Saturday, June 25, 2011

BERSIH sahaja, yang kotor kita tak mau

Dipetik dari Fesbuk Zunar Kartunis Fan Club; mengenai fobia Gohmen terhadap warna Kuning...Kehkehkeh. Culture 'Xanthophobia' yang dialami sejak kebelakangan ni memang tuuurrrr (Sempena Bersih 2.0 pada 7 Syaaban 1432Hijrah ini)

#TEORI menyatakan bekalan air yang terputus baru2 ini satu sabotaj, supaya orang menjadi tidak BERSIH


# Semua ahli Perkasa/Pemuda United Malay National Organization dilarang mencuci baju mulai sekarang 
supaya nampak benar-benar kotor ketika 9 Julai


# Penyanyi Ning Baizura ditangkap kerana namanya mempunyai unsur hasutan!
#TERKINI: Seorang pemuda ditangkap kerana meletak kereta di petak kuning!


#mkn msk lmk kuning kena x?


#Seorang budak ditangkap kerana gigi kuning


#yg penting otak kuning dilarang sama sekali


#dilarang makan buah2an berwarna kuning - tempatan atau import, termasuklah pisang, nangka, cempedak, dll


#Dulu sukan sekolah rendah, aku rumah kuning


#Satu kemalangan jalanraya yg dasyat telah berlaku di simpang empat taiping, kerana pemandu2 keliru apabila lampu isyarat KUNING telah ditukarkan ke biru.


#para peniaga makan dinasihatkan agar tidak lagi menghidangkan masakan lemak kuning.. walaupun dapur anda cukup 'BERSIH'..


Lagu Lancang Kuning diharamkan dan penyanyinya Eddy Silitonga mungkin ditahan di bawah ISA!


#Sebuah lori membawa telur telah ditahan... kerana disyaki ada KUNING telur didalamnya.Pemandunya sedang direman


#Baby yang kena demam kuning kena reman jugak ka??


#Lucky that telur no kuning!!! safe all man in malaysia...


#ramai suri rumah tak memasak harini.. tong gas kaler kuning telah dirampas..


#hanya pisang muda saja dibenarkan berada di pasaran..
#bekalan pisang ke masjid semasa hari Jumaat terpaksa diberhentikan sementara waktu kerana ada unsur Kuning


#.Team bola sepak negara pn dlm bahaya la kalo cmni..hati2 sume geng2 kite..


#Last info:sesiapa yang berkulit kuning langsat diminta menukar warna kulit buat sementara waktu.


#anak buah aku ade penyakit kuning, tapi sampai ospital doktor kate x dapat dikesan...sbb penyakit x dak dalam senarai..yg ada biru dacing
#sebelum tidow..pastikan cadar dan sarung bantal berwarna selain dripd warna kuning..


Pemegang pam ron95 bakal ditahan sebab berwarna kuning.


#kpd mereka yg bergigi kuning, sila buat rawatan pemutihan gigi dgn kadar segera.
#terpaksalah batal hasrat nak buat baju melayu warna kuning thn ni.. mcm dah jadi virus pulak


#TERKINI LAGI: Polis salah tangkap, seorang pemuda dilepaskan. Dia pakai baju Kunang, bukan Kuning


#Asian cup latest: Pengadil dilarang keluarkan kad kuning!


#Terkini:satu kampung kena tahan pasal buat kenduri pulut KUNING
#Kenyataan terbaru Kementerian Pendidikan : Rumah sukan sekolah berwarna Kuning diarahkan menukar warna lain; spt merah jambu ataupun lain2


#pemain ngri9 dan smue penyokong pun turut ditahan..kerane memakai baju berwarne kuning
#terkini - DIGI diharamkan


#kartun Naruto d haramkan siarnya ole mana2 stesen TV kerana watak Naruto berambut Kuning


#terkini: promoter DiGi dilarang berkerja pada 9 julai.
#OK lah kau orang semua menghibur dan saya cukup terhibur di malam ini. Dah letih gelak nak tidur di malam yang heNING he h eh he h eh ewh





No comments:

Post a Comment