Wednesday, July 13, 2011

Kiitos, Oshea ja Wes !

            Terima kasih, Oshea dan Wes. Terima kasih atas segalanya yang telah engkau dedikasikan kepada United selama ini. Pemergian ke Sunderland adalah diluar kawalan kami, namun 'great player come and go, but the Red flags keep flying high !',bak kata seorang Mancunian, fanatik kelab setan merah yang ditemui tadi.

         Kita mulakan dengan Sheasy, seorang pemain serba boleh, cukup versatile dan mungkin juga dikategorikan sebagai 'underrated' dikalangan penyokong United sendiri. Itulah yang dapat aku ungkapkan kepada brader ni secara ringkasnya. Walaupun bukanlah hebat macam Paolo Maldini, dan setiap kali dia bermain jadi 'first 11', mesti aku akan ada rasa cemas, tapi tetap akan dikenang sebagai legenda United buat aku.


Salut untuk pemain serba boleh !

Nama : John Francis O'shea
Tarikh lahir : 30 April 1981
Tempat lahir : Waterford, Ireland
Posisi : Pertahanan, 'forward',tengah,...dan juga penjaga gol
Penampilan bersama United : 255 (10 gol)
Menyertai United : 1998 (debut pada 1999,vs  Aston Villa)


Tanggal 4 Februari 2007, berjaya mendapat 'cleansheet' ketika perlawanan menentang Spurs.

The very infamous last minutes goal versus Liverpool at Anfield 2007...kehkehkehkeh


                 Berkenaan Brown pula, menurut aku perpindahan beliau ke Sunderland memang tepat pada masanya berikutan perebutan dan persaingan merebut posisi yang hebat di bahagian pertahanan. Sejak musim lepas lagi terdapat ura-ura yang menyatakan bahawa Brown mungkin berpindah ke Newcastle.
             Tak dapat aku nafikan yang musim 2007-08 merupakan musim terbaik Brown sepanjang karier beliau di United. Tahniah, Brown dan semoga maju jaya! Jasamu terhadap United takkan kem United lupakan.


"Woit, Brown..lepaskan aku..dah nak mati tercekik aku ni", pinta Nani 

Nama : Wesley Michael Brown
Tarikh lahir : 13 Oktober 1979
Tempat lahir :  Longsight, Manchester
Posisi : Pertahanan
Penampilan bersama United : 232 (3 gol)
Menyertai United : 4 November 1996 (debut pada 4 May 1998,vs  Leeds United)


"Tumpang lalu, Messi" ujar Brown sopan


1 daripada 3 karier gol bersama United...dan yang ini menentang siapa lagi kalau bukan...kehkehkeh



.






No comments:

Post a Comment