Monday, February 6, 2012

Ke klinik kesihatan

Kunjungan ke 7 ke Klinik Kesihatan Sungai Lalang; sejak kunjungan pertama pada 7 Ramadhan (7 Ogos 2011) lepas

Pukul 8 pagi
Sorfina dan aku sampai di klinik kesihatan
Untuk ke 7 kalinya
Kelihatan ramai manusia telah tiba
Nawaitunya sama -berubat dan bertemu tuan tabib serta para misi

Hari ini - cuti
Cuti yang dibawa ke depan- cuti Maulid Nabi
Esok pun masih cuti- sempena Thaipusam pula
Banyak kelapa akan 'dikorbankan'

30 minit pertama
Aku menunggu dengan tenang dan damai
bawa bekal bersama-sabuah kitab pemberian kakak ipar, sekotak air minuman, dan
5 bungkus 'muffin'- lebihan dari majlis walimatul urus kakak ipar
yang berlangsung semalam

Tidur semalam
Cukup enak
Cukup lazat
tapi sudah lima ke enam kali aku menguap - dalam selang masa 3 minit
Mengantuk yang amat semasa menunggu
Harus pekena sesuatu -minuman berkafein menjadi pilihan

Sebelah klinik
ada sabuah kedai makan
Satelah 40 minit menunggu-akhirnya pergi pekena secawan kopi 'o' panas
Sorfina masih didalam- setia menunggu bersama kaum ibu dan hawa yang lain
Aku malas untuk ke dalam
Sesak dan perlu bagi tempat duduk
Pada yang lebih memerlukan

Kaum ibu, bakal ibu, warga tua, warga muda di klinik kesihatan

Jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi
Masih lagi di klinik kesihatan
Berdiri -duduk -berjalan sekitar - membaca -minum
Sudah aku lakukan berulang kali dari jam 8 pagi tadi
Tanda-tanda untuk dapat pulang masih belum kelihatan
Arggh -nikmatnya jika dihulurkan bantal dan disorongkan tilam
Tak dapat tilam 'Vono' Ziana Zain -tilam 'Toto' pun jadilah

Tunggu, tunggu dan terus menunggu
Sabar, sabar dan teruskan bersabar
Jarum jam sudah mula mengorak ke angka 12 -kedua-dua jarum
Sinar Sang matahari telah benar-benar terpacak diatas kepala
Lega -urusan Sorfina sudah selesai

Alhamdulillah
Tamatlah sudah tempoh 4 jam di klinik kesehatan
Senyum tak perlu kata apa-apa
.

No comments:

Post a Comment