Satu-satunya stadium bola sepak di Palestin berkapasiti 10,000 penonton,yang letaknya di Tebing Gaza. Dibom oleh tentera Zionis Israel pada April 2006 dan sekali lagi dibom pada November 2012.
Semalam aku menonton perlawanan bola sepak amal antara Palestin dan Malaysia menerusi televisyen kerana tak ada rancangan lain yang best dah ada di televisyen. Nak tengok rancangan binatang di Nat Geo, aku dah pernah mengadap benda tu sebab dah di ulang. Jadi mengambil keputusan untuk menonton bola sepak semalam adalah keputusan yang tepat. Sorfina pun cakap nak tengok apa jadi semalam.Tapi sebab dia sibuk memasak makanan untuk Adelia dan beberapa tugasan lain semalam, jadi dia hanya sempat menonton untuk 10 minit yang terakhir.
Kata kunci yang aku nak tegaskan di sini ialah perlawanan amal. Perlawanan amal ini berlangsung di Stadium Darul Makmur,Kuantan demi mengutip dana dan sumbangan kepada keluarga Wira Negara yang terkorban di Lahad Datu dan kepada rakyat Palestin. Amal tak amal, sebagai rakyat Malaysia mestilah nak pasokan Malaysia menang, ye dok?
Pasokan bola sepak Malaysia semalam turun ke padang selaku tuan rumah,berbekalkan ranking ke 164 dunia,manakala pasukan bola sepak Palestin pula lebih power kedudukan rankingnya,yakni berada di ranking ke 150 dunia.Sila abaikan kedudukan ranking sebab ranking tak penting,bak kata Datuk K.Rajagobal.
Lima ke sepuluh minit pertama aku perati Malaysia main power macam Manchester United. Mula minit ke sebelas dan seterusnya dah mula bangang macam biasa. Sepak bola mula ke laut dan passing berterabur.Maklumlah Wan Zack Haikal,Mahali,Piya,Safee(yang menunggang),KFCM dan Mat Yo tak main.Konon boleh bagi alasan sebab guna pasokan ke dua.Ye lah tu.
Asakan bertubi-tubi dari pasokan Palestin akhirnya membuahkan hasil dengan jaringan gunting cantik punya dari pemain entah siapa aku pun lupa nama dia.Tapi aku ingat muka dia sebab dia botak dan berkulit gelap. Power betul sepak gunting dia.Mahali pun tercengang aku perati tak dapat buat apa-apa.
Masa Palestin gol tu aku jadi tak keruan nak sokong siapa.Kang sokong Palestin,dituduhnya aku tak patriotik.Tapi nak buat guane, aku bajet bukan sokong mana-mana dalam perlawanan ni.Siapa main bagus dan cantik,dia yang layak menang bagi aku.Siapa main bangang,dia yang layak kalah. Tapi ada juga kes yang main macam bangang tapi menang jugak,contohnya kelab power macam Manchester United.
Separuh masa pertama tamat dengan Malaysia telur, Palestin satu.Masa rehat yang ada ni aku ambik peluang untuk suap Nur Adelia bubur nasi.Jangan main-main Adelia yang baru berusia setahun ni juga layan bola sepak.
Separuh masa kedua bermula. Malaysia mula mencorakkan aksi garang seperti harimau yang terluka.Asakan bertali arus ditujukan ke pihak lawan, kawalan bola yang mantap dan hantaran-hantaran lintang yang cantik lagi dahsyat dipamerkan untuk tatapan umum. Dan akhirnya Malaysia memperolehi gollllllll !!! Tahniah !
Maaf. Itu cuma imaginasi aku. Situasi sebenarnya pasokan Malaysia yang dikepalai Safiq Rahim tetap juga mempamerkan aksi lesu lagi bangang. Sebenarnya,Palestin pun ada jugak main macam bangang sikit-sikit,tapi aku dah maafkan awal-awal sebab depa negara sendiri pun tengah huru-hara hatta kemudahan sukan pun tiada atau tak moden macam Malaysia.
Akhirnya yang dapat gol pada minit ke 90 macam tu, Palestin. Nampak tak berapa powernya rakyat dari negara yang tengah berperang ni main bola? Bukan setakat perang biasa tapi perang jihad, bai.
Yang paling aku kesian sebab gol kedua tu hadir sejurus selepas seorang penjaga gol muda Malaysia dimasukkan menggantikan penjaga gol Selangor tu.Aku lupa nama penjaga gol Selangor tu apa. Baru 17 tahun tu woi. Bukan senang nak tepis bola sepakan percuma dari jarak dekat. Pengulas pun duk puji-puji teknik sepakan percuma tu. Kesian, kesian jugak semalam lepas gol kedua tu. Tapi Sorfina dengan aku pakat tergelak jugak tengok ekspresi muka penjaga gol muda tu.Tak silap aku nama dia Syihan.Dah la baru saja masuk. Apa-apapun sebenarnya aku betul-betul marah dekat pemain-pemain yang buat benteng,sebab tak ada usaha nak melompat langsung. Taunya jaga telur masing-masing saja.Bangang.
Tapi Alhamdulillah sebab Syihan ni dapat tebus balik gol kedua tu dengan berjaya menampan bola hasil sepakan penalti yang diperoleh pasokan Palestin pada minit-minit akhir.Aku syak lepas ni pengurus pengurus kelab bola sepak mula berlumba-lumba untuk mendapatkan khidmat Syihan.
Kesimpulannya, bukan aku tak sokong pasokan bola sepak Malaysia. Nun jauh di lubuk hati aku, aku amat mencintai pasokan bola sepak Malaysia untuk terus maju dan berjaya. Yang aku meluat dan menyampah pasal bola Malaysia ni bukan apa sangat pun- FAM, Sultan Bola dengan Datuk K. Rajagobal sahaja.
Semoga dengan kemenangan Palestin tersebut akan menyemarakkan lagi semangat rakyat Palestin dan umat Islam secara khususnya.Amin.
No comments:
Post a Comment