Sunday, May 22, 2011

Tragedi tanah runtuh di Hulu Langat

Wajah-wajah bahagia sebahagian warga Madrasah di Hulu Langat semalam, beberapa jam sebelum tragedi tanah runtuh berlaku

          Semalam negara digemparkan dengan satu kejadian tanah runtuh yang berlaku di Hulu Langat, Selangor yang menimpa Rumah Anak yatim dan Anak Hidayah Madrasah At Taqwa. Setakat artikel ini ditulis, 16 mangsa telah disahkan terkorban dan gerakan untuk mencari mangsa lain masih terus giat dijalankan.

          Al-Fatihah buat mereka-mereka semua. Juga renungan untuk kita semua bahawa maut tidak mengira sesiapa, tua atau muda, kaya atau miskin, sihat atau sakit; bila sampai waktunya, maka tidak akan dilambatkan sedetik pun atau dipercepatkan sedetik pun kerana itulah yang telah ditakdirkan oleh Allah yang Maha Kuasa.

No comments:

Post a Comment