lebuhraya ni, semua aku ada baca dekat Google. Start dibuat pada tahun 1970 dan siap 12 tahun selepas tu, lebih kurang tahun 1982. Tak silap aku bulan Julai 1982 baru dibuka dekat orang ramai. Aku baca lagi,pada 23 Mei 1974, sebanyak 63 mesin jentolak tanah pernah kena bom oleh gerila komunis masa pembinaan. Tak cukup dengan tu, banyak jugak yang terkorban dan cedera sepanjang kerja-kerja pembinaan lebuhraya ni sepanjang 12 tahun tu, tak kira la akibat serangan komunis, ataupun kemalangan semasa kerja. Al-Fatihah buat mereka semua. Memang 'true' hero depa semua tu.
Photo credit:
http://ustazhusni.blogspot.com/2010/08/ketika-merayau-rayau-di-alam-siber-ni.html
http://www.kujie2.com/motivasi/kenali-sifat-binatang-dalam-diri-kita.html
Untuk misi yang digelar 'Ops Hadhari' ini (sempena memperingati Islam Hadhari tajaan Pak Lah yang bertapak di Terengganu beberapa tahun lepas yang dah macam 'hidup segan , mati tak mahu' ), bergerak secara solo bukanlah pilihan aku. Ditemani beberapa ahli rombongan lain yang turut disertai cik pentunang, Nazmi CPV, Sida R n H dan juga penampilan khas oleh saudara Ruzaidi Su, ataupun nama manja beliau, Jedi. Kereta mewah cik pentunang menjadi pilihan untuk 'Ops Hadhari' ini. Perjalanan dimeriahkan lagi dengan penyertaan anak jati dari Terengganu sendiri, Naim si papa Syamil dan keluarga kecilnya yang terdiri daripada Syamil dan Saflida.Kiranya, dua penyertaan dari anak jati Terengganu untuk 'Ops Hadhari' ini.
Target 'Ops Hadhari' yang utama adalah untuk selamat sampai ke kenduri Ali TerraRossa di Manir. Kenduri 'start' pukul 12 tengahari, lepas acara nikah dua jam sebelum tu. Target asal nak sampai sebelum acara nikah tapi jalanraya yang berkabus dan hujan di hampir setiap kawasan perjalanan mengganggu tumpuan. Walaupun teknik pemanduan aku sipi-sipi dengan Tengku Djan, namun, catatan masa masih tidak memuaskan. Seawal 3.30 pagi lagi kami dah berkumpul di stesen Petronas Kulim. Sepatutnya pukul 3 dah gerak 'folo' plan asal, tapi aku dengan Jedi lena diulit mimpi dan terlajak tidur sampai pukul 2.45 pagi,lantas menyebabkan kelewatan perjalanan dari tempat untuk berkumpul.
Dari Kulim ke Terengganu semata-mata ingin makan Nasi Dagang edisi true punya. Apa ada hal?
Dari Kulim ke Grik aku hanya menjadi 'assistant' kepada drebar, yakni cik pentunang. Dengan teknik yang agak meyakinkan dia berjaya memandu hingga ke Perhentian Perah walaupun keadaan hujan dan jalan yang gelap gelemat. Setelah membuang yang keruh dan mengambil yang jernih kemudiannya disitu, tugas menjadi 'transporter' diserahkan sepenuhnya kepada aku. Setakat Jason Statham tu senang-senang ja aku boleh titik dia. Bezanya, aku tak kenakan syarat macam dia untuk jadi 'transporter'. Hanya cukup kacang sebagai bekalan. Di hentian Perah juga menyaksikan kereta Waja milik Naim terpaksa melalui sedikit pembaikan kerana 'relay' lampu depannya telah terbakar. Aku bertindak sebagai pemegang payung untuk Naim buat aktiviti repair-merepair.
Signboard yang aku rasa cukup 'familiar' kalau dekat dengan lebuhraya Timur Barat
Amacam? Comel tak Mr Jumbo Mambo sekor ni. Ketar lutut jugak kalau tiba-tiba diorang 'keluar bandar'
Photo credit:
http://ustazhusni.blogspot.com/2010/08/ketika-merayau-rayau-di-alam-siber-ni.html
http://www.kujie2.com/motivasi/kenali-sifat-binatang-dalam-diri-kita.html
Friday, March 11, 2011
Bencana alam; ujian, peringatan dan juga bala
Benda-benda macam ni memang kita kena ambik serius dan kerajaan memang tak boleh pandang enteng. Seingat aku, tahun ni saja, dah 2 kali gempa bumi berlaku dekat dunia ni. Itu tak termasuk bencana banjir besar dekat Queensland kira-kira awal Januari aritu. Paling 'latest' gempa bumi sebelum yang berlaku dekat Jepun yang menyebabkan tsunami jugak adalah dekat Christchurch, NZ. Itu aku rasa baru ja berlaku 2, 3 minggu lepas. Naharrom. Ketar jugak aku sekarang. Taubat sebelum terlambat.
Bulan Januari 2011 aritu jugak baru ja ada gempa bumi berskala ritcher 7.0 tak silap aku dekat Chile, dekat-dekat 'area' Santiago. Nah, hari ni, mai satu lagi bencana gempa terbesar tahun ni setakat ni dekat Jepun, 'area-area' Tokyo dan Sendai. 8.9 skala Ritcher. Ambik kau. Harap- harap masyarakat dekat sana semua selamat.
Turut kena impak ialah Hawaii, Russia dan Taiwan. Philipina, Indonesia, Papua New Guinea semua dah cuak dah 'stand by' untuk amaran tsunami kesan gelombang gempa bumi Jepun tadi.
Jom taubat selagi masih ada masa. Peringatan buat aku dan sesiapa saja yang di luar sana. Kamon-kamon.
Photo credit:
http://hanopolis.com/?articleNo=17832&/story/Another-earthquake-this-time-Chile-88-magnitude-Saturday
http://www.mirror.co.uk/news/
http://blogcetusanminda.blogspot.com/2011/01/subhanallah.html
.
Tsunami di Acheh pada tahun 2004
Chile dilanda gempa lagi.
Gempa bumi. Ini bukan dalam filem guna CGI.
Turut kena impak ialah Hawaii, Russia dan Taiwan. Philipina, Indonesia, Papua New Guinea semua dah cuak dah 'stand by' untuk amaran tsunami kesan gelombang gempa bumi Jepun tadi.
Jom taubat selagi masih ada masa. Peringatan buat aku dan sesiapa saja yang di luar sana. Kamon-kamon.
Photo credit:
http://hanopolis.com/?articleNo=17832&/story/Another-earthquake-this-time-Chile-88-magnitude-Saturday
http://www.mirror.co.uk/news/
http://blogcetusanminda.blogspot.com/2011/01/subhanallah.html
.
Cerita pasal IKEA
Memang susah nak cari penulis unik macam Pipiyapong ni. Gaya penulisan yang bersahaja oleh mamat ni memang 'true' dan selalu saja buat aku gelak sorang-sorang depan komputer macam orang sakit mental skru longgar.
Layannn...
******
Semalam gua ke IKEA. Gua pergi seramai empat orang iaitu gua, Saiful Jafari, Amar Amir dan Nazri M Annuar. Semua ke sana berbekalkan misi masing-masing. Misi Nazri M Annuar ialah untuk membeli rak. Misi Saiful Jafari ialah membeli gebor. Amar Amir misinya ialah usha makwe. Gua pula datang semata-mata nak telan air liur.
Sebenarnya dalam kalangan kami berempat, itulah pertama kali gua dan Saiful Jafari pergi ke gudang perabot popular masa kini itu. Tapi kalau dilihat berdasarkan pengalaman, Saiful Jafari dah mula meniaga burger belakang Fajar Supermarket di Damansara Utama sejak Februari 1992. Antara kami, dia paling champion setakat ini. Nazri M Annuar sendiri mengakui bahawa dia belum pecah suara ketika itu. Gua pula entah ke tengah sibuk menangkap belalang kunyit pada waktu itu.

Lepas gua pusing-pusing, terhiling-hiling dan terkernyih-kernyih satu IKEA tu, gua rasa macam tak patut gua pergi situ. Orang yang patut masuk ke dalam gudang itu adalah orang yang mempunyai disiplin hidup yang bagus, teratur dan pandai membahagikan masa. Barang-barang dalam tu semua untuk orang-orang macam tu. Orang-orang yang rajin menyangkut, rajin menyimpan, rajin menyusun atur, rajin membuat pengasingan, tak boleh tak selesa, rumahku syurgaku, kasut 3 pasang ke atas, ada konsep minimalis maksimalis dalam kepala, perlukan pencahayaan sempurna, pentingkan ergonomik, menitikberatkan fungsi dan estetika, stailo, pengaruh TV, bilik member power dan sebagainya.
Gua tak bersedia lagi untuk itu semua. Setakat ni rasanya gua ok lagi sangkut seluar pada paku belakang pintu. Kalau tak cukup paku, gua sangkut pada tingkap. Tak cukup tingkap, gua attack tombol pintu. Nak tidur pula, gua boleh tidur mana mana ikut dan. Nak buat kerja, gua sihat lagi nak bersila dan meniarap.
Tapi kalau gua ada 6 juta dalam bank, lain la pula cerita dia.
Berkenaan kesudahan rombongan gua tadi, semua yang ada misi membeli pulang dengan hati yang girang sambil dalam kepala dah 'mark' satu dua barang nak beli lain kali.
Source : http://www.hilangpunca.com/
Thursday, March 10, 2011
Sepetang bersama pemimpin-pemimpin masa hadapan
Sepatutnya waktu petang-petang begini selalunya harus diisi dengan kegiatan-kegiatan sukan lasak dan penuh ekstrem, namun aku ada satu perjumpaan mustahak dengan mereka-mereka yang InsyaAllah bakal memimpin tanah air pada masa hadapan. Semuanya aku rasa dirancang oleh saudari Fatah, gadis Parit Buntar secara 'last minute' pada pagi itu.
Sayang sekali cik pentunang (yang gemar bermain dengan kanak-kanak kecil lagi innocent) tidak dapat join da club kerana menghadiri jamuan makan-makan yang mewah di E&O Hotel malam itu bersama rakan-rakan jabatan kewangannya.
Aku dan Sida RnH sampai di rumah Nadia Ahmed ibunda Umar Haziq berpandukan peta yang disediakan oleh saudari Zulaikha gadis Penang.Kredit untuk gadis Penang ini kerana petanya memang tepat dan jitu. Pengarah Jabatan Pemetaan Negara pun pasti kagum dan tersenyum riang jika melihat peta hasilan Zulaikha gadis Penang ini.
Suci dan comel. Hilang segala stress dan masalah duniawi akan melihat wajah-wajah ni.
Wajah bakal pemimpin-pemimpin di masa hadapan. Semuanya kacak, jelita lagi menawan
Sesampainya di sana, kelihatan saudara Enif papa Naufal dan Faizah ibunda Naufal sudah berada di rumah Nadia ibunda Umar. Zulaikha gadis Penang juga sudah ada di pagar. Rupa-rupanya juga sebelum tu, Nolia ibunda Naira Zamira (wow, boleh buat nama awek dalam novel ni!) dan suaminya, Zul KMCO baru juga sampai dan cari tempat 'parking' di situ. Mulanya, aku ternampak Enif saja, kemudian aku bersuara menanyakan di manakah Naufal dan ibunya.
"Mana Nofal buchuk, and Faiz?", tanya aku.
" Tu haa, ada dalam kereta aku", jawab Enif sambil memuncungkan mulutnya ke arah kereta Hondanya yang power.Tengah menikmati masa-masa terindah bersama anak kecik.
Ok. Sampai situ aku paham. Sama ada Naufal buchuk masih tidur ataupun tengah menikmati minuman paling berkhasiat dari badan seorang ibu. Benda 'basic' la weh, itu semua kena ambik tahu.
Antara ahli-ahli rombongan ke rumah Nadia Ahmed (ROMKERUNA)
Nadia ibunda Umar sudah lama terpacak menantikan kehadiran kami. Senyuman tak pernah luntur dari mukanya walaupun penat barangkali menyediakan apa-apa yang patut untuk dif-dif jemputan. Nak layan anak lagi. Owh, aku baru tau. Nadia ada bibik. Bagus juga tu. Aku syak bibik tu umur dalam baya-baya atas sikit dari aku, mengikut riak fizikal mukanya.
Kesemuanya tersenyum girang memangku kanak-kanak yang masih tidak berat
Hajat sulung untuk bertemu muka ke muka dengan saudara Umar Haziq Solihin sudah tercapai. Dia seakan dah tau dengan kehadiran aku. Time aku datang Umar sudah lepak-lepak chill atas tilam empuknya itu. Sebijik macam gaya aku pekena baring lepas penat membanting tulang. Dengan rasa geram bercampur baur garam (sebab aku tak mandi lagi petang tu), lantas aku memeluk Umar dan mencium pipi gebunya. Bukan setakat Umar, Naira, Naufal semua aku dapat peluk dan cium tanpa aku mandi terlebih dahulu. Peduli apa ayah,papa, mama,ummi atau ibu depa nak kata. Arrrrrgghh, sungguh nyaman sekali.
Aku sebenarnya langsung tak membawa buah tangan ataupun hadiah dek kerana last minute punya perancangan ni. Apa yang aku bawak hanya 2 bungkus kacang untuk lepak-lepak chill bersama member-member rombongan dan tuan rumah.Malu malu jugak, tapi hidup mesti terus. Tak disangka -sangka, kami semua dihidangkan Nadia dengan bihun telur dan juga satay ayam yang ada di dapur. Satay ayam tu aku syak Enif bawak sebab aku dengar ada cakap-cakap tadi. Memang terbaek dan kena pada waktunya. Perut aku pun dah kruk krak kruk krak sebelum tu.
Usai makan, tiba pula Akhmal papa Adam bersama isterinya Amy. Aku lihat Adam dah semakin kacak dan bergaya. Tubuhnya juga agak sasa bagi rakan-rakan seusia. Dah lama aku tak bertemu Adam. Sikit tahun lagi, dah boleh masuk jawi agaknya budak ni.
Tak lama selepas tu pula, Drogba pula menyusul. Kali ini kedatangannya bersama dengan isteri tersayang, Linda, lantas melengkapkan korum rombongan ROMKERUNA pada petang itu. Harus diingat,ini bukanlah Drogba yang sebenar yang bermain untuk Chelsea dan yang juga terkenal dengan kata-kata "This is f*@#%!&g disgrace!" itu, namun hanyalah Saiful 'Drogba' A Bakar. Kehadiran Drogba agak ditunggu-ttunggu kerana dilabelkan sebagai penampilan istimewa oleh rakan-rakan kompeni pagi tadi.
Kunjungan ROMKERUNA berakhir pada pukul 8.10 malam sebab tak elok lepak rumah orang lama-lama bak kata orang-orang tua dan juga atas prinsip sudah Maghrib. Masing-masing menuju ke kenderaan mewah sendiri untuk ke destinasi seterusnya.
Babai Umar Haziq, Naira, Naufal dan Adam. Mmmuuuuuaahhhh.
Monday, March 7, 2011
Hadiah untuk King Kenny...apa ada hal??
Kerana atas dasar kasih dan sayang sesama insan yang begitu kuat antara Pak Alex dan King Kenny, maka dengan bermurah hatinya disedekahkan tiga (dalam bahasa Melayu), Tre (dalam Danish), Drei (dalam bahasa German), ataupun Shalosh dalam Hebrew, ya, sebanyak TIGA mata sebagai hadiah buat King Kenny tersayang. Ini bersempena meraikan hari jadi King Kenny yang baru sahaja berlangsung 2 hari sebelum perlawanan tadi.
Disebabkan itu juga, dengan murah hatinya juga pemain-pemain United bermain secara sambil lewa dengan harapan King Kenny terhibur hatta bergembira dengan umurnya yang sudah meniti usia 60 tahun itu. (dah kira tahap warga emas di Malaysia).

Kuyt, ataupun Kunyit Hidup (dalam bahasa Melayu secara mudahnya) meraikan kejayaan yang bersifat duniawi itu dengan riang.
"1 Malaysia", laung Rafa Benitez dengan penuh semangat patriotik (bekas pengurus Liverpool yang kini menganggur) yang khabarnya turut gembira dengan kemenangan bekas anak-anak buah tercinta beliau ke atas seteru tradisi tadi.
Saudara Kuyt ataupun Curcuma Longa, turut mencuri tumpuan dengan jaringan hatrik sulung beliau untuk Liverpool. Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan dan yang menggegarkan arena bola sepak tanah air pada game tadi adalah 'assist' cantik daripada Nani kepada Kunyit untuk gol keduanya tadi. Khabarnya, Nani baru sahaja mengisyhtihar untuk lompat parti, owh silap, lompat kelab, hatta menjadi pemain ke -12 Liverpool pada game tadi.
Nota: Monday 'reds' buat penyokong Liver-poo. Kasi can lah. Yenuwah, yenuwah!!
Friday, March 4, 2011
Kisah di SelamaVille I
Siapa tak tau pasal Selama, Perak mai sini aku ajar cari dekat Wikipedia dan GoogleMap.Selama yang berkeluasan 74,591.8 hektar bukan tak mau feymes macam Chicago, Hawaii, Milan, Paris, Moscow, Brussels, Tokyo, Jerusalem, Pyong Yang, Beirut, Oslo, Warsaw, Dubai, Mogadishu, Caracas, Montevideo, Kiev, Belgrade, Bucharest, Lisbon, Budapest ataupun Havana sekalipun, tapi penghuni-penghuni dia lebih suka hidup secara chill dan 'underdog'. Bangunan -bangunan era zaman Jepun pun masih banyak lagi kat Selama ni. Sayang nak runtuh khabarnya.
******
"Kampung Selama atau dahulunya dipanggil Kampung Selamat dibuka oleh Encik Abdul Karim bin Raja Aman Shah pada 22 Januari 1870 Masihi bersamaan 14 Muharram 1290 Hijrah". Abdul Karim berasal dari Sumatera. Sebelum ini Abdul Karim bekerja sebagai budak pejabat di bawah Orang Kaya Menteri Larut, Long Jaafar. Kemudian beliau dinaikkan pangkat menjadi kerani. Pada tahun 1858, Ngah Ibrahim menggantikan ayahnya sebagai Orang Kaya Menteri Larut. Encik Abdul Karim yang terus bekerja dengan Ngah Ibrahim kemudiannya meminta restu untuk membuka sebuah kampung di Utara Larut. Permohonannya itu diperkenan oleh Ngah Ibrahim.
Sebelum kedatangan Encik Abdul Karim di daerah ini sudah pun wujud sebuah kampung berhampiran sungai lebih kurang 10 km dari Pekan Selama yang dikenali sebagai Kampung Sungai Bayor. Kampung ini didiami oleh orang-orang Melayu keturunan Pattani.
Rombongan Encik Abdul Karim menaiki sampan memudiki Sungai Kerian dan singgah di sebuah tempat bernama Tanjong Medan (kini dikenali Kampung Medan). Kemudian mereka berpindah pula ke Kampung Selamat yang terletak antara Jalan Sir Chulan dan Kampung Gudang, Kemudian kampung itu ditukar nama kepada Kampung Selama. Setelah bijih timah dijumpai (di belakang Pejabat Daerah Selama sekarang), maka Encik Abdul Karim menjemput orang keturunan Rawa dari Sumatera dan Orang Cina datang ke Selama untuk memajukan perusahaan bijih timah di Selama." (Sumber lebih lanjut boleh diperolehi dari http://www.mdselama.gov.my/latarbelakang ).
The Red Omnibus Co dan The Blue Omnibus Co; perkhidmatan bas awam yang paling canggih dan berteknologi selepas 50 tahun lebih negara Malaysia merdeka yang terdapat di Selama
Bas JADAM di Selama. Banyak kenangan pahit, manis hatta masam sekalipun bersama bas legend ni
Penggunaan tanah di kawasan Selama ni banyak tertumpu pada tanaman getah, padi, dan juga kelapa sawit. Kebun durian pun banyak. Tanah untuk penempatan haram macam dekat Kay Ell aku tak berapa pasti.Orang Selama ni memang suka berbakti pada tanah, kecuali aku. Aku hanya tau berbakti kepada tanah liat ataupun plastisin ja, itupun masa darjah-darjah dulu.
Peta Negeri Perak menunjukkan lokasi Selama. Jemput -jemput la datang melawat na.
Aku punya kampung dalam Mukim Hulu Selama.Ulu pun ulu lah,apa ada hal? Kampung Rantau Panjang tempat di mana aku dilahirkan. Memang 'true' la jugak mak aku ni. Dalam bilik opah aku, secara chill beliau melahirkan aku dengan bantuan bidan kampung. Dalam banyak-banyak cucu, aku sorang ja rasanya di beranakkan dalam bilik tu. Memang chill sekali lagi nak habaq mai. Bangga tak bangga adik-beradik aku yang lain semua di beranakkan dekat hospital, tapi kenapa aku yang di ketepikan? Apa kes ni? Tak 'indie' la kan kat hospital,ye dok? Kerajaan harus ambil berat tentang ni.
Aku duduk tak lama di kampung Rantau Panjang, Selama. 3 bulan ja lepas keluar dari perut mak aku, tak lebih dan tak kurang.Lepas tu kena cabut balik ke Kay Ell. Aku nak jugak merasa hujan bunga di Kay Ell. Tunggu punya tunggu, haramjadah takda pun hujan bunga di Kay Ell. Nak kena gamaknya Anna Raffali ni.
Kenangan bersama legenda penoreh getah terhebat di Selama, dan Kg. Rantau Panjang secara amnya. Rileks je naik bukit turun bukit guna Honda Cub c70. Al Fatihah.
Photo credit:
Wednesday, March 2, 2011
Keputusan yang dah dijangka...Apa ada hal??
Menang ka kalah ka, apa ada hal? Yang Torres 50 juta ni tak 'score' lagi ni apa pasal? Lepas ni aku ingat nak 'trim' rambut macam David Luiz, konfem kacak dan hebat bermain bola nanti.
Apa-apahal, Smalling memang bagus, cuma 'hard luck' ja game tadi. Vidic raksasa Serbia, memang tak tau nak cakap apa dah. Memang jenis tak pikir masa depan langsung.
Apa-apahal, Smalling memang bagus, cuma 'hard luck' ja game tadi. Vidic raksasa Serbia, memang tak tau nak cakap apa dah. Memang jenis tak pikir masa depan langsung.
Suke la tu kome menang.
Rooney Hensem, pada minit ke 30
Rooney Hensem, pada masa tamat permainan.
Subscribe to:
Posts (Atom)