Hari ini aku tak bekerja secara rasmi di kompeni, namun kerja-kerja lain seperti bangun tidur, mandi, makan dan tidak lupa, kerja-kerja yang perlu dilangsaikan sebagai Hamba seperti solat Jumaat, tetap perlu ditunaikan.
Dengan kata mudah, hari ini aku mengambil cuti dan kini telah selesai sesi memakan nasi secara berjemaah dengan isteri.
Usai solat Jumaat tadi aku singgah ke gerai Abah dan Mak untuk melihat perkembangan perniagaan disana. Tak jauh pun, dalam dua puluh, dua puluh lima langkah dari Surau Ubudiah dah boleh sampai. Hari ni merupakan hari pertama Sorfina menolong mak di gerai. Dapatlah tolong mak mertua jual pisang goreng dan ABC sekejap.Sejurus itu, kami pulan ke rumah untuk makan nasi.
Lauk yang dah Mak masak sejak pagi tadi, gulai nangka bersama ayam masak lemak, masak hitam daging, terung masak sambal, dan ikan Termenung goreng. Pergh, aku tambah nasik dua kali.
Macam mana ni dengan program diet? Sejak dah berumah tangga ni berat dah naik 3~4 kilo. Baru dua bulan. Nampaknya kena 'do something' ni. Dayyum.
.
No comments:
Post a Comment