Thursday, June 30, 2011

Sasterawan

Ihsan dari Hairan



Kehkehkehkehkeh...

Kasihan sasterawan negara kita yang saorang ni yang bernama Datuk Dr
Ahmad Kamal...


Siapa yang nak pecah-belahkan rakyat di negara ini pulak?

Kehkehkehkehkeh...

Kenapa hang tak tegur Abraham Alee???

Kehkehkehkehkeh...

Apa?
Hangpa tak kenai sasterawan negara kita ni?
Kehkehkehkehkeh...
Dia ni baru ja dapat anugerah la abang oii..

Kehkehkehkehkeh..

Biarlah dia nak kipas Kerajaan sikitt...baru dapat naik nama..
Baru orang dapat kenal...
Kehkehkehkeh...

Bagus jugak bagi kenyataan akhbar dekat Hairan ni..
Baru boleh orang kenal dan dapat jual karya sastera..
Kehkehkehkeh...


Salut untuk tokoh sasterawan yang kool dan berani !


P/s : Tak percaya? Cuba tanya siapa dia Datuk Dr Ahmad Kamal dan
juga tanya siapa dia Datuk Dr A Samad Said pada mana-mana pelajar,mahasiswa usia lingkungan 20an,30an terutama mereka yang bukan dalam bidang
sastera..

Kehkehkehkehkeh...

Laporan akhir IAEA mengenai Projek Lynas - Apa pendapat anda, Rakyat Kuantan dan Gebeng?


Ihsan dari The Star


           Terima kasih Kerajaan kerana jaminan dan penelitian yang dilakukan terhadap pembinaan kilang pemprosesan 'Rare earth' di Gebeng, Kuantan. Rakyat amat memerlukan jaminan ini untuk terus menetap dan hidup di kawasan sekitar tanpa rasa takut dan bahaya; samada kesan jangka masa panjang ataupun pendek.

          Untuk rakyat-rakyat Kuantan sekalian, segala maklumat berkaitan laporan akhir misi penilaian pakar IAEA mengenai tahap keselamatan radiasi Projek Lynas, yang pada masa ini masih lagi dalam pembinaan.

Sumber laporan akhir boleh didapati di sini :

http://www.iaea.org/newscenter/news/pdf/lynas-report2011.pdf


        

Wednesday, June 29, 2011

Selamat datang, Daud De Gea !

Dari Kota Madrid ke pekan Old Trafford







I loiikee dis budak David belly mach!!





"kawe jugok, kawe jugok..kawe suko nate Daud ni" teriak Abraham Alee PERKAKAS




.

Tuesday, June 28, 2011

Aurat - isu besar umat Islam





"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka,dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka meletakkan meletakkan penudung mereka pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka menghentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung."[An-Nuur, 31]


"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat." [Al-A'raaf,26]

.

Saturday, June 25, 2011

BERSIH sahaja, yang kotor kita tak mau

Dipetik dari Fesbuk Zunar Kartunis Fan Club; mengenai fobia Gohmen terhadap warna Kuning...Kehkehkeh. Culture 'Xanthophobia' yang dialami sejak kebelakangan ni memang tuuurrrr (Sempena Bersih 2.0 pada 7 Syaaban 1432Hijrah ini)

#TEORI menyatakan bekalan air yang terputus baru2 ini satu sabotaj, supaya orang menjadi tidak BERSIH


# Semua ahli Perkasa/Pemuda United Malay National Organization dilarang mencuci baju mulai sekarang 
supaya nampak benar-benar kotor ketika 9 Julai


# Penyanyi Ning Baizura ditangkap kerana namanya mempunyai unsur hasutan!
#TERKINI: Seorang pemuda ditangkap kerana meletak kereta di petak kuning!


#mkn msk lmk kuning kena x?


#Seorang budak ditangkap kerana gigi kuning


#yg penting otak kuning dilarang sama sekali


#dilarang makan buah2an berwarna kuning - tempatan atau import, termasuklah pisang, nangka, cempedak, dll


#Dulu sukan sekolah rendah, aku rumah kuning


#Satu kemalangan jalanraya yg dasyat telah berlaku di simpang empat taiping, kerana pemandu2 keliru apabila lampu isyarat KUNING telah ditukarkan ke biru.


#para peniaga makan dinasihatkan agar tidak lagi menghidangkan masakan lemak kuning.. walaupun dapur anda cukup 'BERSIH'..


Lagu Lancang Kuning diharamkan dan penyanyinya Eddy Silitonga mungkin ditahan di bawah ISA!


#Sebuah lori membawa telur telah ditahan... kerana disyaki ada KUNING telur didalamnya.Pemandunya sedang direman


#Baby yang kena demam kuning kena reman jugak ka??


#Lucky that telur no kuning!!! safe all man in malaysia...


#ramai suri rumah tak memasak harini.. tong gas kaler kuning telah dirampas..


#hanya pisang muda saja dibenarkan berada di pasaran..
#bekalan pisang ke masjid semasa hari Jumaat terpaksa diberhentikan sementara waktu kerana ada unsur Kuning


#.Team bola sepak negara pn dlm bahaya la kalo cmni..hati2 sume geng2 kite..


#Last info:sesiapa yang berkulit kuning langsat diminta menukar warna kulit buat sementara waktu.


#anak buah aku ade penyakit kuning, tapi sampai ospital doktor kate x dapat dikesan...sbb penyakit x dak dalam senarai..yg ada biru dacing
#sebelum tidow..pastikan cadar dan sarung bantal berwarna selain dripd warna kuning..


Pemegang pam ron95 bakal ditahan sebab berwarna kuning.


#kpd mereka yg bergigi kuning, sila buat rawatan pemutihan gigi dgn kadar segera.
#terpaksalah batal hasrat nak buat baju melayu warna kuning thn ni.. mcm dah jadi virus pulak


#TERKINI LAGI: Polis salah tangkap, seorang pemuda dilepaskan. Dia pakai baju Kunang, bukan Kuning


#Asian cup latest: Pengadil dilarang keluarkan kad kuning!


#Terkini:satu kampung kena tahan pasal buat kenduri pulut KUNING
#Kenyataan terbaru Kementerian Pendidikan : Rumah sukan sekolah berwarna Kuning diarahkan menukar warna lain; spt merah jambu ataupun lain2


#pemain ngri9 dan smue penyokong pun turut ditahan..kerane memakai baju berwarne kuning
#terkini - DIGI diharamkan


#kartun Naruto d haramkan siarnya ole mana2 stesen TV kerana watak Naruto berambut Kuning


#terkini: promoter DiGi dilarang berkerja pada 9 julai.
#OK lah kau orang semua menghibur dan saya cukup terhibur di malam ini. Dah letih gelak nak tidur di malam yang heNING he h eh he h eh ewh





Friday, June 24, 2011

Tahniah Li Na, pemangkin semangat Asia untuk Asia

           Selain ragbi, bola sepak, badminton, kriket, galah panjang, teng-teng dan beberapa lagi jenis sukan dan permainan rakyat yang aku suka tengok dan ambik pot, tenis adalah salah satu lagi sukan yang aku suka untuk 'folo'. Itu pun sejak adanya Astro Sport Channel.

           Waktu sekolah dulu aku hanya beranggapan yang sukan tenis ini hanya untuk golongan-golongan 'berada' saja.Maklumlah, nak beli sebatang raket tenis pun dah mencecah ratusan malah ribuan ringgit. Pikir aku, baik beli benda lain macam kasut joging atau but bola. Boleh guna agak lama. Lagipun nak cari orang yang main tenis ni kat sesetengah kawasan yang kurang 'court' tenisnya ni, payah ;sama la jugak macam nak jumpa orang guna kereta Alfa Romeo dekat Kulim ni.

          Tapi sekarang dah lain, aku tengok dah banyak orang duk pekena tenis ni. Court-court tenis ni pun dah banyak tumbuh melata bak kata pepatah Melayu 'bagai cedawan tumbuh selepas hujan'. Apa -apapun, aku rasa antara faktor terkuat makin ramai yang nak pekena tenis ni pun mungkin disebabkan faktor Paradorn.

          Siapa Paradorn ni?

          Lok aloh, bang Paradorn ni atlet jiran sebelah negara kita. Tak kenai pun takpa la, bukan penting pun. Nama penuh dia tak silap aku Paradorn Sricaphan. Dia ni memang power la jugak. Off and On the court bak kata omputih. Mana tak power beb, selain power main tenis (pernah menduduki ranking ke 9 dunia), brader Paradorn juga pernah kawen dengan Miss Universe. Dayum.Natalie Glebova nama miss tu.

Takda lawa mana pun, mekap ja lebih. Lawa lagi Sorfina.

Ini bukti dia aku dapat kahwen Miss Universe, kata Paradorn


           Ok, berbalik kepada tenis. Ada sorang lagi minah dari Asia ni yang power serta boleh jadi sumber inspirasi selain Datuk Lee Chong Wei untuk sukan badminton. Nama dia Li Na.Baru-baru ni dia berjaya menang French Open edisi yang ke 110. Hadiah dia toksah cerita dapat banyak mana. Menang French Open 2011 sekali, dapat Euro 1,200,000. Pergh. Masyukkk.

           French Open? Ya, Grand Slam French Open yang amat terkenal itu, yang juga dikenali sebagai  Tournoi Roland Garros. Nama Roland Garros tu diambil sempena memperingati tokoh penerbangan Perancis, Roland Garros semasa Perang Dunia I.

           Dalam edisi final kali ini, minah Li Na ni berjaya menumpaskan seorang lagi ratu tenis yakni Maria Sharapova. Maria Sharapova ni pun bukan calang-calang, power dan kuat jugak mengeruh masa main tenis. Kehkehkeh. Tak percaya hangpa pi tengok 'match' dia main.

Ini dia saudari Li Na. Dah macam Bruce Lee pulak aku tengok otot dia.

            Sejak menjadi pemain pro dari usia 17 tahun lagi, ini adalah gelaran Grand Slam untuk 'singles' PERTAMA minah ni dan juga untuk rakyat Asia amnya, dan juga menjadi rakyat Asia pertama yang membuat penampilan pada perlawanan akhir Grand Slam Australian Open 2011 (dimana Li Na tewas kepada Kim Clijsters). Dayumm.

           Tahniah, Li Na !

Saturday, June 18, 2011

Honeymoon; over the moon

            Aku tak pernah ambik pot pun pasal benda-benda 'honeymoon' sebelum ni, ataupun dalam bahasa Melayunya, bulan madu sehinggalah aku sendiri perlu menempuhinya. Mana datangnya idea ni dan siapa yang cipta istilah ni memang aku tak pernah tahu. Dan setelah beberapa pembacaan dilakukan, maka ketahuilah aku bahawa istilah 'honeymoon' ini, yang juga disebut 'Luna de Miel' dalam Spanish, 'Lua de mel' dalam Portugis, 'Miesec Miodowy' dalam Polish, dalam bahasa Arab disebut ' Shahr el Assal' dan disebut 'Yerach d'vash' dalam Hebrew adalah berasal dari 'Deuteronomy'.

          Apa itu 'Deuteronomy'?
Deuteronomy adalah surah kelima dalam kitab Bible Hebrew, dan juga surah kelima daripada lima surah yang terdapat dalam kitab Torah Yahudi. Kandungan dalam isi surah ini terdiri daripada tiga ucapan yang disampaikan oleh Nabi Musa a.s ataupun Moses di Dataran Moab, sebelum ketibaan mereka di 'The Promised Land'.

Dalam Deuteronomy ayat ke 24, rujukan untuk istilah 'honeymoon' adalah "When a man is newly wed, he need not go out on military expedition, nor shall any public duty be imposed on him. He shall be exempt for one year for the sake of his family; to bring joy to his wife he has married".

        Ok, aku tak pasti apa betulnya dan apakah hukumnya bercanggah dengan Islam, tapi bagi aku benda ni cukup mudah dan jelas. Apa saja yang halal dan baik untuk dilakukan oleh pasangan suami isteri; demi kebahagiaan pasangan tersebut dan untuk mengeratkan siratulrahim, adalah salah satu bentuk ibadah jika disertakan dengan niat yang betul. ' Honeymoon' boleh menjadi satu bentuk ibadah selepas menjalani ikatan perkahwinan.Senang-senang hangpa boleh dapat pahala. Kalau keluaq pi bercuti dengan makwe ka, pakwe ka, mesti takut kena tangkap,ye dok?

         Aku punya honeymoon macamana? Tak jauh. Malaysia ja. Sokong la sikit industri perlancongan Malaysia beb. Kehkehkehkeh.

Sapa-sapa nak rokok dan cekelat dengan harga murah boleh mai beli sini...




p/s: 
"Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." 
[An Nisaa' : 1]

   

Thursday, June 16, 2011

Selamat Hari Bapa (untuk Abah)

Gaya. Mutu.Keunggulan...seorang yang 'legend'


         Ismail, jutaan terima kasih aku ucapkan kepadamu kerana tidak pernah mengenal erti penat lelah (walaupun kamus berlambak di pasaran) untuk membesarkan dan mendidik aku, sehinggalah akhirnya aku sendiri berjaya untuk memulakan langkah baru dalam kehidupan untuk membina keluarga aku sendiri.

        Ismail, aku tahu yang sebenarnya segala usaha dan jasamu itu tidak akan pernah berjaya aku balas, walaupun aku berjaya dalam kehidupan di dunia sekalipun dan melimpahkan segala kemewahan dunia kepadamu. Malah, pengorbananmu untuk memberikan aku seteguk susu bayi sekalipun tidak akan aku berjaya untuk aku balas kerana terlampau tinggi nilainya.

        Doa dan harapan aku padamu setiap hari, semoga Allah sentiasa menjadikan aku anak yang soleh kepadamu dan dapat berbakti serta berdoa kepadamu walau apa jua sekalipun dan pada setiap ketika. Agar kau ditempatkan di kalangan golongan yang soleh kelak di sana nanti. Amin.

        Ismail,
Kaulah SuperHero ku,
Kaulah yang mengajarku membaca Al -quran,
Kaulah yang pertama mendidik aku untuk solat,
Kaulah yang melindungi aku dan keluarga,
Kaulah abah yang 'cool'

Kaulah yang....

Ok, aku dah tak tau lagi apa nak tulih sebab aku pun dah mati akal. Dah hidup balik akal nanti, aku simpan dalam hati sudah.






P/s : Hari Bapa disambut pada tarikh yang berlainan di seluruh dunia, dan diiktiraf secara rasmi berbeza mengikut negara yang berlainan. Malaysia, United Kingdom dan USA; malah Paraguay meraikan sambutan Hari Bapa pada setiap Ahad ketiga pada bulan Jun.

Wednesday, June 8, 2011

Khalyssa Wafa ku yang comel lote

           Cun betul awek ni. Dari dulu takel, tak penah dapat-dapat.Siapa cuba nak berkenal-kenalan atau nak contact number, nanti aku kasi tau sama dengan ayahanda dia, En.Farzal Nasaruddin Asroy dan mummy dia, Pn Nurul Wahidah. Huh, panjang juga nak sebut nama ayahanda dia ni. Selamat ulang tahun kelahiran yang pertama, sayangku Lyssa,Tok Lang Ghani's 1st 4th generation. Semoga menjadi anak yang solehah. Amin.

          "Ketahuilah engkau wahai Lyssa bahawa perjalanan hidupmu ini masih lagi jauh, namun kehidupan di dunia ini hanyalah untuk sementara sahaja. Harungilah dunia yang penuh duri dan ranjau ini dengan iman dan ilmu yang sepatutnya. Semoga engkau dirahmati olehNya selalu" - Onx

          Selamat hari lahir, Khalyssa Wafa !

Khalyssa Wafa, 8th June 2010

Khalyssa Wafa, 10th June 2010...owh, suci dan bersih sekali wajah ini

Khalyssa Wafa, 20th June 2010

Khalyssa Wafa dipangku Kak Nur, 12th July 2010 (Majlis cukur)...bergambar bersama arwah Maklong

Khalyssa Wafa, 19th September 2010

Khalyssa Wafa, 26th October 2010..model tudung gaya Lyssa...untuk tempahan, sila kontek saudari Lyssa sendiri


Khalyssa Wafa, 23rd November 2010


Khalyssa Wafa, 21st December 2010


Khalyssa Wafa, 6th January 2011; giving a sharp stare at Opah while Amani accept that she is no longer the youngest person in the family..kehkehkeh


Khalyssa Wafa, 20th February 2011

Lyssa's sexy pose...Awww

Lyssa meminta pertolongan

 Apa ada hal? Lyssa bermonolog...


Lyssa dan kit Ben Sepuluhnya...this one is EPIC





Saturday, June 4, 2011

Felicidades, Fahmi e Sorfina !

           28/05/2011 bersamaan 24 JamadilAkhir 1432 Hijrah. Ini adalah tarikh biasa yang pastinya masa dan kejadian pada hari itu tidak akan kembali lagi, tapi semestinya akan disemadikan di dalam lubuk hati dua insan kerana menjadi titik tolak kepada sebuah kehidupan baru yang lebih bermakna. Alhamdulillah.

          Hasta pronto, zaman bujang!


Dua kali lafaz, apa ada hal?

   

Wednesday, June 1, 2011

Tahniah Barcelona dan teruskan berusaha,United!

Barca 3 (Pedro, Messi, Villa) - United 1 (Rooney)

           Aku tak dapat tengok game ni kerana letih sebab baru selesai nikah dan kenduri pada hari tu. Gila apa nak keluar tengok game bola pagi-pagi buta malam pertama jadi suami orang. Dah jadi suami ni amanah banyak dan ada tanggungjawab. Hal-hal duniawi ni macam pasukan yang disokong kalah kena tolak tepi kejap. Tahun depan boleh cuba lagi. Itu yang penting.

          Walaupun tak dapat tengok game final UCL ni, dan dah la kalah pulak tu, tapi aku lebih bersyukur sebab dah dapat menyempurnakan sebahagian daripada tuntutan agama sebagai seorang Islam, iaitu berkahwin. Dah tak payah pikir-pikir lagi pasal benda tak tentu-tentu arah dan tak senonoh macam dulu. Itu aku harap hangpa boleh pikir sendiri, terutamanya laki. Yang suka tengok CD blue ka, video tak senonoh ka, apa ka, jomlah pakat kahwin bila mampu. Pahala pun dapat.

         Barca memang hebat pada malam tu. Tapi takpa, ini kem United tak akan pernah berputus asa sampai bila-bila  walaupun dah kalah kali ke 2 pada final UCL di tangan Barca. Kami akan cuba lagi. 'Attitude' dan 'character' macam tu yang selalu kena ada pada pejuang.

         Punca kalah senang. Sebab pemimpin satu Malaysia pun turut sokong team yang sama dengan team sokongan aku sepanjang zaman ni. Cilakak.

Hang toksah buat-buat minat bola la Najib ooi.Baik hang sokong team Pahang lagi baguih! Chaitt





       

Satu Jun 2011

1 Jun; subsidi elekrik pula diturunkan selepas gula....kehkehkehkeh 


Apa pasal aku nak tergelak bila terpandang saja logo 1 Malaysia ni??

Kehkehkehkehkehkeh

Banyak maknanya tuuu....

Kehkehkehkehkehkeh

Patut la aku tergelak selalu....

Sumber dari Meloya, 1 Jun 2011

Kehkehkehkehkehkeh

Hidup 1 Malaysia !!!

Padan muka kita semua....

Kehkehkehkehkehkeh

Berani jamin, malam ni dekat TV3 suku, RTM, Berita Hairan, dan macam-macam media kerajaan lagi

Mesti ada temuramah dengan orang awam yang mengatakan kenaikan tarif elektrik, ataupun ayat manis ciptaan kerajaan, Program Rasionalisasi Subsidi

Tidak memberi kesan kepada orang awam dan akan menanam semangat berjimat-cermat kepada rakyat,

serta mendidik rakyat untuk mengurus kewangan/perbelanjaan dengan berhemah....

Kehkehkehkehkehkehkeh

Debaran pernikahan


            Lengkap berbaju Melayu warna biru, bersongkok hitam, kumis sudah dipotong dan di'trim' seelok-eloknya, samping dah pakai, gigi dah digosok, bedak dah hampir satu balang aku letak...haa, apa lagi yang aku miss? Mandi? Tadi dah pekena. Perfume pun aku sembur kat bahagian-bahagian mana yang patut. Sekarang aku dah stenbai nak gerak ke masjid. Apa ada hal?

           Alamak, butang baju Melayu pulak hilang. Cilakak. Cargas dulu pinjam butang baju Melayu adik aku jap. Huh.