Sunday, July 17, 2011

Argentina...Copa itu bukan milikmu !

Kekalahan di Santa Fe di tangan Uruguay, harapan untuk Copa America buat Argentina berkecai lagi 

          Dibarisi oleh bintang-bintang handalan bukan jaminan untuk skuad Argentina untuk memenangi Copa America edisi yang ke 14 ini. Jika jumlah edisi kali ini ditambah bersama dengan era Kejohanan Amerika Selatan, maka jumlah edisi kejohanan ini sudah menjangkau yang ke 43.

         Pemain-pemain hebat yang semestinya menjadi pilihan untuk perpindahan musim panas Eropah semestinya kecewa dengan persembahan tak bermaya dan longlai di tanah air sendiri, sehinggakan mendapat cemuhan daripada penyokong La Albiceleste sendiri.

         Apa-apapun aku kecewa kerana skuad yang dibarisi pemain-pemain handalan seperti Milito, Ever Banega, Messi, Javier Pastore, Kun Aguero, Higuain, Mascherano, hatta Tevez sekalipun tak mampu untuk menghalang skuad Uruguay yang juga pernah memenangi Piala Dunia dan mengecap tempat keempat pada Piala Dunia 2010 lepas.

Pemain paling hebat yang hampa



.

No comments:

Post a Comment