Monday, February 27, 2012

Giggs -900 dan terus cemerlang!

           Sewaktu Giggs melakukan penampilan buat julung-julung kalinya ataupun 'debut' bersama kesebelasan utama Manchester United pada tanggal 2 March 1991;sewaktu beliau berumur 18 tahun, ketika itu aku baru berusia 6 tahun dan mungkin sewaktu itu aku masih lagi bermain-main di tepi longkang untuk memancing berudu, ataupun berada di padang untuk menangkap belalang. Tapi itu cerita 21 tahun yang lampau. Selebihnya, menjadi sebahagian daripada catitan sejarah buat Giggs dan aku. Omputih cakap, 'the rest is history'.

          Semalam, 26 Februari 2012, brader Giggs ni telah melakukan penampilan ke 900 beliau bersama skuad utama Manchester United. Siap sumbat gol kemenangan lagi pada minit ke 90.Gila apa dia ni? Bila hang nak bersara ni woit?

         Giggs merupakan pemain ke dua yang aku ambil pot dan tahu;yang dimana telah melakukan penampilan sebanyak 900 kali buat kelab tersayang. Pemain yang aku tahu dulu adalah Paolo Maldini (jersi nombor 3 buat pasukan AC Milan; dan nombor tersebut telah dipencenkan). Maldini ni telah melakukan sebanyak 902 penampilan buat skuad utama AC Milan.

        Power. Power. Semoga terus maju jaya.

Sorakan kegembiraan buat Giggs selepas menyumbat gol kemenangan dan gol peribadi yang ke 163 buat kelab; menetang Norwich City.

Satu tumbukan padu ke udara yang dilepaskan


Lagenda
.

No comments:

Post a Comment