Gaya. Mutu.Keunggulan...seorang yang 'legend'
Ismail, jutaan terima kasih aku ucapkan kepadamu kerana tidak pernah mengenal erti penat lelah (walaupun kamus berlambak di pasaran) untuk membesarkan dan mendidik aku, sehinggalah akhirnya aku sendiri berjaya untuk memulakan langkah baru dalam kehidupan untuk membina keluarga aku sendiri.
Ismail, aku tahu yang sebenarnya segala usaha dan jasamu itu tidak akan pernah berjaya aku balas, walaupun aku berjaya dalam kehidupan di dunia sekalipun dan melimpahkan segala kemewahan dunia kepadamu. Malah, pengorbananmu untuk memberikan aku seteguk susu bayi sekalipun tidak akan aku berjaya untuk aku balas kerana terlampau tinggi nilainya.
Doa dan harapan aku padamu setiap hari, semoga Allah sentiasa menjadikan aku anak yang soleh kepadamu dan dapat berbakti serta berdoa kepadamu walau apa jua sekalipun dan pada setiap ketika. Agar kau ditempatkan di kalangan golongan yang soleh kelak di sana nanti. Amin.
Ismail,
Kaulah SuperHero ku,
Kaulah yang mengajarku membaca Al -quran,
Kaulah yang pertama mendidik aku untuk solat,
Kaulah yang melindungi aku dan keluarga,
Kaulah abah yang 'cool'
Kaulah yang....
Ok, aku dah tak tau lagi apa nak tulih sebab aku pun dah mati akal. Dah hidup balik akal nanti, aku simpan dalam hati sudah.
P/s : Hari Bapa disambut pada tarikh yang berlainan di seluruh dunia, dan diiktiraf secara rasmi berbeza mengikut negara yang berlainan. Malaysia, United Kingdom dan USA; malah Paraguay meraikan sambutan Hari Bapa pada setiap Ahad ketiga pada bulan Jun.
Mail Lambong mmg terbaekkkk
ReplyDelete