Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana". They said: "Glory to Thee, of knowledge We have none, save what Thou Hast taught us: In truth it is Thou Who art perfect in knowledge and wisdom." [Al Baqarah 2:32]
Friday, November 21, 2014
Battle of the Buffet : Perlawanan bersejarah United menentang Arsenal
Battle of the Buffet adalah terma yang digunakan media British untuk mengenang perlawanan bersejarah Liga Perdana Inggeris yang dijadualkan pada Ahad, 24 Oktober 2004; antara Manchester United dan Arsenal.
Latarbelakang:
Pelantikan Arsene Wenger sebagai pengurus Arsenal pada tahun 1996 memberi banyak kejayaan kepada kelab tersebut.Arsenal telah memenangi kejohanan domestik berganda (Piala FA & EPL) pada musim 1997/1998 dan menjadi seteru utama United pada tahun-tahun berikutnya. Arsenal telah memenangi kejohanan domestik berganda lagi pada musim 2001/2002, sebelum United kembali merampas kejuaraan liga pada musim berikutnya.Pada musim 2003/2004, Arsenal telah memenangi liga Perdana Inggeris tanpa sebarang kekalahan (Digelar 'The Invincibles');dengan 26 kemenangan dan 12 seri.Pertemuan diantara Arsenal dan United dianggap sebagai acara kemuncak Liga Perdana Inggeris sepanjang era 2000an.
Sebelum perlawanan:
Pasokan Arsenal bertandang ke Old Trafford sebagai pendahulu liga, 2 mata didepan Chelsea.Pertemuan terakhir mereka berkesudahan 3-1 menentang Aston Villa, yang menyaksikan Arsenal melebarkan rekod tanpa kalah dalam liga ke 49 perlawanan.Manakala Manchester United pula seri 0-0 dengan Birmingham. United berada di kedudukan ke 6 liga, 11 mata dibelakang pendahulu liga.
Perlawanan liga ini semakin bertambah erti, terutamanya bagi Arsenal yang sebolehnya mahu melebarkan rentak tanpa kalah di dalam perlawanan liga ke 50 perlawanan, manakala Manchester United pula yang ketinggalan 11 mata pada pada pendahulu liga, bertekad mahu membuktikan bahawa mereka adalah pencabar kejuaraan dan mahu menyekat rekod tanpa kalah Arsenal.
Perlawanan:
Manchester United memenangi perlawanan di Old Trafford tersebut dengan keputusan 2-0, mengakhiri rekod tanpa kalah Arsenal sehingga ke 49 perlawanan (yang meupakan rekod Premier League). Jumlah penonton adalah seramai 67,862 orang.Pengadil ketika itu ialah Mike Riley (kini sudah bersara).
Perlawanan tersebut tudak sunyi dari kontroversi;antaranya beberapa siri pergaduhan,mutu pengadilan yang kurang memuaskan dan 'diving'.
Gol hasil daripada Ruud Van Nistelrooy (penalti minit 73') dan Wayne Rooney (minit 90').
Selepas perlawanan:
Sol Campbell kelihatan tidak mahu berjabat tangan dengan Rooney pada tamat masa perlawanan,dan suasana menjadi genting dan tegang ketika pemain menelusuri terowong pemain. Terdapat dakwaan berkenaan beberapa jenis makanan; saperti pizza, air kopi, sup tomato atau sup kacang telah dilemparkan kepada pengurus United, Sir Alex oleh pemain Arsenal yang tidak diketahui.
Spekulasi mendakwa pemain Arsenal yang melemparkan makanan tersebut adalah Cesc Fabregas, dan ianya telah disahkan oleh Martin Keown, pemain pertahanan Arsenal dalam satu bual bicara bersama BBC Radio.
Dalam buku autobiografi Sir Alex, Ferguson berkata :" Mereka menyatakan dia (Cesc Fabregas) yang melempar pizza kepada saya,tetapi sampai sekarang saya masih belum mempunyai idea tentang orang yang benar-benar melakukannya."
Wenger kemudiannya mendakwa Rooney sengaja merebahkan diri di kotak penalti hasil terjahan Sol Campbell,untuk mendapatkan penalti.Ruud Van Nistelrooy pula telah dikenakan tindakan 3 penggantungan perlawanan akibat kesalahan serius semasa permainan semasa cabaran terhadap pertahanan kiri Arsenal, Ashley Cole.
******
Tulisan ini telah dicoretkan dalam laman Group Fesbuk 'BMU Supporters'
Labels:
Klasik,
Manchester
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment