Thursday, May 26, 2011

80-90an punya cerita - Selangkah ke alam dewasa

           Musim cuti sekolah sudah kian tiba. Jika waktu sekolah dulu, 'time' kritikal macam ni memang pikiran dah melayang teringat rumah , walaupun jasad 'still' ada dekat sekolah. Tapi tu cerita dulu. Sekarang ni dah lain.
           Waktu-waktu begini patutnya aku fokus pada persiapan menjadi 'raja satu hari' aku, tapi sebab cuak punya pasal, nak hilangkan rasa ketar tu, jadi aku tulis la apa yang patut. Sambil-sambil aku duk pikir macammana keadaan aku nanti masa nak salam tok kadi, ada baik aku lupakan sejenak perasaan gementar tu dengan benda-benda 'gementar' yang aku pernah hadapi suatu ketika dulu.

"Lu tunggu, lu tunggu, jangan nak 'act' sangat !" tengking aku dalam hati pada budak-budak pencinta keamanan

Pose untuk Majalah Manggis 1994.Gaya sama macam budak-budak kat atas, cuma situasi seterusnya berlainan. Aman !


           Waktu-waktu nak dekat cuti sekolah macam ni, memang agak 'thriller' bagi aku, kira-kira 16~17 tahun dulu. Ya lah, setiap kali cuti sekolah ja, mesti ada ura-ura dan khabar angin yang mengatakan aku bakal 'masuk jawi'. Cilakak. Dah 1-2 tahun tangguh, tapi kali ni 'feeling' aku lain macam. Abah aku dah semakin yakin yang aku boleh menghadapi benda ni pada edisi cuti sekolah kali ni. Bukan apa, aku risau yang kalau 'masuk jawi' ni, aku bakal 'miss' macam-macam cerita best dekat TV, terutamanya cerita 'Alam Ria Cuti Sekolah' dan 'Kelab Kanak-kanak Angkasapuri'. Macam mana aku nak 'handel' ni?

            Macam-macam 'offer' aku dapat dari makcik-pakcik aku jika aku dapat tunaikan tanggungjawab 'masuk jawi' ni. Dapat jadi 'hero' la, dah boleh lepas sengsara ' tersangkut zip seluar' la, boleh dapat basikal 'BMX' baru la, dan tak lupa, dan dah boleh kahwen. Yang 'last' punya 'offer' tu memang cukub lumayan pulangannya bagi aku dan aku tak boleh lupa sampai mati.

******

           Hari yang dinantikan dah tiba. Cuti sekolah pada hari tu memang cukup 'thriller' bagi aku. Hari Sabtu,hari pertama cuti sekolah tu jugak aku dibawa ke Klinik Kita Pandan Indah untuk masuk 'jawi'. Aku rasa debaran nak masuk 'jawi' ni seratus kali ganda kurang daripada debaran yang bakal aku hadapi masa nak salam tok kadi nanti. Cilakak.

Wednesday, May 25, 2011

Muchas gracias, Gary Neville !

           Pemain datang dan pergi, tetapi 'Class is permanent', bak kata omputih. Selamat tinggal, Gary. Terima kasih atas segalanya yang telah kau berikan kepada United. Jujur nak aku katakan yang kau bukanlah yang berbakat, yang terpantas, yang terkuat dan macam ter, ter lagi, tapi semangat dan jiwa United yang kau ada memang memberi inspirasi. Tak pernah kecut teloq untuk berdepan dengan mana-mana pemain terhebat pun.

Nama : Gary Neville
Tarikh lahir : 18 Februari 1975
Diikat kontrak bersama United : 8 Julai 1991
Debut :  16 September 1992 (vs Torpedo Moscow)
Jumlah penampilan : 602 perlawanan
Gol : 7

Jasamu dikenang

Class of 1992. Giggs, Butt, Beck, Gary Neville, Phil Neville, Scholes

Seteru utama the Kops

Menunjukkan jari tengah kepada Carlito Tevez tanda sokongan padu

Hands off, Jamie! - Gary is a Red, he hates Scousers!

Selebret macam ni pun kena saman ka?





photo credit : http://www.loyarburok.com/human-rights/thank-god-its-friday/i-love-gary-neville/

Monday, May 23, 2011

IPP di Malaysia

            Orang mudah melenting apabila harga barang naik, tarif elektrik naik dan tambang pengangkutan awam naik dan apa kejadah lagi naik termasuklah aku. Disini bukan aku kata aku menyokong pimpinan kerajaan, tetapi sebelum kita serang secara membuta tuli dan memaki hamun kepada kerajaan; maka haruslah kita benar-benar tahu apa dulu asasnya punca kenaikan barang dan inflasi.

           Buat yang suka bising-bising tak tentu pasal tarif elektrik ka, bil air naik ka, (termasuk lah aku), sila perhatikan dan fahami dulu bil-bil utiliti yang ada pada bil bulanan anda. Sila ambil pot pasal benda tersebut. Jangan hanya amalkan konsep macam aku; dapat bil, tengok bil (serta terkejut dengan bil yang dikenakan selepas itu), maki hamun sekejap dekat kerajaan, kemudian bayar seperti biasa, tak kiralah secara 'online' mahupun di pejabat pos. Kemudian benda ni pun diulang berbulan-bulan, bertahun-tahun sampailah mampos.

          Kalau anda juga amalkan benda yang sama macam aku jugak tadi, maka bangkitlah dan silalah ambik pot pasal benda yang hangpa bayarkan itu. Semua yang kita buat, kita bayar, kita guna dan apa kejadah lagi haruslah kita tahu atas sebab apa dan tujuannya, dan bagaimana serta mengapa.

         Samalah macam solat; apa tujuan kita solat? "Apa ertinya saya menganut Islam?" karya Fathi Yakan hangpa ada baca tak?

******

         Berbalik kepada cerita pasal IPP tadi. Aku memang dah panjang meraban kat atas tadi. Apa ada hal? Hangpa pernah dengar nama Malakoff? Tanjong? YTL Power? Sime Darby? Genting? Landmarks? Ya, itulah dia IPP, yakni Independent Power Producer (Pengeluar Tenaga Bebas).

Kebergantungan kerajaan terhadap sumber gas dan dan arang batu --> IPP makin berkuasa


        Mereka-mereka inilah yang sebenarnya paling bijak dan paling untung di Malaysia ini sedangkan rakyat masih tersepit. Kerajaan banyak perabih duit dekat depa-depa ni semua lah. Memang mereka banyak berjasa - peluang pekerjaan, 'generate' ekonomi negara, tetapi hanya segelintir sebenarnya yang merasa untung daripada kekayaan yang mereka raih itu.

       Jadi, tarif naik dan bil utiliti naik kepala bana apa lagi sebenarnya adalah disebabkan (bagi aku) kurang efisiensinya  kerajaan dalam penilaian bayaran terhadap puak-puak IPP tersebut. Bahan mentah dan sumber semuanya dari tanah air kita sendiri, bukannya kena import pun.

        Aku tak belajar ekonomi dan memang banyak benda cacat cela tentang pemahaman ekonomi ni. Tapi sebagai rakyat Malaysia aku harus ambik pot pasal benda-benda ni semua. Ciao.




       
Photo credit : The Star Malaysia

       

Sunday, May 22, 2011

Tragedi tanah runtuh di Hulu Langat

Wajah-wajah bahagia sebahagian warga Madrasah di Hulu Langat semalam, beberapa jam sebelum tragedi tanah runtuh berlaku

          Semalam negara digemparkan dengan satu kejadian tanah runtuh yang berlaku di Hulu Langat, Selangor yang menimpa Rumah Anak yatim dan Anak Hidayah Madrasah At Taqwa. Setakat artikel ini ditulis, 16 mangsa telah disahkan terkorban dan gerakan untuk mencari mangsa lain masih terus giat dijalankan.

          Al-Fatihah buat mereka-mereka semua. Juga renungan untuk kita semua bahawa maut tidak mengira sesiapa, tua atau muda, kaya atau miskin, sihat atau sakit; bila sampai waktunya, maka tidak akan dilambatkan sedetik pun atau dipercepatkan sedetik pun kerana itulah yang telah ditakdirkan oleh Allah yang Maha Kuasa.

Persediaan sebelum menjadi 'leader' - Bacaan Iftitah

           Nak kahwen ni bukan boleh nak buat main-main. Segala ilmu-ilmu agama dan ketuhanan ni memang kena mantap. Diri dah mantap baru boleh pimpin orang ataupun sesebuah organisasi, ye dok?

           Hari-hari solat tunggang terbalik tapi tak paham makna dan tak ada 'jiwa' dalam solat tu pun tak guna jugak. Aku ingat nak pekena makan sikit aku punya rohani. Dah lama tak pekena makan.


Maksud : Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Muslimin.

Au revoir, rumah bujang legend! - siri 2

          Nak dijadikan cerita, sebelum aku tinggal di Taman bersatu, aku terlebih dahulu dapat rumah sewa di Flat Taman Jati. Tinggal di flat ni memang memori yang tak dapat aku lupakan sebab yang menghantar aku ke sini tak lain dan tak bukan adalah arwah Mak Long Kiah aku sendiri di temani oleh Abah Lan.Member uni aku, Che Mat juga ada teman. Masih segar lagi dalam kepala otak aku macam mana arwah tolong aku hantar barang, beg dan lain-lain lagi benda termasuk la ada satu karpet yang arwah bagi untuk aku guna yang aku masih lagi simpan sampai sekarang.

            Dan orang yang bertanggungjawab membuka peluang kepada aku untuk menyewa di Flat taman jati ni adalah saudara Affrizal,member  first yang aku dapat di Kulim ni. Rizal pulak adalah member kepada Aziah (sekarang dah jadi cikgu), yakni member kepada aku pulak semasa menuntut di Pongsu Seribu, Kepala Batas. Sungguh panjang nak cerita, biaqlah aku pendekkan sampai situ ja.

Pesta mandi-manda 2008 di Ulu Paip. Hisha, Rizal dan Maonx


           Mula-mula duduk aku rasa bosan yang amat dan dalam masa yang sama jugak takut sebab banyak kejadian yang tak diingini berlaku di sekitar flat ni. Benda-benda tu biarlah aku simpan saja buat kenangan sendiri. Duduk sorang, memang derita. Aku perlukan teman serumah dan akhirnya, Hisha muncul dalam hidup aku. Dia jugak member uni aku dan dapat rezeki kerja di Kulim ni kemudiannya.

            Nak dekat tiga minggu jugak la aku duduk sorang sebelum Hisha datang untuk menyewa sama. Lega gila aku rasanya. Hisha pulak bawak member dia sorang, Firdaus lepas tu. Jadi meriah la sikit. 

          Tak lama kemudian tu pulak, rezeki keluarga sewa kami semakin bertambah. Mak cik An dengan tulusnya merekemen anak saudara member dia untuk turut menyewa di situ kerana praktikal di kawasan berdekatan. Kemasukan Hazami diterima dengan hati yang terbuka dan ceria. Ini bermakna beban sewa semakin kurang mengikut sifir matematik secara mudah, kerana dibahagi 4.

         Hazami hanya bersama kami selama 2 bulan. Apakan daya, kolej telah memanggilnya semula untk meneruskan perjuangan untuk ke puncak menara gading.

Maonx, Firdaus 'Frenchman', Wan (member kilang Hisha), dan Hazami (yang juga paling pakar IT di rumah sewa)

            Jangka hayat tinggal di Flat Taman Jati tak lama atas dasar banyak benda yang kami bincangkan. Sebulan jugak lah duduk  menyewa di Flat taman Jati sebelum jodoh rumah sewa baru kami ditemui di Taman Bersatu. Antara member yang pernah melawat ‘istana’  sewa aku di sini adalah Faiq dan Zarif. Tapi Zarif aku dan Hisha tak bawak sampai atas sebab dia ‘geli’ nak menapak ke atas sebab rumah aku tingkat 2 . Apa aku cakap ni serius beb.

           Terima kasih kat Pak Long Man dan MakLong sebab tolong rekemenkan aku dan Hisha rumah baru ni yakni yang di Taman Bersatu ni. Setelah tinjau dalam dan sekeliling, tanpa ragu-ragu terus kami setuju untuk menyewa walaupun harga sewa belum pun dinyatakan. Gelojoh sungguh.



Saturday, May 21, 2011

Au revoir, rumah bujang legend! - siri 1

            Tup tap tup tap , hampir genap 3 tahun aku tinggal di Taman Bersatu, Kulim. Sebelum konsep Satu Malaysia diperkenalkan pun aku dah lama duduk menyewa kat taman ni.Sekejap ja rasanya. Buat jiran tetangga aku sebelah menyebelah, sebelah kanan, mak cik An dan Ustaz Marzuki sekeluarga serta belah kiri, Auntie Tan dan keluarga, pohon maaf sekiranya selama ni aku bukan jiran terbaik yang pernah korang miliki; walaupun pada hakikatnya aku rasa hangpa lah yang banyak menimbulkan mala petaka bagi aku dan teman-teman bujang lain.

           Buat Uncle Utam Sing, sebagai 'lanlord' yang aku hormati, terima kasih atas kerjasama dan jasa baik anda sepanjang tempoh sewaan ini berlangsung. Syukur tidak ada apa-apa anasir misteri yang berlaku sepanjang tempoh aku dan member-member rumah menyewa.

Ini nampak macam rumah misteri, tapi hakikatnya bukan.Menunggu sisa-sisa hari untuk ditinggalkan...


            Julai 2008 sampai hujung May 2011, bukan satu angka yang sekejap, tapi entah macam mana kali ni 'feel' aku lain macam. Rasa macam baru sekejap benda tu berlalu. Duit pun banyak perabis kat rumah ni. RM250 sebulan, darab dengan 35 bulan, jadi total bersamaan RM8,750 ataupun 1,788 Pound Sterling (ketika artikel ini ditulis). Itulah total duit sewa yang diberi kepada tuan rumah iaitu Uncle Utam Singh selama ini.  Boleh tahan jugak la nilainya bagi seorang warga marhaen seperti aku, tapi itu cuma satu jumlah yang terlalu ciput untuk dibandingkan dengan duit belanja shopping Kak Rosmah kita,contohnya ketika berada di Turki tak lama dulu. Chaitt.

           Lebih tak menakjubkan lagi , jumlah bayaran rumah sewa kepada Uncle Utam ini juga tak sampai pun satu per tiga daripada gaji Safee Sali sebulan ketika bermain di Pelita Jaya F.C sekarang. Cilakak.

Wednesday, May 18, 2011

Serangan ke atas MV Finch

Sama-sama kita berdoa agar semua para sukarelawan selamat dan berjaya.Amin

           Kena serang dengan puak Zionis lagi. Haram jadah dan Cilakak. Aku pikir apa lagi alternatif lain yang membolehkan untuk bantuan sampai ke Gaza, tak seperti tragedi Mavi Marmara pada May tahun lepas. Al fatihah buat mangsa yang terkorban dahulu.

          Ibrahim Ali pergi mana? Kata nak berjihad sangat? Apa lagi, inilah peluang yang bagus ! Kehkehkehkeh

p/s : Kita tunggu kata-kata kecaman dari Muhyiddin, Najib, Nik Aziz, Rosmah, Husam, Mahathir dan lain-lain dekat media nanti. Kehkehkeh. Aku pun nak jadi menteri kalau setakat bagi kecaman. Kehkehkeh


       

Tuesday, May 17, 2011

Tokoh jihad millenium

Zlatan 'Ibrahim Ali' Movic


           Perhatikan betul-betul wajah tokoh ini...hangpa kenal tak? Anak muda jiran hangpa kenal tak?....Kehkehkehkehkehkehkeh

           Sapa-sapa tak kenal, baik pergi lompat katak tengah padang sekarang....Kehkehkehkehkehkeh

          Inilah dia wajah tokoh jihad terbaru selepas kematian Bin Laden...Mujaddid alaf baru....Kehkehkehkehkehkehkeh

         Inilah parahnya kalau mengaku rakyat Malaysia, tapi tak pernah ambek pot pasal perlembagaan Malaysia......Kehkehkehkehkehkehkeh

         Dulu masa che'gu ajar sejarah pasal Artikel 11 Perlembagaan Malaysia,hang pi tidoq, tu la pasai.....Kehkehkehkehkehkehkehkeh

         Pasai apa nak lancarkan Perang Salib pulak ni?? Pakai keris dalam Perang Salib boleh menang ka???....Kehkehkehkehkehkehkehkehkehkeh

         Kalau dulu, zaman Salahudin Al Ayyubi, untuk menang dalam perang Salib, wajib bersenjatakan dengan keimanan yang tinggi

         Bukannya dengan semangat ke'Melayu'an yang tinggi !

Kehkehkehkehkehkehkeh

          Kalau perjuangan atas dasar 'bangsa' ni, jangan mimpi la nak menang Perang Salib....Kehkehkehkehkehkeh

Ihsan dari Meloya


p/s : Cuba ambik tahu visi dan misi serta makna PERKASA....kehkehkehkehkeh

Monday, May 16, 2011

Apa khabar cikgu-cikgu semua?

           Jutaan terima kasih buat cikgu-cikgu sekalian di luar sana; terutamanya yang dah mendidik aku dulu.Tugas anda memang mulia; mendidik dan membentuk anak bangsa supaya menjadi insan yang berguna. Selamat Hari Guru!

           26 tahun hidup; 5 sekolah dah aku pergi. Tak dapat nak ingat balik semua nama-nama cikgu, tapi ada sorang guru besar masa dekat sekolah rendah dulu dia memang power. 'Legend of the bald spot' bak kata Wawan. Pelempang dia memang padu. Semua budak dah merasa rasanya.

          "Hey Togol ! Tengok sini la, nanti tak paham pulak !" tegas Encik Yahaya Darus selaku guru besar ketika sesi pembelajaran Matematik darjah 5 dulu di SRK Selama. Sapa-sapa tak bagi respon yang sepatutnya, kapur akan dibaling.

          Nak lagi 'hardcore' kena baling dengan 'duster' papan hitam. Cilakak. Naseb baik aku tak pernah kena lontar dengan benda tu.   

Sunday, May 15, 2011

Si manis 19

Ini Snoop Dogg. Pernah memasang impian untuk bermain bersama United ketika kecil dahulu




Mereka ini memberi gelaran yang pertama kepada United, pasukan 1908-1909
Meredith, Curry,Bannister, Bell, Wilcox, Stacey, Picken, Semple, Christie, Linkson, Duckworth, Whiteside,Moger, Turnbull, Burgess, Axcell, Berry, Hayes, Halse, Wall, MacGillivray




     Mereka ini memberi Piala Liga Inggeris yang pertama di bawah Sir Alex Ferguson pada musim 1992-1993, setelah penantian selama 26 tahun (yang ke 8 buat United )
 Lee Sharpe, Dion Dublin, Peter Schmeichel, Les Sealy, Eric Cantona, Gary Pallister, Andrei Kanchelskis, Mike Phelan, Darren Ferguson, Steve Bruce, Lee martin, Mark Hughes, Paul Ince, Denis Irwin, Bryan Robson, Brian McClair, Giggs, Danny Wallace, Paul Parker




Mereka ini memberi gelaran Liga Perdana Inggeris yang ke 18 buat United (dan yang ke 11 buat SAF)
Saha, Welbeck, Brown, O'shea, J Evans, Manucho, Possebon, Ferdinand, Vidic, Carrick, Fletcher, Campbell, Park, Anderson, Nani, Foster, Van Der Sar, Kusczak, Gibson, Fabio, Rafael, Tevez, Hagreaves, Ronaldo, Giggs, Neville, Rooney, Evra, Scholes




Ini mereka -mereka yang terlibat dalam kejuaraan ke 19 buat United. 'Record breaking and history maker' omputih cakap.
Berbatov, J. Evans,O'shea, Smalling, Ferdinand, Obertan, Vidic, Carrick, Fletcher, Macheda, Valencia, Anderson, Nani, Brown, Amos, Van Der Sar, Kusczak, Gibson, Cleverley, Fabio, De Laet, Park, Owen, Rafael, Giggs, Neville, Evra, Rooney, Hernandez, Scholes



Tahniah Manchester United, Juara Liga Perdana Inggeris musim 2010-2011 buat kali yang ke 19!





Photo credit:
http://www.flickr.com/photos/35779154@N02/3622620136/lightbox/
http://www.united-latest.com/uploads/1/9/5/6/1956984/manchester_united_squad_photo_2010-2011.jpg
http://www.manutd24.com/wp-content/uploads/2010/05/Green-and-Gold-kit-1992-94.jpg

Saturday, May 14, 2011

Jumaat 13 Haribulan

Jason. Lambang ke'brutalan' sejagat


             Ini bukan cerita pasal Tragedi 13 May 1969 ape kejadah yang berlaku dulu dekat Malaysia. Malas aku nak tulis pasal benda-benda 'racist' ni. Kalau Meloya suka la api-apikan benda benda macam ni. '1 Bumi, 1 Melayu' waddefook?? Lagipun benda 13 May 69 tu benda jadi hari Selasa. Apa ada hal?

          Kalau orang yang percaya benda ni, kebanyakkanya non-muslim (sebab orang Islam tak boleh percaya benda-benda mengarut ni semua; harroomm hukumnya kata ustat), phobia ni dipanggil 'friggatriskaidekaphobia'. Panjang macam haram dan nak sebut pun susah. Banyak benda yang dikaitkan dengan 'Hari Malang 13 haribulan Jumaat' ni dan sejarah di sebalik benda-benda ni semua bolehlah hangpa baca dekat Wikipedia.

           Bulan yang start dengan hari Ahad, maka 13haribulannya akan jatuh pada hari Jumaat. Cuba checkitdout kalendar Gregory kalau tak percaya. Kalendar Hijrah aku tak pasti.

          Macam semalam 13 haribulan 2011 kalendar Gregory bersamaan 9 Jamadilakhir 1432Hijrah. Bulan depan dah Rejab. Pergh, sekejap je rasa. Tak lama lagi aku pun dah tak solo lagi.

          Tun Abdullah @ Pak Lah yakni ex-PM Malaysia suka nombor 13 ni. Kehkehkeh. Tak percaya? Bukak balik arkib suratkhabar lepas pilihanraya ke-12 2008 dulu. Kehkehkeh.


Thursday, May 12, 2011

Selamat hari jadi PEKEMBAR

Ihsan dari Hairan
         
Ihsan dari Meloya



           Woitt...

Ni apa kes, cakap tak serupa bikin....

Kehkehkehkehkehkeh

           Kata nak memartabatkan Bahasa Melayu.....

Kehkehkehkehkehkeh

          Sebelum suruh orang, apa kata buat dekat parti sendiri dulu.....

Kehkehkehkehkehkeh

          Kenapa masih guna United Malay National Organization walaupun dah 65 tahun????

Kehkehkehkehkehkeh

          Kata nak memartabatkan Bahasa Melayu.......

Kehkehkehkehkehkeh

          Kecut teloq ka hang Muhyiddin oi nak bagi usul dekat boss supaya guna nama PEKEMBAR??

Kehkehkehkehkehkeh



Wednesday, May 11, 2011

GST= Goods & Service Tax vs Government Service Tax


            Aku masa baca benda ni dekat 'paper' jadi kompius kejap.Astro, KFC, Pizza Hut, Maxis ape kejadah semua tu, itu semua hanyalah 'Gohmen Service Tax', yakni yang kena 6% tu. Kalau Maxis tu charge servis tax dia 5%.

            Em, yang aku pikiaq sekarang ni, contohnyalah kan kita duk makan Pizza Hut, kita tengok dekat bill kita tu ada 'Government Service Tax'. Adakah lepas ni kita akan kena satu lagi charge GST pulak, yakni Goods & Service tax? Siapa tau sila mintak beri penjelasan pasal benda ni.

Contoh bill makan Pizza Hut

           Di Eropah sana semua dah ada benda ni, tapi bagus lah sebab depa punya servis bagus. Aku semestinya mengharapkan benda yang sama kalau GST ni di'implement'kan di Malaysia. Bayaq dah mahai-mahai, servis mestilah baeekkk punya. Ye dok?

Contoh bil Astro. Sekarang ni hanya ada Gohmen Service Tax.


           Apa yang aku tau, dekat-dekat sesetengah negara depa panggil benda ni VAT ataupun Value Added Tax. Cilakak. Lagi banyak nama lagi kompius aku. Kerajaan, sila bagi penerangan lanjut tentang benda ni.




Sumber : http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/5/11/nation/8659348&sec=nation

Tuesday, May 10, 2011

Selamat Hari Ibu

            Agak lambat untuk aku tulis, tapi dah memang tertulis dan tersemat dalam hati aku untuk setiap saat dan setiap ketika sejak dari alam janin lagi. Siti Mariam @ Halimatun Saadiah, selamat hari ibu, mak...
         
          " Perempuan datang dan pergi, yang masih setia cuma satu, yang masih sudi menerima saya cuma satu, yang tak kisah bagaimana paras rupa dan taraf hidup cuma satu, yang percaya saya terbaik untuknya cuma satu, yang mungkin kekal bersamaku hingga akhir hanya cuma satu." - Nazri Vovinski Annuar

Selamat Hari Ibu...tak lama lagi aku bakal ada 'future' ibu untuk anak aku sendiri. InsyaAllah.Amin

Monday, May 9, 2011

Najib dan United

           Amnya umum dah mengetahui yang presiden United Malay National Organization sekarang ialah Rosmah Mansor. Oops, silap. Tersasul aku. Bukan. Presidennya adalah teman hidup beliau iaitu Najib Razak.

           Aku lepak dekat NZ Curry House Wangsa Maju semalam dengan beberapa teman menyaksikan perlawanan bola yang aku kira semuanya itu duniawi sahaja.Sesi lepak bersama Aseng 'Reformasi', Tejo 'Raja Rock', Redong ' The Kurik King' dan Waqi 'Sedak duh wasser' memang mengujakan. Yang tak ada cuma Aizad Perodua dan Kurt 'King of Bundle'. Man United menang dengan Chelsea pun aku kira kejayaan itu sekadar bersifat kejayaan duniawi sahaja. Tidak memberi apa-apa kesan terhadap aku cuma sedikit kepuasan. Apa da hal?

          Bab-bab macam ni memang aku sebulu dengan Najib Razak. Cilakak. Aku rasa dia ni sekadar 'glory hunter' sahaja. Berkat kemenangan semalam, harini gohmen mengisytharkan penurunan subsidi gula (maknanya harga gula naik; pandai gohmen main dengan kata-kata di situ) kepada rakyat. Syabbas 1 Malaysia. Naharrom.

           'Program Rasionalisasi Subsidi'. Waddefook punya ayat manis dari gohmen. Kehkehkehkeh. Mana Ismail Sabri si bapak Dafi ni. Kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Penggunaan.Apa pasal hang yang tak 'announce' harga gula naik, bagi dekat Ketua Setiausaha ja yang umum? Kecut teloq ka??

Kehkehkehkeh



Ihsan dari Twitter NajibRazak yang aku folo

Sunday, May 8, 2011

Puduraya 2011


Ini bukan shopping complex


            Semalam aku balik ke kampung halaman dan rumah orang tua aku di Pandan Indah. Aku dengar Puduraya dah siap, jadi aku begitu teruja untuk balik dengan bas. Memang best naik bas ni sebab bagi aku dengan cara ni secara automatik aku akan ada 'drebar' sendiri. Tak payah jadi boss pun tak apa.

           Sapa-sapa yang tak tahu tentang Puduraya maka wajarlah dikategorikan sebagai warga Mongolia atau Bhutan sahaja. Sejak dari tahun 1975 lagi Puduraya ni dah beroperasi dan menabur bakti kepada rakyat Malaysia, terutamanya warga kota dan rakyat marhaen, inilah kali pertama Hentian Puduraya di naik taraf. Kalau dulu banyak orang tak mau nak naik bas, tapi kali ini aku jamin makin ramai nak naik bas dekat Puduraya.
Sudah 36 tahun menabur bakti

          Syabas dan terima kasih kepada gohmen. Pembangkang juga turut memainkan peranan dalam usaha untuk memberi desakan terhadap kerajaan untuk menaikkan taraf dan mutu sistem pengangkutan awam di Malaysia, terutamanya di Kuala Lumpur yang dah semakin sesak dan caca marba. Inilah yang kita mahu sebenarnya dari kerajaan. Bukannya menara 100 tingkat ataupun projek nadir bumi di Gebeng yang dipinta ; malah tidak diketahui pula dengan jelasnya akan baik atau buruknya usaha itu. Sistem kemudahan pengangkutan awam di kawasan luar bandar sewajarnya menjadi agenda utama kerajaan untuk dimajukan.

         Cilakak. Jadi skema la pulak ayat aku tadi kejap.

         Brader ulat tiket, bilik air 'harum semerbak' dan penuh sesak , Dunkin Donuts Puduraya,surau dan macam-macam lagi kenangan bersama Puduraya lama tak akan aku lupakan dan akan sentiasa terpalit dalam hidup. Bersama kita kekalkan kebersihan dan keunggulan Puduraya yang berwajah baru ini.






         "Rakyat Malaysia sepatutnya sudah lama menikmati kemudahan dan keunggulan macam Puduraya baru ni. Dengan limpahan keuntungan dari hasil petroleum, perlancongan dan lain-lain, kerajaan patut dah lama buat bagi dekat rakyat" kata-kata sorang pakcik tadi bagitau dekat aku time nak beli air mineral dekat Puduraya.

          Nampak ketokohan pakcik ni. Cakap dah macam menteri. Steady la pakcik.

Wednesday, May 4, 2011

Projek 'selaras' belum berakhir

            Osama dah mati. Wallahualam.Najib cakap dunia lebih 'aman' tanpa kehadiran Osama bin Laden.Harga minyak 'diselaraskan' lagi. Kemala dinobatkan sebagai Sasterawan Negara ke 10+1. Aku dan cik pentunang berjaya menyempurnakan sesi penggambaran pra-perkahwinan kelolaan dan fotografi oleh Amirul papa Alif Iman dan bro Fairuz sempena cuti hari buruh lalu. Terima kasih banyak-banyak buat depa.

           Pergh. Update senafas. Kena prektis lagi ni.

Sumber MalaysiaKini


Ini hangpa kena rajin bukak 'Wikipedia'


Obama mati, minyak naik? Waddefood!



source :
http://www.oil-price.net/