Wednesday, June 1, 2011

Tahniah Barcelona dan teruskan berusaha,United!

Barca 3 (Pedro, Messi, Villa) - United 1 (Rooney)

           Aku tak dapat tengok game ni kerana letih sebab baru selesai nikah dan kenduri pada hari tu. Gila apa nak keluar tengok game bola pagi-pagi buta malam pertama jadi suami orang. Dah jadi suami ni amanah banyak dan ada tanggungjawab. Hal-hal duniawi ni macam pasukan yang disokong kalah kena tolak tepi kejap. Tahun depan boleh cuba lagi. Itu yang penting.

          Walaupun tak dapat tengok game final UCL ni, dan dah la kalah pulak tu, tapi aku lebih bersyukur sebab dah dapat menyempurnakan sebahagian daripada tuntutan agama sebagai seorang Islam, iaitu berkahwin. Dah tak payah pikir-pikir lagi pasal benda tak tentu-tentu arah dan tak senonoh macam dulu. Itu aku harap hangpa boleh pikir sendiri, terutamanya laki. Yang suka tengok CD blue ka, video tak senonoh ka, apa ka, jomlah pakat kahwin bila mampu. Pahala pun dapat.

         Barca memang hebat pada malam tu. Tapi takpa, ini kem United tak akan pernah berputus asa sampai bila-bila  walaupun dah kalah kali ke 2 pada final UCL di tangan Barca. Kami akan cuba lagi. 'Attitude' dan 'character' macam tu yang selalu kena ada pada pejuang.

         Punca kalah senang. Sebab pemimpin satu Malaysia pun turut sokong team yang sama dengan team sokongan aku sepanjang zaman ni. Cilakak.

Hang toksah buat-buat minat bola la Najib ooi.Baik hang sokong team Pahang lagi baguih! Chaitt





       

No comments:

Post a Comment