Friday, June 24, 2011

Tahniah Li Na, pemangkin semangat Asia untuk Asia

           Selain ragbi, bola sepak, badminton, kriket, galah panjang, teng-teng dan beberapa lagi jenis sukan dan permainan rakyat yang aku suka tengok dan ambik pot, tenis adalah salah satu lagi sukan yang aku suka untuk 'folo'. Itu pun sejak adanya Astro Sport Channel.

           Waktu sekolah dulu aku hanya beranggapan yang sukan tenis ini hanya untuk golongan-golongan 'berada' saja.Maklumlah, nak beli sebatang raket tenis pun dah mencecah ratusan malah ribuan ringgit. Pikir aku, baik beli benda lain macam kasut joging atau but bola. Boleh guna agak lama. Lagipun nak cari orang yang main tenis ni kat sesetengah kawasan yang kurang 'court' tenisnya ni, payah ;sama la jugak macam nak jumpa orang guna kereta Alfa Romeo dekat Kulim ni.

          Tapi sekarang dah lain, aku tengok dah banyak orang duk pekena tenis ni. Court-court tenis ni pun dah banyak tumbuh melata bak kata pepatah Melayu 'bagai cedawan tumbuh selepas hujan'. Apa -apapun, aku rasa antara faktor terkuat makin ramai yang nak pekena tenis ni pun mungkin disebabkan faktor Paradorn.

          Siapa Paradorn ni?

          Lok aloh, bang Paradorn ni atlet jiran sebelah negara kita. Tak kenai pun takpa la, bukan penting pun. Nama penuh dia tak silap aku Paradorn Sricaphan. Dia ni memang power la jugak. Off and On the court bak kata omputih. Mana tak power beb, selain power main tenis (pernah menduduki ranking ke 9 dunia), brader Paradorn juga pernah kawen dengan Miss Universe. Dayum.Natalie Glebova nama miss tu.

Takda lawa mana pun, mekap ja lebih. Lawa lagi Sorfina.

Ini bukti dia aku dapat kahwen Miss Universe, kata Paradorn


           Ok, berbalik kepada tenis. Ada sorang lagi minah dari Asia ni yang power serta boleh jadi sumber inspirasi selain Datuk Lee Chong Wei untuk sukan badminton. Nama dia Li Na.Baru-baru ni dia berjaya menang French Open edisi yang ke 110. Hadiah dia toksah cerita dapat banyak mana. Menang French Open 2011 sekali, dapat Euro 1,200,000. Pergh. Masyukkk.

           French Open? Ya, Grand Slam French Open yang amat terkenal itu, yang juga dikenali sebagai  Tournoi Roland Garros. Nama Roland Garros tu diambil sempena memperingati tokoh penerbangan Perancis, Roland Garros semasa Perang Dunia I.

           Dalam edisi final kali ini, minah Li Na ni berjaya menumpaskan seorang lagi ratu tenis yakni Maria Sharapova. Maria Sharapova ni pun bukan calang-calang, power dan kuat jugak mengeruh masa main tenis. Kehkehkeh. Tak percaya hangpa pi tengok 'match' dia main.

Ini dia saudari Li Na. Dah macam Bruce Lee pulak aku tengok otot dia.

            Sejak menjadi pemain pro dari usia 17 tahun lagi, ini adalah gelaran Grand Slam untuk 'singles' PERTAMA minah ni dan juga untuk rakyat Asia amnya, dan juga menjadi rakyat Asia pertama yang membuat penampilan pada perlawanan akhir Grand Slam Australian Open 2011 (dimana Li Na tewas kepada Kim Clijsters). Dayumm.

           Tahniah, Li Na !

No comments:

Post a Comment