Saturday, June 18, 2011

Honeymoon; over the moon

            Aku tak pernah ambik pot pun pasal benda-benda 'honeymoon' sebelum ni, ataupun dalam bahasa Melayunya, bulan madu sehinggalah aku sendiri perlu menempuhinya. Mana datangnya idea ni dan siapa yang cipta istilah ni memang aku tak pernah tahu. Dan setelah beberapa pembacaan dilakukan, maka ketahuilah aku bahawa istilah 'honeymoon' ini, yang juga disebut 'Luna de Miel' dalam Spanish, 'Lua de mel' dalam Portugis, 'Miesec Miodowy' dalam Polish, dalam bahasa Arab disebut ' Shahr el Assal' dan disebut 'Yerach d'vash' dalam Hebrew adalah berasal dari 'Deuteronomy'.

          Apa itu 'Deuteronomy'?
Deuteronomy adalah surah kelima dalam kitab Bible Hebrew, dan juga surah kelima daripada lima surah yang terdapat dalam kitab Torah Yahudi. Kandungan dalam isi surah ini terdiri daripada tiga ucapan yang disampaikan oleh Nabi Musa a.s ataupun Moses di Dataran Moab, sebelum ketibaan mereka di 'The Promised Land'.

Dalam Deuteronomy ayat ke 24, rujukan untuk istilah 'honeymoon' adalah "When a man is newly wed, he need not go out on military expedition, nor shall any public duty be imposed on him. He shall be exempt for one year for the sake of his family; to bring joy to his wife he has married".

        Ok, aku tak pasti apa betulnya dan apakah hukumnya bercanggah dengan Islam, tapi bagi aku benda ni cukup mudah dan jelas. Apa saja yang halal dan baik untuk dilakukan oleh pasangan suami isteri; demi kebahagiaan pasangan tersebut dan untuk mengeratkan siratulrahim, adalah salah satu bentuk ibadah jika disertakan dengan niat yang betul. ' Honeymoon' boleh menjadi satu bentuk ibadah selepas menjalani ikatan perkahwinan.Senang-senang hangpa boleh dapat pahala. Kalau keluaq pi bercuti dengan makwe ka, pakwe ka, mesti takut kena tangkap,ye dok?

         Aku punya honeymoon macamana? Tak jauh. Malaysia ja. Sokong la sikit industri perlancongan Malaysia beb. Kehkehkehkeh.

Sapa-sapa nak rokok dan cekelat dengan harga murah boleh mai beli sini...




p/s: 
"Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." 
[An Nisaa' : 1]

   

No comments:

Post a Comment