Untuk edisi ulser kali ni, aku kena ulser memang ngam-ngam 3 hari sebelum ketibaan Ramadhan al Mubarak. Penangan ulser ni memang padu buat kali ni. Aku kena 2 tompok ulser dekat lidah; satu tepi lidah dan satu lagi atas lidah. Nak lagi tepat lebih kurang 'area' deria rasa masin dekat bahagian lidah . Bukan itu sahaja, ada 2 lagi tompok ulser yang aku kena dekat bibir sebagai pelengkap juadah kesakitan. Justeru, ini menjadikan julah ulser terkumpul sebelum ketibaan Ramadhan sebanyak 4 tompok.
Baby ni tak kena ulser. Kalau kena, eksperesi muka dia mungkin lebih mengagumkan.
Selalu memang aku dah stenbai Bonjela setiap kali kedatangan ulser, tapi buat kali ni aku kehilangan stok Bonjela selepas berpindah. Ya la, kena pindah lepas kahwin, benda-benda kecik ni kadang-kadang kita tak ambik pot sangat. Sekarang pulak masa dah makin suntuk untuk membeli Bonjela, jadi aku ambik keputusan unutk mencuba kaedah rawatan ulser lidah dan bibir dengan teknik penggunaan garam yang disyorkan mak mertua dan Sorfina.
Untuk kesekalian kalinya, aku agak cuak untuk mencuba teknik ni. Maklumlah dah dengar maca-macam cerita yang kurang enak pasal penggunaan garam. Ada yang meriau la, ada yang menjerit sakit la, ada yang sampai berlinang air mata la, ada yang sakitnya rasa sampai ke otak la dan macam-macam lagi.
Tapi aku tak ambik pot sangat hal tu. Dengan gaya mak mertua cakap yang teknik ni berkesan berjaya meng'up'kan konfiden aku ke tahap yang sepatutnya. Sakit tak sakit itu tolak tepi.
Perghh. Memang amat padu sekali kombinasi Sodium Klorida, ataupun secara mudahnya,NaCl dengan ulser lidah dan bibir. Jeritan batin yang hanya dapat aku ungkapkan tatkala saat sentuhan secebis garam ke atas tompokan ulser yang terbuka.
Memang WIN dan meleleh beb. Cuba sekali, pasti nak lagi!
.
p/s: Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua. Semoga kita semua beroleh keberkatan dariNya.Amin.
.