Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana". They said: "Glory to Thee, of knowledge We have none, save what Thou Hast taught us: In truth it is Thou Who art perfect in knowledge and wisdom." [Al Baqarah 2:32]
Sunday, January 13, 2013
Di salah sebuah kompleks membeli-belah terkemuka di ibu kota tanah air...
Zamany Salam punya opah, yang berusia dalam lingkungan 70an bersiar-siar bersama-sama dengan cucu terunanya itu bagi mengisi masa lapang hujung minggu dek kunjungan ke rumah mak-mak serta bapa saudara Zamany yang kebanyakannya berada di pinggir dan juga di tengah-tengah ibu kota.
Kemudian, entah tiba-tiba, datang dua lelaki dan wanita meng'approach' Opah Zamany Salam untuk berbicara sesuatu. Kedua-duanya berpakaian segak; ala-ala di majlis malam prom. Kebetulan, kedudukan Zamany Salam tidak berapa rapat dengan opahnya itu kerana terlalu asyik membelek baju-baju bundle yang terdapat di sebuah butik bundle terkemuka di situ.
"Mak cik, mak cik...eh, tok, maaf ya saya tak tahu nak bahasakan apa" , sapa lelaki berpakaian segak sambil wanita disisinya itu senyum terkenyih-kenyih.
"Ya nak, eh cu", balas opah Zamany Salam secara pantas. "Ada apa-apa cu nak tanya",sambungnya lagi.
"Em, saya panggil mak cik la sebab rasanya nampak muda lagi.Hehe." Balas lelaki berpakaian segak itu. Wanita disampingnya masih lagi terkenyih-kenyih sambil memegang kertas.
"Kami dari syarikat Tenggelam Timbul sdn. bhd nak adakan peraduan ni, jadi kami nak tanya mak cik, ada akaun Twitter tak? Ini untuk mudahkan penyertaan peraduan".
Opah Zamany Salam terpinga-pinga. Apa kejadah Twitter yang disebutkan lelaki segak tersebut haram langsung tidak pernah didengarinya.Berkerut jugak dahi dibuatnya.
"Maaf ya, nak..tok..eh eh mak cik tak ada apa benda akaun tuter tu, tapi akaun BSN mak cik ada lah...", jawab Opah Zamany Salam spontan. " Tok...eh, mak cik minta lalu dulu ya, nak".
Opah pun berlalu dari situ lantas mencari-cari si Zamany Salam sambil meninggalkan lelaki dan perempuan berpakaian segak tersebut yang rasanya tetap terus dengan agenda mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment