Wednesday, January 30, 2013

JKR

Seminggu.Dua minggu.Tiga minggu.

Sebulan.Dua bulan.

Setengah tahun.

Bangang.

Lubang banyak-banyak dekat jalan ni bila nak baiki woi? Dah buat panggilan telefon dekat Jabatan Kerja Raya Kedah berkali-kali tapi selalu 'engage'.

5 hari seminggu guna jalan Sidam dari Sungai Petani menuju ke Kulim untuk pergi kerja. Jalan banyak lubang -kalau setakat lubang kecik tak apa lagi, ni dah capai tahap sama besar diameter tayar lori.

JKR mana?

Jalan Kerap Rosak banyak ni woi!

Tapi Alhamdulillah, syukur. Dah nak dekat pilihanraya.

Banyak jalan raya dapat tar baru.

Itu bagusnya pilihan raya ni.

Masing-masing nak tunjuk amal dan kebajikan serta keprihatinan.

Apa punya turrr...

Tuesday, January 22, 2013

Kereta aku ada minyak bocor

        Sebagai seorang yang tak berapa arif tentang ilmu automotif, justeru aku ajukan soalan kepada Encik Sord87 ;seorang mekanik berpengalaman lebih 20 tahun dan mempunyai blog sendiri. Sambil-sambil tu aku jugak ada riki-riki di Google demi mencari kepastian tentang masalah kereta yang aku alami.

        Aku harap usaha beliau yang mewujudkan blog http://kerosakankereta.blogspot.com/ ni dapat memberi manfaat kepada orang ramai dan seluruh lapisan masyarakat amnya. Ingat, bukan semua orang mampu beli kereta harga juta-juta macam Sultan.

******
Soalan:
Salam Encik Sord87 yang saya hormati, kereta saya Toyota corolla lama tahun 1987 aritu minyak apantah bocor. Bocor dia boleh kesan sebab bawah lantai minyak selalu menitik.

Saya suspek dari engine oil.Dah la bocor, setiap kali lepas bawak mesti ada bau hangit tang bahagian enjin.

Cuak jugak saya sebab takut engine meletup. Saya pun bukannya stuntment nak meletup-meletup ni.

Saya pergi woksyop dan brader pomen tu cakap yang enjin ni ada masalah seal dan valve saja.Legalah juga hati saya.Tapi memang pun sebab sebelum tu saya check engine oil memang tak berkurang dan steady macam biasa.

Brader pomen cakap yang bau hangit tu mai dari minyak yang 'leak' tu dan kena enjin, jadi
bila enjin hidup dan panas, bau hangit akan terlepas lah.

Lepas sehari dua hantar kereta dekat woksyop, kereta saya depa charge untuk :
1) PWC seal (#4 biji)
2) Valve cover
3) Valve cover bush (#3 biji)
4) Oil cap
semua dalam RM200, termasuk labor charge sekali.

Minta jasa baik En. Sord87 dalam hal ni. Terima kasih.

Jawapan dari En. Sord; mudah, ringkas, efisien dan sungguh power :

saudara Fahmi,

untuk cover,seal dan oil cap termasuk upah rm200 agak memadai.

.

Friday, January 18, 2013

Mengajar bayi tentang Islam

          Pendidikan bermula dari rumah dan aku pun agak bersetuju dengan kenyataan tu. Nur Adelia pun dah makin membesar ni dan nak menuju ke usia setahun.Lagi 2 bulan. Alhamdulillah,dia pun sihat-sihat saja dan makin ligat aku perati. Setakat ni tangga batu rumah sewa yang aku duduk ni dia dah berjaya sampai ke puncak dengan sendirinya tanpa bantuan aku. Tapi aku awasilah dari belakang. Naya woi kalau jatuh.

Ini budak suka makan handphone punya sarong

         Kecekapan Adelia dalam merangkak juga semakin power. Aku rasa kelajuan rangkakan Adelia boleh capai 2 ke 3 kilometer sejam. Laju jugak nak kejar. Contohnya, tengah aku, Sorfina dan Adelia tengah 'chill' lepak di ruang tamu tengok TV, tiba-tiba saja sedar Adelia dah sampai dapur. Power betul budak ni. Pantang alpa.

          Sini aku nak kongsi laman sesawang http://www.islamicparentingnetwork.com.my/Home dan hangpa jika ada anak-anak kecil atau anak saudara atau adik-beradik yang masih kecil,dan berminat untuk membeli produk Islamic Parenting Network, bolehlah melayai laman sesawang tersebut. Contoh gambaq di bawah ni benda yang aku beli untuk Adelia pada bulan lepas. Banyak lagi produk keluaran depa.



         InsyaAllah.Semoga kita diberi kekuatan dan kemudahan untuk mengajar dan mendidik anak-anak tentang Islam.
     

Wednesday, January 16, 2013

Listen

Para hadirin sakalian,

Woit,

Listen, listen, listen,listen, listen.

Woi, bising-bising apa lagi ni woi?

Listen, listen, listen, listen, listen.

Let me speak, let me speak, let me speak, let me speak.

******

Ya ampooonnn,
Ya tambooonnnnn,
Ya sabuuunnnn,

Kahkahkahkahkahkahkah

Kepala bana apa yang sampai kena ulang lima enam kali.

Satu ja aku nak cakap, kali ni dalam bahasa omputih la :

"If you hold a Degree, you get respect?

NO.

Respect is earned."   


Tuesday, January 15, 2013

Kalimah Allah (3)

        Tentang isu penggunaan kalimah Allah, aku memetik kenyataan daripada Majlis Syura PAS bertarikh 14 Januari 2013.

         Tak lupa juga aku memetik kata-kata Prof. Syed Muhammad Naquib tentang penggunaan kalimah Allah.


Monday, January 14, 2013

Kalimah Allah (2)

          Aku menerima dengan hati yang terbuka dan berlapang dada terhadap semua pendapat dan hujah yang dikemukakan dalam blog Kereta Mayat. Semua hujah yang dikemukakan adalah jelas dan mudah difahami.

         Berikut merupakan soalan yang aku lontarkan kepada saudara Hamka penulis blog Kereta Mayat dan telah di balas kembali oleh seorang Anonymous. Aku harap saudara Anon ni boleh beri jawapan yang lebih meyakinkan dekat aku nanti. Mungkin silap aku juga sebab bagi soalan lari dari topik.Ok,ok.


         Cumanya, aku lebih bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh salah seorang member sekolah dan juga member fesbuk aku, yang merupakan seorang lulusan dari Mesir dan kini bertugas di HKL. Aku nampak pendekatan yang lebih besar di situ dan hujah yang lebih baik. Tapi itu bagi aku lah. Hangpa punya hujah mungkin tak sama dengan aku.


            Ni aku nak kongsi satu gambaq yang telah dikongsikan oleh Dr. Mohd Asri (DrMAZA) dalam laman fesbuk beliau tentang penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible orang Nasrani /Kristian di negara-negara Arab.


           Semoga kita semua mendapat pengampunan dan rahmat daripada Allah S.W.T.Amin.


Sumber rujukan :

http://drmaza.com/home/?p=931 (Isu Nama Allah: Garis Panduan Penggunaan Nama Allah)

http://drmaza.com/home/?p=566 (Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah)


Sunday, January 13, 2013

Twitter


Di salah sebuah kompleks membeli-belah terkemuka di ibu kota tanah air...

         Zamany Salam punya opah, yang berusia dalam lingkungan 70an bersiar-siar bersama-sama dengan cucu terunanya itu bagi mengisi masa lapang hujung minggu dek kunjungan ke rumah mak-mak serta bapa saudara Zamany yang kebanyakannya berada di pinggir dan juga di tengah-tengah ibu kota.

Kemudian, entah tiba-tiba, datang dua lelaki dan wanita meng'approach' Opah Zamany Salam untuk berbicara sesuatu. Kedua-duanya berpakaian segak; ala-ala di majlis malam prom. Kebetulan, kedudukan Zamany Salam tidak berapa rapat dengan opahnya itu kerana terlalu asyik membelek baju-baju bundle yang terdapat di sebuah butik bundle terkemuka di situ.

"Mak cik, mak cik...eh, tok, maaf ya saya tak tahu nak bahasakan apa" , sapa lelaki berpakaian segak sambil wanita disisinya itu senyum terkenyih-kenyih.

"Ya nak, eh cu", balas opah Zamany Salam secara pantas. "Ada apa-apa cu nak tanya",sambungnya lagi.

"Em, saya panggil mak cik la sebab rasanya nampak muda lagi.Hehe." Balas lelaki berpakaian segak itu. Wanita disampingnya masih lagi terkenyih-kenyih sambil memegang kertas.

"Kami dari syarikat Tenggelam Timbul sdn. bhd nak adakan peraduan ni, jadi kami nak tanya mak cik, ada akaun Twitter tak? Ini untuk mudahkan penyertaan peraduan".

Opah Zamany Salam terpinga-pinga. Apa kejadah Twitter yang disebutkan lelaki segak tersebut haram langsung tidak pernah didengarinya.Berkerut jugak dahi dibuatnya.

"Maaf ya, nak..tok..eh eh mak cik tak ada apa benda akaun tuter tu, tapi akaun BSN mak cik ada lah...", jawab Opah Zamany Salam spontan. " Tok...eh, mak cik minta lalu dulu ya, nak".

         Opah pun berlalu dari situ lantas mencari-cari si Zamany Salam sambil meninggalkan lelaki dan perempuan berpakaian segak tersebut yang rasanya tetap terus dengan agenda mereka.

Thursday, January 10, 2013

10 tahun Pirates 9802


Malam tu aku pakai smart-smart. Tahap Syamsul Yusoff Haslam punya smart. Tapi yang slack –tak ada tali leher.

“Abang pakai smart-smart macam pengurus bank ni nak pergi mana? Nak jumpa Tun Mahathir ka?" Sorfina tegur aku.

“Selalu pakai baju bundle ja” Sorfina menyambung lagi.

“Mentang-mentanglah abang selalu pakai baju bundle.Apa salahnya sesekali nak jadi segak macam James Bond pula. Kalau boleh, nak smart lagi dari James Bond yang kalau jatuh terjun ke sungai masuk hutan paya pun tetap masih smart tak ada calar-balar.” Aku membalas spontan.

“Kalau suami hensem dan tampan,siapa jugak yang akan bangga dan kembang hidung nanti.Kamuuu jugak”,aku membalas lagi sambil kedua-dua tangan membelek-belek rambut yang sudah berapa kali tak ingat dah dibelek.Tapi kalau perati betul-betul, macam tu jugak rupanya.

“Apa-apa ja lah abang oi…”

Sorfina kemudian berlalu keluar dari bilik meninggalkan aku yang masih di depan cermin.

Smart macam.....Sol,sol,sol
******

          Baiklah, hangpa perlu sedar bahawa dialog di atas hanyalah rekaan semata-mata. Benar dalam minggu sudah, aku telah menghadiri majlis makan malam perjumpaan bekas pelajar 'batch' aku yang telah diadakan di Kolumpo,di The Duchess Place , Jalan Ampang. Best woi dapat jumpa balik member-member sekolah secara bersemuka.

         Aku perati banyak yang dah berubah; ada jadi lagi debab,boroi, ada yang jadi makin kepeng, ada yang terus 'maintain', ada yang dah kahwen, baru nak tunang, ada yang masih bujang trang tang tang, ada yang kerja pangkat besar gaji besar, ada yang jadi bomba,ada yang makin kacak, ada yang jadi alim dan macam-macam lagilah. Yang makin skema dan hidup secara lebih berdisiplin pun ramai.

         Yang paling power aku perati- ada yang dah ada dua ke tiga anak. Power betul. Kencang ,kencang.

          Apa-apa pun, terima kasih kepada member-member aku yang jadi penganjur malam tu.Hangpa memang 'true' woi.Bukan senang nak anjur majlis dan nak kumpul balik member-member satu batch seramai lebih 70 orang ni. Tambah lagi 25 orang pasangan masing-masing, jadi lah dalam lebih kurang 100 orang hadirin semuanya.Power-power. Lagi power kalau semua 142 orang member-member kita dapat kumpul semua sekali.

         Semoga ukhuwah kita sentiasa terjalin dan dirahmati Allah S.W.T.

Aku tak mau jadi MC lagi woi

Wednesday, January 9, 2013

Kalimah Allah

         Aku perati isu penggunaan kalimah Allah tengah 'in' sekarang di media-media; samada media massa ataupun media elektronik. Ada yang menyokong, ada yang membangkang dan ada juga yang duduk terkangkang sahaja sebab tak pernah nak ambil pot.

         Kalau ikut aku, setelah aku pikir masak-masak dan secara dalam-dalam, aku menyokong dalam isu ini; berserta dengan pelbagai hujah dan sebab. Dibawah aku 'print screen' dua pendapat dari laman fesbuk aku, yang aku kira bernas dan mudah untuk hangpa dan juga aku fahamkan.

         Semoga kita semua mendapat pengampunan serta hidayah daripada Allah S.W.T, Tuhan semesta alam.