Wednesday, March 27, 2013

Negara aman makmur, 0 : Negara tengah perang, 2

          Aku mulakan bicara dan ulasan bola sepak tentang perlawanan bola sepak amal di antara Malaysia dan Palestin semalam dengan memetik kata-kata legenda bola sepak Pahang, pemilik suara karikatur 'Fenggo' dalam siri animasi tempatan 'Dunia Eicak' dan seterusnya,legenda Kuala Lipis secara amnya, Firdaus Abdillah Hamzah ataupun Pipiyapong; "Palestin main bola macam pasukan yang kurang latihan manakala Malaysia main bola macam pasukan yang salah latihan."

Satu-satunya stadium bola sepak di Palestin berkapasiti 10,000 penonton,yang letaknya di Tebing Gaza. Dibom oleh tentera Zionis Israel pada April 2006 dan sekali lagi dibom pada November 2012.

              Semalam aku menonton perlawanan bola sepak amal antara Palestin dan Malaysia menerusi televisyen kerana tak ada rancangan lain yang best dah ada di televisyen. Nak tengok rancangan binatang di Nat Geo, aku dah pernah mengadap benda tu sebab dah di ulang. Jadi mengambil keputusan untuk menonton bola sepak semalam adalah keputusan yang tepat. Sorfina pun cakap nak tengok apa jadi semalam.Tapi sebab dia sibuk memasak makanan untuk Adelia dan beberapa tugasan lain semalam, jadi dia hanya sempat menonton untuk 10 minit yang terakhir.

          Kata kunci yang aku nak tegaskan di sini ialah perlawanan amal. Perlawanan amal ini berlangsung di Stadium Darul Makmur,Kuantan demi mengutip dana dan sumbangan kepada keluarga Wira Negara yang terkorban di Lahad Datu dan kepada rakyat Palestin. Amal tak amal, sebagai rakyat Malaysia mestilah nak pasokan Malaysia menang, ye dok?

           Pasokan bola sepak Malaysia semalam turun ke padang selaku tuan rumah,berbekalkan ranking ke 164 dunia,manakala pasukan bola sepak Palestin pula lebih power kedudukan rankingnya,yakni berada di ranking ke 150 dunia.Sila abaikan kedudukan ranking sebab ranking tak penting,bak kata Datuk K.Rajagobal.

            Lima ke sepuluh minit pertama aku perati Malaysia main power macam Manchester United. Mula minit ke sebelas dan seterusnya dah mula bangang macam biasa. Sepak bola mula ke laut dan passing berterabur.Maklumlah Wan Zack Haikal,Mahali,Piya,Safee(yang menunggang),KFCM dan Mat Yo tak main.Konon boleh bagi alasan sebab guna pasokan ke dua.Ye lah tu.

         Asakan bertubi-tubi dari pasokan Palestin akhirnya membuahkan hasil dengan jaringan gunting cantik punya dari pemain entah siapa aku pun lupa nama dia.Tapi aku ingat muka dia sebab dia botak dan berkulit gelap. Power betul sepak gunting dia.Mahali pun tercengang aku perati tak dapat buat apa-apa.

         Masa Palestin gol tu aku jadi tak keruan nak sokong siapa.Kang sokong Palestin,dituduhnya aku tak patriotik.Tapi nak buat guane, aku bajet bukan sokong mana-mana dalam perlawanan ni.Siapa main bagus dan cantik,dia yang layak menang bagi aku.Siapa main bangang,dia yang layak kalah. Tapi ada juga kes yang main macam bangang tapi menang jugak,contohnya kelab power macam Manchester United.

         Separuh masa pertama tamat dengan Malaysia telur, Palestin satu.Masa rehat yang ada ni aku ambik peluang untuk suap Nur Adelia bubur nasi.Jangan main-main Adelia yang baru berusia setahun ni juga layan bola sepak.

        Separuh masa kedua bermula. Malaysia mula mencorakkan aksi garang seperti harimau yang terluka.Asakan bertali arus ditujukan ke pihak lawan, kawalan bola yang mantap dan hantaran-hantaran lintang yang cantik lagi dahsyat dipamerkan untuk tatapan umum. Dan akhirnya Malaysia memperolehi gollllllll !!! Tahniah !

         Maaf. Itu cuma imaginasi aku. Situasi sebenarnya pasokan Malaysia yang dikepalai Safiq Rahim tetap juga mempamerkan aksi lesu lagi bangang. Sebenarnya,Palestin pun ada jugak main macam bangang sikit-sikit,tapi aku dah maafkan awal-awal sebab depa negara sendiri pun tengah huru-hara hatta kemudahan sukan pun tiada atau tak moden macam Malaysia.

         Akhirnya yang dapat gol pada minit ke 90 macam tu, Palestin. Nampak tak berapa powernya rakyat dari negara yang tengah berperang ni main bola? Bukan setakat perang biasa tapi perang jihad, bai.

         Yang paling aku kesian sebab gol kedua tu hadir sejurus selepas seorang penjaga gol muda Malaysia dimasukkan menggantikan penjaga gol Selangor tu.Aku lupa nama penjaga gol Selangor tu apa. Baru 17 tahun tu woi. Bukan senang nak tepis bola sepakan percuma dari jarak dekat. Pengulas pun duk puji-puji teknik sepakan percuma tu. Kesian, kesian jugak semalam lepas gol kedua tu. Tapi Sorfina dengan aku pakat tergelak jugak tengok ekspresi muka penjaga gol muda tu.Tak silap aku nama dia Syihan.Dah la baru saja masuk. Apa-apapun sebenarnya aku betul-betul marah dekat pemain-pemain yang buat benteng,sebab tak ada usaha nak melompat langsung. Taunya jaga telur masing-masing saja.Bangang.

           Tapi Alhamdulillah sebab Syihan ni dapat tebus balik gol kedua tu dengan berjaya menampan bola hasil sepakan penalti yang diperoleh pasokan Palestin pada minit-minit akhir.Aku syak lepas ni pengurus pengurus kelab bola sepak mula berlumba-lumba untuk mendapatkan khidmat Syihan.

          Kesimpulannya, bukan aku tak sokong pasokan bola sepak Malaysia. Nun jauh di lubuk hati aku, aku amat mencintai pasokan bola sepak Malaysia untuk terus maju dan berjaya. Yang aku meluat dan menyampah pasal bola Malaysia ni bukan apa sangat pun- FAM, Sultan Bola dengan Datuk K. Rajagobal sahaja.

           Semoga dengan kemenangan Palestin tersebut akan menyemarakkan lagi semangat rakyat Palestin dan umat Islam secara khususnya.Amin.

Sunday, March 24, 2013

Lasagna

         Kahwin ni best woi sebab salah satu kebaikannya hangpa semua akan dapat ahli keluarga baru secara auto dan macam aku pulak selaku anak sulung dalam keluarga Ismail dan Mariam (sepatutnya nombor dua, tapi abang aku meninggal semasa lahir), secara auto dapat kakak bila mana selepas berkahwin dengan Sorfina.

         Dulu waktu kecik aku teringin ada kakak dan abang sebab terpengaruh dengan cerita Opah. Aku tengok sapantah yang berlakon cerita Opah ada kakak dan abang yang best sebab boleh selalu pau duit untuk nak beli ais kerim dan mintak duit belanja.Kadang-kadang boleh teman buat pergi mana-mana.

         Dah besar ni aku lebih paham apa bestnya ada kakak dan abang. Allah Maha Besar. Best woi. Lebih daripada tu dia punya hikmah. Semoga semua adik-beradik aku dan adik-beradik ipar aku termasuk biras sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T hendaknya.

        Salah satu sebab berat badan aku bertambah lepas kahwen adalah kerana keluarga mertua aku memang power dalam bab memasak. Aku perati semua ni mewarisi kepakaran mak mertua aku. Kak Nin aku power masak segala bana jenis kek, Kak Yong aku pandai masak banyak benda (aku pun tak tau spesifik) dan Sorfina power masak benda yang aku suka makan. Memang pakej.

        Minggu lepas Kak Yong dan Sorfina masak lasagna sendiri buat kali pertama. Sebenarnya, aku cuma cakap teringin nak makan lasagna, alih-alih depa siap masak sendiri lagi. Walaupun percubaan masak kali pertama, namun alhamdulillah ianya menjadi dan sungguh menyelerakan.Memang power betul. Tak sampai 15-20 minit dah licin. 5 orang makan.Rasa memang tip top habis.
Bukti mana, bukti?

        Cuma ada satu komen dari aku hari tu-pengunaan minyak yang agak banyak. Tapi tak apa rasanya sebab guna minyak zaiton.

          Memandangkan percubaan pertama membuat lasagna sahaja sudah melebihi tahap kesedapan lasagna Secret Recipe dan Pizza Hut, maka aku berazam untuk buat sendiri lasagna di kemudian hari nanti. Tunggu, tunggu.

Thursday, March 21, 2013

Terminum racun


"Abah tak sehat.Dia tak meniaga harini.Semalam dia terminum rachun lipas. Malam tadi muntah-muntah."

         Aku dapat mesej daripada Farhani tadi pukul 11.07pagi waktu kerja.Kerja pun tak berapa nak banyak sebab dua minggu lepas aku dah pulun habiskan. Maklumlah, kerja kilang. Ada masa bizi yang amat, ada masa senggang pun ada.

Astaghfirullah hal adzim. Cepat-cepat aku istighfar.

         Dengan segera aku menelipon mak aku. Nak telepon abah aku secara terus tak boleh sebab dia tak pakai henfon, apatah lagi telefon pintar.Katanya, dia lebih selesa berkongsi telefon dengan mak aku. Romantik lah konon.

Telefon rumah ada pun tak berapa nak guna sangat sebab hari-hari keluar meniaga.

Alhamdulillah.

         Dapat jugak berbual agak lama dengan abah aku tadi;dengan dimulakan topik terminum racun dan bagaimana ianya tejadi. Kesan dan akibat juga turut dibualkan.Lepas tu sambung sembang dengan beberapa topik lain seperti perkembangan tentang Nur Adelia merangkap cucu sulong dan rumah baru aku.

          Lega gila wa cakap lu dapat dengar suara abah dan gelak-gelak dia tadi masa sembang. Keadaan dah semakin elok.

Semoga abah cepat sembuh dan lebih berwaspada di masa-masa mendatang.

          Aku pesan kat abah supaya jangan bubuh racun lipas dalam bekas air oren lagi sebab boleh mendatangkan bahaya. Kalau nak guna bekas terpakai juga boleh, tapi kena lah label besar-besar bagi jelas.

          Aku harap Abah aku dapat terima nasihat aku dan aplikasikan ia dalam kehidupan. Panduan dan peringatan buat aku sama jugak nanti.

Wednesday, March 20, 2013

Kahwin 5

Ini sabuah berita
Yang aku baca dan ambil dari akhbar tersohor UK
Bukan Ulu Kinta ataupun Ulu Kelang tapi dari United Kingdom

Kesahnya menceritakan saorang perempuan nun jauh di utara India sana
bernama Rajo Verma
Yang telah berkahwin dengan lima lelaki
Menurutnya- ini adalah sebahagian daripada adat dan tradisi

Saorang perempuan berkahwin dengan sebanyak lima lelaki bukanlah suatu yang menghairankan
Ini kerana sosok selebriti bernama Elizabeth Taylor telahpun berkahwin dengan seramai 8 orang lelaki
Elizabeth Taylor kini
sudahpun menjadi warga kubur

Yang menakjubkan tentang Rajo Verma ini
Beliau telahpun berkahwin dengan 5 lelaki adik-beradik

Lalu aku berpikir dan terus berpikir
Kenapa Islam mengharamkan perkahwinan semacam ini
Ayoh sama-sama kita berpikir

Adakah mungkin akan timbul masalah keturunan, harta,
salasilah, komuniti, dan apa-apa lagi?



Pandangan para pembaca lain yang membuatkan aku tidak bersetuju :


Notakaki :
"Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (bila kamu berkahwin dengan mereka) maka dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka berkahwinlah dengan seorang sahaja, atau pakailah hamba-hamba yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat untuk mencegah supaya kamu tidak melakukan kezaliman." [An Nisaa 4:3]

Perkataan penting untuk : Berlaku adil

Monday, March 18, 2013

Siapa Sulu?

Ya ampunnnn
Ya tamboooonnn
Ya saabuuunnnn

Kehkehkehkehkehkehkehkeh

Ini bukan aku yang cakap
Ini bukan aku yang royak

Tapi Utusan yang laporkan

Tak caya, sila rujuk arkib berita
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_24.htm

Kehkehkehkehkehkehkehkeh

Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan memberi pengampunan kepada wira-wira negara yang terkorban dalam misi mempertahankan negara daripada pencerobohan di Sabah ketika ini

Dan

Semoga Allah S.W.T memberi petunjuk kepada kita tentang mereka-mereka yang telah menzalimi dan telah menganiayai mereka-mereka serta keluarga wira-wira yang terkorban.

Sumber dari Utusan Meloya

Friday, March 15, 2013

Korea


         Warga Korea yang aku benar-benar cam ialah pertamanya, Park Ji Sung;sebab dia power tak patut main bola dan pernah bermain dengan kelab power yakni Manchester United. Yang kedua pula ialah Kim Jong Il;sebab dia ada fesyen rambut yang best dan pernah menjadi pemimpin tertinggi Korea Utara.

         Manakala yang ketiga pula ialah artis Korea bernama 'Rain' ataupun hujan;jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Rain aku kenal sebab aku pernah layan cerita drama Korea masa belajar di UMP tahun 2006 dulu bertajuk 'Full House' akibat terpengaruh dengan member serumah masa tu. Itupun layan episod paling awal dengan episod yang paling akhir saja.

         Bukan apa, syok tengok awek depa. Tapi masa tu lah. Sekarang lagi baguih tengok bini sebab sejuk mata memandang. Chewaahh.

       Ada satu hari aku 'up' satu status dalam fesbuk. Harap-harap ada yang mempunyai pandangan yang sama dengan aku.

"Sejujurnya gua kagum dengan peminat kumpulan k-pop dan artis Korea.Gua kagum bukannya apa,kagum dengan kebolehan mereka yang dapat menghafal nama dan mengecam muka artis-artis Korea tersebut..Bagi gua itu kebolehan yang power...Gua sampai sekarang tak boleh cam muka artis Korea sebab semua muka hampir sama."

Tuesday, March 12, 2013

Milo



Dipetik dari laman sesawang status fesbuk:

         "Gua perati budak budak dalam lingkungan 7 ke 12 tahun kuat betul minum Milo,lebih-lebih lagi dekat restoran. Apa tak ada air lain ke nak order? Sesekali pekena la pulak air selasih ka, bandung 3 layer ka, air pandan ka. Ni tak, milo ais,milo ais,milo ais.
          Ini semua gua syak pengaruh iklan dengan lori Milo yang kerap datang melawat sekolah."

Komentar dari fesbuk :

Makcik #1 : Biasa la tu mmg bdk2 suka milo.

Pakcik #1  : Chu dah ban milo kat rumah, sebab takut nanti nuqxxx bertambah boooolattt.

Makcik #2 : Setiap 15g milo powder mengandungi lebih kurang 7g (50%) gula. Pastu tambah susu pekat manis (70% gula). Pastu letak ais yang melambatkan penghadaman makanan. Pastu jangan tanya kenapa rakyat Malaysia mok mok mok.

Kawan #1 : Israel tuu.

Kawan #2 : Aixx aix pun

Makcik #2 : Tak minum milo pun gemuk jugak...

Pakcik #2 : Tak apa abang Mi... hahallan Toiyiban...Jgn ambil yang haram dah la.

Sepupu #1 : Budak-budak semua nak jadi tinggi...sebab tu minum milo..


Friday, March 8, 2013

80-90an punya cerita: Bahana Zip

Aku syak ada 'tungau' tengah buat onar dalam seluar
Situasi sebenar 
Lokasi : Tandas rumah opah
Masa : Tengah hari lepas makan sedap-sedap
       
          "Maaaaaakkkk....tolong makkkk !"
         
          "Siapa yang dok terjerit terlolong tu?"

           "Maaaaaakkkk !"

           "Miii..awat dok terjerit-jerit dalam tandas tu?"

          "Maklang...tolong..tolong panggil Mak."

          "Mak hang tak ada. Keluar pi kawasan telaga kejap. Awatnya?"

          "Maklang...toloooonggg! Panggil Mak cepat!"

Maklang aku cepat-cepat tengok aku dulu dan lepas tu tergelak terbahak-bahak. Dah agak reda lepas tu baru dia panggil mak aku. Memang tak patut. Selebihnya cerita ini biarlah ia disimpan jauh dalam lubuk hati aku.

******
         Aku mempunyai tanggapan bahawa zip dan kanak-kanak lelaki mempunyai kimia yang cukup kuat. Banyak juga kenangan zip dengan aku sewaktu kecil-kecil dahulu. Namun, segalanya berubah sejurus selepas aku menjalani tuntutan sunnah iaitu 'masuk jawi' yakni kira-kira 18 tahun lepas.

         Aku pikir aku enggan menghuraikan dengan lebih lanjut memori aku bersama zip seluar sewaktu kecil dahulu. Cukuplah aku simpankan ia dalam lubuk memori hati aku ini. Kenangan bersama zip seluar itu cukup pedih dan perit untuk diceritakan. Cerita pasal tersepit-sepit zip ni memang betul-betul serius bagi seorang kanak-kanak lelaki waktu tu.

         Waktu kecil dulu memang isu-isu tersepit ni jadi begitu panas sekali hingga ia dibawa ke perbincangan meja bulat (sebenarnya, meja empat segi) rumah opah aku. Ada satu tahap sebab dah kerap sangat jadi sampai abah aku suruh direct 'potong' waktu tu jugak.

         Tapi aku menolak dengan alasan yang cukup kukuh bagi seorang kanak-kanak pada waktu tu. Aku masih tak cukup bersedia lagi dengan persediaan mental dan fizikal.Kemalasan untuk memakai seluar dalam sering dijadikan faktor utama oleh abah dan mak aku dalam isu tersepit zip ini.

         Apa-apapun,jutaan terima kasih mak dan abah kerana berjaya melepaskan keperitan dan kepedihan yang pernah aku alami sewaktu kecil dulu. Sakit bai wa cakap lu.    

Monday, March 4, 2013

Perjuangan Ariani

         "Waaaa. Mak ni lambatlah. Huuu. Boboiboy dah habis dah. Dah pukul 7 dah ni. Huwaaa"

         Itu antara luahan dan rajukan seorang budak lelaki yang aku syak dalam lingkungan usia 6 ke 8 tahun. Aku terdengar masa tengah syok layan dukung Nur Adelia dekat luar butik tudung Ariani. Aku nak tergelak tengok telatah budak tu, tapi cepat-cepat kaver dan gelak kecik sambil mengadap arah barat. Masa kejadian tu aku tengah mengadap ke arah timur.

         Aku rasa budak tu jadi lega semula sebab mak dia berjanji untuk membeli koleksi DVD Boboiboy kemudian hari. Macam mana aku tau? Sebab aku terdengar jugak lagi. Memang tak patut sebenarnya curi dengar ni, tapi nak buat guane? Dah kejadian tu berlaku lebih kurang 4 ke 5 depa dari aku. Memang la boleh terdengar.

         Justeru,aku membuat kesimpulan hatta menyalahkan mak budak tu sebab terlampau lama shopping tudung Ariani sampai anak tak dapat tengok Boboiboy. Maklumlah, diskaun sehingga 50% akan tamat pada tarikh semalam.

        Aku turut tumpang simpati dan syahdu kepada budak lelaki tu semalam. Semoga perasaan dia cepat pulih dan diharap agar mendapat DVD Boboiboy yang diwar-warkan tersebut.

        Apa-apaun, penat juga aku berjuang semalam; menunggu di luar butik Ariani Sg. Petani bersama Nur Adelia sambil-sambil menunggu Sorfina dan kakak ipar aku Kak Nin ber'shopping' tudung. Apa punya turr.