Tuesday, February 21, 2012

Diplomasi Malaysia - Israel (bahagian 2)

Ihsan dari arkib Utusan Meloya

Ihsan dari arkib Berita Hairan

Ihsan dari Malaysiakini

Ya amppoooonnn
Ya sukunnnn
Ya angguuuunn

Kehkehkehkehkehkehkehkehkehkeh

Mau bertanya kepada saudara dan saudari di luar sana
Masih ingatkah lagi kepada Dasar Luar Malaysia?
Dasar yang telah dinyatakan pada muka surat 6 tentang Dasar Luar Malaysia
Oleh laman web Jabatan Penerangan Malaysia

Amat jelas
Amat terang

Sila ambil pot
Sila belek, baca dan fahamkan
Sabelum itu
Saya ingin mengajak saudara dan saudari sekalian
Untuk membaca tulisan oleh Ustaz Zaharuddin
Di sini http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/572-hukum-mcdonald-kfc-maxis-a-syarikat-yahudi.html

Tak payah la susah-susah nak boikot barangan Israel
Tak payah la susah-susah tak mahu makan McD 
Tak payah la susah-susah tak mahu beli-belah di Tesco
Tak payah la susah-susah tak mahu makan Maggi
Tak payah la susah-susah tak mahu minum Nescafe
Tak payah la susah-susah tak mahu nak makan barangan keluaran Nestle
Tak payah la susah-susah tak mahu guna prosessor Intel

Kita sudah lama berdagang dengan Israel
Dasar Luar Negara Malaysia kita ini
Sewajarnya dirombak dan digubal
Tak perlu selindung- selindung

Bukan hendak menipu
Bukan hendak berbohong
Sila ke laman web ini
Sila muat turun dan baca muka surat 6

Macam mana
Kita dalam masa yang sama
Dikatakan menentang kuat Israel
Tapi dalam masa yang sama
Turut sekali bersekongkol dengan Israel?
Kata tiada hubungan diplomatik
Sila fahamkan
Apa dia hubungan diplomatik

Jika kita belek sirah Rasulullah S.A.W
Kita akan ketahui
Rasulullah S.A.W banyak berurusan dengan Yahudi
dengan orang Israel
Yang aku ingat
Semasa pembukaan Kota Mekah
Semasa Rasulullah menggadai baju besi Baginda kepada orang Yahudi
Tapi ingat
Zaman Rasulullah S.A.W - tiadanya penubuhan negara haram Israel
Bangsa Yahudi hidup bertebaran -tiada negara

Apa yang kita tuntut
Penjelasan dari pemimpin-pemimpin kita
tentang status hubungan dengan Israel ini
Tak perlu lagi berselindung untuk terus mengatakan tidak ada hubungan dengan Israel
Tidak perlu putar belit dan putar alam
Mengatakan tidak adanya hubungan antara Malaysia dan Israel

Hakikatnya
Realitinya
Adalah sukar untuk tidak
Turut sama terkena tempias dan penangan Israel

Ingatlah
Bukan mudah untuk memboikot barangan Israel
Malah haruslah kita ingat
Komputer, laptop dan apa bana lagi
Hampir semuanya ciptaan dan produk Israel
Lakukanlah boikot secara termampu, walaupun boikot bukanlah satu-satunya jalan terbaik
Usahlagi lagi hisap rokok -Dunhill , Marlboro dan sebagainya
Berdoa lah kepada Allah S.W.T - senantiasa istiqamah
Agar diberikan kekuatan untuk umat Islam
Dalam menghadapi serangan dan tekanan dari pihak musuh
sekurang-kurangnya kita berusaha dan ambil pot
tentang saudara kita di Palestin

Ingatlah
Sesungguhnya
Allah S.W.T adalah sebaik-baik pemberi rezeki dan perancang !
.

No comments:

Post a Comment