Saturday, February 25, 2012

80-90an punya cerita - Zaman kegemilangan konda-kondi dan tuju selipar

           Sebelum tibanya zaman Wii, X Box,Angry Birds dan apa bana lagi, aku dan member-member taman dan sekolah rendah tak ambil pot sangat pun dengan permainan yang memerlukan sumber elektrik. Ada la saorang dua member yang ada 'console game' (yang kena bubuh 'tape' tu) macam untuk main 'Prince of Persia', 'Street Fighter' dan apa bana lagi, tapi depa lebih suka pekena secara solo tanpa menghiraukan member-member seangkatan.
Konsol kegilaan ramai. Nak main kena beratur@tempah dan semestinya yang 'conquer' adalah tuan punya barang.

          Satu lagi masalahnya dengan 'console game' ni masa tu adalah disebabkan kita tak sedar yang sebenarnya dah terlajak masa lepak dekat rumah orang. Selalu mak member-member dah sindir-sindir untuk suruh balik. Ada member sekolah rendah aku lagi 'power', sampai tidur dekat rumah member lagi sebab nak main 'game'.

          Lepas main, benda paling 'steady' dan paling kool kena buat adalah pekena ais krim batang, takpun aiskrim polypop (tak silap aku). Perasa paling popular dan kegemaran ramai masa tu adalah asam boi, jagung, Milo, dan Sarsi. Kalau asikrim polypop pulak, nak lagi steady dan senang makan (takpun nak kongsi dengan member), hangpa kena patahkan kat tengah guna lutut. Siapa yang dapat patahkan memang dilihat 'steady' dan senang dapat makwe.

Asam boi. 'Boi' tu apa dia?


           Dulu tahun 1996 -1997, cerita Dash Yankuro tengah 'up'. Ada yang ada kereta Shooting Star, Proto Emperor dan macam-macam lagi. Aku ada jugak -Burning Sun nama dia. Selalu main masa rehat sekolah agama petang dekat longkang kecik. Amacam?

           Main galah panjang paling 'syok' waktu rehat. Disebabkan permainan ni 'unisex', maka ramai yang turut terlibat. Disini juga peluang untuk mengorat makwe-makwe. Lepas pekena main galah panjang, peluh dengan daki dekat 'kolar' baju sekolah toksah nak cakap macam mana.


            Main 'Lawan pemadam' sesuai dimainkan ketika perantaraan pertukaran kelas; contohnya dah habis waktu kelas Kajian tempatan dan sedang menunggu cikgu Bahasa Melayu nak masuk kelas. Dulu aku antara 'champion' kelas; tapi bila dah menang agak-agak satu bekas pensel banyaknya pemadam tu, tup tup kena rampas dengan pengawas darjah Enam dan dia kemudian jibam dekat cikgu. Masa tu aku baru darjah tiga. Jeles la tu tak dapat main.

           'Scene' main kapal terbang ni bermula kalau semua sumber permainan lain dah kena rampas atau kertas A4 ada banyak lebih hasil daripada pemberian cikgu untuk tujuan ilmiah berkaitan. Ilmiah celah mana pun aku dah lupa dan tak pasti. Syok jugak sesekali pekena main kapal terbang ni. Siapa kapal terbang paling jauh terbang, dia 'champion' !

             Permainan 'Batang ais krim' ni sebenarnya ikut musim. Paling 'up' bila musim panas, dimana permintaan ais krim batang melonjak tinggi arakian suhu yang panas ketika itu dan kanak-kanak gemarkan ais krim. Nak main benda ni, hangpa kena tiup (dengan skil tertentu).


           Bola chop (guna bola tenis) ni siapa-siapa yang betul-betul 'jantan' ja yang boleh turut serta. Aku mula main waktu darjah 4, itupun lepas sunat. Bukan apa, masalah timbul bila main benda ni. Kalau setakat main waktu rehat sekolah agama ok lagi, ni kalau nak main waktu petang -sekali kena main dengan budak tingkatan 1 sampai 5. Tak pasl-pasal kena tibai.



             Main tepuk kad ni sesuai dimainkan ketika di sekolah ; samada diatas lantai kelas ataupun tepi koridor kelas. Nak lagi 'best' main dalam surau sekolah rendah (sebab ada karpet). Permainan ni memang 'up' sekitar 1996 dulu waktu aku darjah 5. Disebabkan terpukan aku tak kuat, aku asyik kecundang di tangan pihak lawan.

            Saidina. Permainan berilmiah setakat ni bagi aku; jika dibandingkan dengan permainan yang disebutkan di atas. Tapi tak boleh nak kira jugak, kadang-kadang ada yang main tipu masa main Saidina ni. Senyap-senyap ja duk kebas duit dari 'bank' masa orang tak perasan - sebab nak menang duit banyak la tu.

           Permainan berkumpulan yang cukup mendebarkan. Itulah dia - main 'Tuju tin atau tuju selipar'. Selipar 'Jepun' jenama Tat Seng antara pilihan popular-sebab keras dan padu untuk dibaling kepada pihak lawan. Untuk pemilihan ahli kumpulan, hangpa perlu 'osom' atau 'one two jus'.

              Main 'Zero point' ataupun main getah ni popular dikalangan kaum hawa kanak-kanak. Adik aku Farhani 'power' main benda ni. Aku sesekali cuba untuk main benda ni, tapi banyak sangat cakap-cakap belakang yang tak sesuai untuk aku ceritakan disini.

           Main 'senapang' berpelurukan bijik buah 'cherry' Malaysia memang syok kalau tengah cuti sekolah panjang. Masa main senapang ni, aku selalu berangan jadi 'Rambo'.
             Main 'Pistol tipu' ni aku lakukan secara senyap-senyap semasa petang. Kalau bawak balik rumah, mesti kena marah dengan mak dan abah sebab berjinak-jinak dengan senjata api. Hayat permainan ni singkat sahaja.

              Main 'tutup tin'. Tiada apa-apa dapat aku ungkapkan bila dapat main benda alah ni. 'Cool' gila habaq hang. Banyak skill dapat dipertontokan kepada awam; terutamanya bila sampai tahap formasi susunan penutup tin 'jamban'.

            Main 'pijak kaki' - kena nyanyi 'ais krim soda magnolia proton saga buatan Malaysia' sebelum bermula. Habis kasut sekolah putih aku.

           Main guli ni musim dia tak lama kat tempat aku. Kena cari 'port' pasir yang bersih sebelum main. Selalunya kawasan berpasir dah banyak ada tahi kucing. Jadi agak terbatas permainan ini dek kerana tahi kucing yang bertebaran.

           Aku mula main gasing masa duduk dengan arwah Maklong aku; darjah 5. Arwah pesan yang main gasing ni bahaya, sebab boleh terkena mata. Lepas arwah rampas, karier gasing aku terkubur begitu sahaja.


            Permainan congkak selalu dimainkan semasa berkumpul dengan saudara-mara di rumah Opah aku. Aku tak ambil pot sangat.

            Aku tak 'power' main batu seremban ni, jadi aku tak ambil pot sangat. Lagipun kaum hawa kanak-kanak yang suka main. Lelaki main benda lain lagi manfaat.

            Main bola kertas ni tidak asing lagi bagi kanak-kanak yang cintakan permainan bola sepak. Selalunya, aku akan letak nama pemain United pada kertas-kertas kadbod yang bertindak selaku 'pemain' dalam permainan ni.

             Dam ular popular selepas tamatnya perperiksaan. Tak ada kerja nak buat ataupun ada member-member rajin bawak, jadi apa tunggu lagi, pekena la seround dua.

             Main layang-layang ni ikut musim. Musim banyak angin dan cuaca panas, sesuai la sekali jikalau nak pekena. Modal pun cuma kertas surat khabar, lidi, salotape,dan benang. Tali layang-layang hangpa boleh beli dekat kedai runcit ja.


           Sapa-sapa yang tak pernah main cop tiang, aku rasa baik dia pekena sekarang selagi tiang masih ada. Sesuai sekali untuk pekena waktu loceng rehat sekolah rendah belom berdering.

               Polis sentri ataupun police and thief merupakan permainan yang berinspirasikan konsep polis dan penjenayah. Sebelum bermain, kena nyanyi lagu 'polis sentri wan tu jaga, polis mati pencuri jaga'.

               Nak main patung Askar ni kadang-kadang saorang pun layan. Budak laki suka la benda alah ni.

           'Arm wrestling' ataupun gusti lengan. Sampai sekolah menengah pun aku masih pekena benda ni. Selalu kalah la, sebab banyak lagi yang badan dan lengan katang-katang; contohnya bila berentap dengan pemain ragbi sekolah ka.

             Main 'teng-teng' ni bila geng laki semua tengah berehat sebab bersunat ataupun basikal tengah rosak. Terpaksa la 'join' budak perempuan satu taman (alasan : teman adik perempuan main).

             Konda-kondi antara 'all time favourite' aku masa sekolah rendah dekat Taman Nirwana, Ampang. Masa tu sebelah sekolah ada banyak kawasan berpasir, jadi amat sesuai sekali untuk pekena permainan ni bersama member-member;sementara tunggu bas sekolah datang nak ambik.


             Yoyo ada la aku main sikit-sikit, tapi tak da la cekap mana. Setakat nak buat skil basikal tu boleh la sikit-sikit.

            Aku tak berapa suka sangat main 'roller blade', sebab tak berapa pandai nak imbang badan. Satu lagi 'port' nak main benda alah ni kena dekat gelanggang baru syok. Kalau pekena dekat jalan tar, tak berapa layan dan berbahaya. Dah la kereta motor semua banyak. Naya ja kena langgaq.


.

http://budayasenimelayu.blogspot.com/2010/07/teng-teng-atau-juga-dikenali-sebagai.html
http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/2010/7/20/lifebookshelf/6657417&sec=lifebookshelf

No comments:

Post a Comment