Jangan tanya Sorfina aku bawak sekali atau tidak. Ya amppoon, memang aku tak akan bawak lah jawapnya. NZ Wangsa Maju ni sesak dia lain macam. Maka adalah lebih afdal aku bagi Sorfina berehat-rehat bersama ahli keluarga aku sambil pekena Cerekarama di rumah sahaja. Dia pun dah sarat waktu-waktu ni.
"Tak elok orang mengandung keluar malam-malam ni",pesan mak dan mak mertua aku.Alhamdulillah, permohonan untuk keluar lepak-lepak mendapat lampu hijau. Alasannya, sesekali - tak apa.Aku punya senyum sampai ke telinga lepas dapat lesen. Sebelum nak keluar tu, cium-cium la dahi dia sikit, peluk mana yang patut dan bersalaman. Nama pun dah berumah tangga. Halalan toyyiba.
Lepak malam tu, kelibat yang turut hadir -Aseng, Tejo, Aizad, Waqi dan Redong. Aseng, Aizad dan Redong selaku penyokong Arsenal,Liverpool dan Chelsea datang lepak dengan harapan setinggi gunung untuk kekalahan Manchester United di laman sendiri, manakala Tejo dan aku berharap kemenangan di pihak yang benar lagi jitu, yakni United.
Kisah-kisah selanjutnya untuk lepak malam tu di NZ Curry House Wangsa Maju adalah sejarah. Akhir kalam, GGMU !!
"Woit Rio ,nak tersembam pun berpada-padalah sama!" - Evra
Suarez panggil Evra 'Negro'. Evra pulak cakap 'hitam itu menawan'. Apa ada hal? Janji 2-1...
.
No comments:
Post a Comment