Set tilam bayi dan bengkung bayi hasil kerja tangan mak
Pulang ke singgahsana orang tua beberapa minggu yang lalu
Semasa itu sudah minggu yang ke 33
Lagi beberapa minggu menghampiri medan juang
Sudah begitu hampir
Pulang bukan sebarang pulang
Pulang akhir sabelum tibanya hari kelahiran
Bukannya dekat - 283 batu jarak pemisah
Sabelum kembali
Mak hulurkan satu pemberian-yang katanya tak seberapa daripadanya
Tak seberapa baginya - namun cukup besar dan istimewa buat kami
Aku merenung dan menatap...diikuti senyum
Sorfina merenung dan menatap...kemudian senyum
kemudian barulah bersuara
Subhanallah...Wah !
Betapa indahnya hasil kerja tangan mak
Satu hasil tangan yang cukup hebat
Mak memang saorang yang pandai bertukang
Bertukang - masak dan menjahit
Lemah dan gemalai tangannya
Adakalanya keras -ketika mencubit dan memulas telinga aku ketika kecil
Terima kasih, mak !
.
No comments:
Post a Comment