Aku syak ada 'tungau' tengah buat onar dalam seluar
Situasi sebenar
Lokasi : Tandas rumah opah
Masa : Tengah hari lepas makan sedap-sedap
"Maaaaaakkkk....tolong makkkk !"
"Siapa yang dok terjerit terlolong tu?"
"Maaaaaakkkk !"
"Miii..awat dok terjerit-jerit dalam tandas tu?"
"Maklang...tolong..tolong panggil Mak."
"Mak hang tak ada. Keluar pi kawasan telaga kejap. Awatnya?"
"Maklang...toloooonggg! Panggil Mak cepat!"
Maklang aku cepat-cepat tengok aku dulu dan lepas tu tergelak terbahak-bahak. Dah agak reda lepas tu baru dia panggil mak aku. Memang tak patut. Selebihnya cerita ini biarlah ia disimpan jauh dalam lubuk hati aku.
******
Aku mempunyai tanggapan bahawa zip dan kanak-kanak lelaki mempunyai kimia yang cukup kuat. Banyak juga kenangan zip dengan aku sewaktu kecil-kecil dahulu. Namun, segalanya berubah sejurus selepas aku menjalani tuntutan sunnah iaitu 'masuk jawi' yakni kira-kira 18 tahun lepas.
Aku pikir aku enggan menghuraikan dengan lebih lanjut memori aku bersama zip seluar sewaktu kecil dahulu. Cukuplah aku simpankan ia dalam lubuk memori hati aku ini. Kenangan bersama zip seluar itu cukup pedih dan perit untuk diceritakan. Cerita pasal tersepit-sepit zip ni memang betul-betul serius bagi seorang kanak-kanak lelaki waktu tu.
Waktu kecil dulu memang isu-isu tersepit ni jadi begitu panas sekali hingga ia dibawa ke perbincangan meja bulat (sebenarnya, meja empat segi) rumah opah aku. Ada satu tahap sebab dah kerap sangat jadi sampai abah aku suruh direct 'potong' waktu tu jugak.
Tapi aku menolak dengan alasan yang cukup kukuh bagi seorang kanak-kanak pada waktu tu. Aku masih tak cukup bersedia lagi dengan persediaan mental dan fizikal.Kemalasan untuk memakai seluar dalam sering dijadikan faktor utama oleh abah dan mak aku dalam isu tersepit zip ini.
Apa-apapun,jutaan terima kasih mak dan abah kerana berjaya melepaskan keperitan dan kepedihan yang pernah aku alami sewaktu kecil dulu. Sakit bai wa cakap lu.
No comments:
Post a Comment