Nama yang ada dalam perancangan adalah Nur Adilia. Bermaksud 'cahaya keadilan kita'. Harus diingat, nama ini telah dipilih oleh Sorfina; dan aku mengiakan sahaja apa pun namanya, asalkan baik maknanya menurut Islam. Jika Sorfina tiada keputusan untuk meletak apa-apa nama, aku bercadang untuk memberi nama 'Siti Qhadijah'; mengambil nama bersempena Ummul Mukminin, isteri kepada Rasulullah S.A.W.
Apa yang dibincangkan bukanlah soal nama, tapi lebih kepada ejaan. Ada yang mahukan ejaan Adelyia, ada yang mahukan Adellia, Adelya, ataupun kembali kepada rancangan asal yakni Adilia. Aku tak berapa ambil pot sangat. Janji senang nak tulis.
"Em, nanti kalau dapat anak kedua nanti, nak buh nama yang sempoi-sempoi sudahlah. Senang nak panggil..." kata aku kepada Sorfina, mak mertua dan Kak Nin.
" Buh la nama apa pun Fahmi. Janji nama tu maksud baik." Mak mertua aku membalas.
" Susah-susah sangat, bagi aja lah nama restoran Nasi Kandar. Senang sikit. 'Famous' pun 'famous'." Balas aku kemudiannya dengan nada bergurau.
Sorfina dan Kak Nin pun turut pulun. Depa pun nak membalas. Maka keluarlah nama-nama restoran Nasi Kandar terkenal di Malaysia yang diambil untuk pemilihan nama anak kedua nanti.
" Kalau macam tu, kita boh nama Nashmir ka, Kassim Mustafa ka, Subaidah ka, OK apa?" Balas Sorfina dan Kak Nin disambut hirai tawa kami sekeluarga.
Kemudian, mak mertua aku dengan 'steady' mencelah dalam hirai tawa tersebut.
"Nanti anak 'last' letak nama 'Line Clear'!"
Berdekah-dekah kami sekeluarga menyambung semula ketawa yang sudah hampir surut selepas tu. Boleh tahan jugak lawak petang hari Mak mertua aku ni.
Aku pernah pekena sekali Nasi Kandaq Line Clear (terletak di jalan dalam berdekatan Penang Road dan Leboh Chulia) bersama beberapa rakan sekolah lama. Memang tuurr!
Nasi Kandar Beratur kat sebelah Masjid Kapitan Keling, Penang pun cara jugak. tapi start berniaga 10pm. apa barang!!!
ReplyDeleteNK beratur tu aku tak pekena lagi, sekarang ni fokus untuk hasilkan nasi kandar sendiri pulak...senang sikit tak payah beratur
ReplyDeletebak kata orang, barang yang susah dapat ni la yang nikmatnya lebih. apa kata kau cuba try test dulu. aku sedikit ralat sebab tak sempat hari tu...
ReplyDeletePergi penang tahun lepas cari2 tak jumpa,nasib btullah!
ReplyDeleteSord 87, nak mai ke Nasi kandar line clear hang kena cari parking jauh sikit. Kena menapak dari parking tu dalam 50 langkah kat Penang street tu...cuba lagi, bro.
ReplyDelete