Malam tu aku pakai smart-smart. Tahap Syamsul Yusoff Haslam punya smart. Tapi yang slack –tak ada tali leher.
“Abang pakai smart-smart macam pengurus bank ni nak pergi mana? Nak jumpa Tun Mahathir ka?" Sorfina tegur aku.
“Selalu pakai baju bundle ja” Sorfina menyambung lagi.
“Mentang-mentanglah abang selalu pakai baju bundle.Apa salahnya sesekali nak jadi segak macam James Bond pula. Kalau boleh, nak smart lagi dari James Bond yang kalau jatuh terjun ke sungai masuk hutan paya pun tetap masih smart tak ada calar-balar.” Aku membalas spontan.
“Kalau suami hensem dan tampan,siapa jugak yang akan bangga dan kembang hidung nanti.Kamuuu jugak”,aku membalas lagi sambil kedua-dua tangan membelek-belek rambut yang sudah berapa kali tak ingat dah dibelek.Tapi kalau perati betul-betul, macam tu jugak rupanya.
“Apa-apa ja lah abang oi…”
Sorfina kemudian berlalu keluar dari bilik meninggalkan aku yang masih di depan cermin.
Smart macam.....Sol,sol,sol
******Baiklah, hangpa perlu sedar bahawa dialog di atas hanyalah rekaan semata-mata. Benar dalam minggu sudah, aku telah menghadiri majlis makan malam perjumpaan bekas pelajar 'batch' aku yang telah diadakan di Kolumpo,di The Duchess Place , Jalan Ampang. Best woi dapat jumpa balik member-member sekolah secara bersemuka.
Aku perati banyak yang dah berubah; ada jadi lagi debab,boroi, ada yang jadi makin kepeng, ada yang terus 'maintain', ada yang dah kahwen, baru nak tunang, ada yang masih bujang trang tang tang, ada yang kerja pangkat besar gaji besar, ada yang jadi bomba,ada yang makin kacak, ada yang jadi alim dan macam-macam lagilah. Yang makin skema dan hidup secara lebih berdisiplin pun ramai.
Yang paling power aku perati- ada yang dah ada dua ke tiga anak. Power betul. Kencang ,kencang.
Apa-apa pun, terima kasih kepada member-member aku yang jadi penganjur malam tu.Hangpa memang 'true' woi.Bukan senang nak anjur majlis dan nak kumpul balik member-member satu batch seramai lebih 70 orang ni. Tambah lagi 25 orang pasangan masing-masing, jadi lah dalam lebih kurang 100 orang hadirin semuanya.Power-power. Lagi power kalau semua 142 orang member-member kita dapat kumpul semua sekali.
Semoga ukhuwah kita sentiasa terjalin dan dirahmati Allah S.W.T.
Aku tak mau jadi MC lagi woi
bro,nak tanya sejarah pirates punye legacy
ReplyDelete