Dulu waktu kecik aku teringin ada kakak dan abang sebab terpengaruh dengan cerita Opah. Aku tengok sapantah yang berlakon cerita Opah ada kakak dan abang yang best sebab boleh selalu pau duit untuk nak beli ais kerim dan mintak duit belanja.Kadang-kadang boleh teman buat pergi mana-mana.
Dah besar ni aku lebih paham apa bestnya ada kakak dan abang. Allah Maha Besar. Best woi. Lebih daripada tu dia punya hikmah. Semoga semua adik-beradik aku dan adik-beradik ipar aku termasuk biras sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T hendaknya.
Salah satu sebab berat badan aku bertambah lepas kahwen adalah kerana keluarga mertua aku memang power dalam bab memasak. Aku perati semua ni mewarisi kepakaran mak mertua aku. Kak Nin aku power masak segala bana jenis kek, Kak Yong aku pandai masak banyak benda (aku pun tak tau spesifik) dan Sorfina power masak benda yang aku suka makan. Memang pakej.
Minggu lepas Kak Yong dan Sorfina masak lasagna sendiri buat kali pertama. Sebenarnya, aku cuma cakap teringin nak makan lasagna, alih-alih depa siap masak sendiri lagi. Walaupun percubaan masak kali pertama, namun alhamdulillah ianya menjadi dan sungguh menyelerakan.Memang power betul. Tak sampai 15-20 minit dah licin. 5 orang makan.Rasa memang tip top habis.
Bukti mana, bukti?
Memandangkan percubaan pertama membuat lasagna sahaja sudah melebihi tahap kesedapan lasagna Secret Recipe dan Pizza Hut, maka aku berazam untuk buat sendiri lasagna di kemudian hari nanti. Tunggu, tunggu.
oit
ReplyDeletefeveret nihh
Amboi, amboi...feveret nak yang orang putih saja. Cekodok jangan lupa na
Deleteokay..boleh masak lasagna balik rumah nanti..
ReplyDeleteLasagna kena masak dalam oven, Fuzi...justeru,kena ada oven dulu.
DeleteOvennya mmg emak sudah ada dong..cuma jarang diguna pakai..
ReplyDelete