Saturday, July 23, 2011

Dr. Oz

  
           Baru-baru ini, aku ada melihat sebuah rancangan TV, di saluran TV Al-Hijrah. Rancangan tersebut,bertajuk The Dr Oz Show memaparkan sebuah program kesihatan dan kisah mengenai kehidupan rakyat Aamerika yang mempunyai pelbagai masalah penyakit ;sedangkan mereka tidak mampu untuk membiayai penyakit tersebut.


Ini Os, bukannya Dr Mehmet Oz

          Sorfina sebenarnya yang sudah lama mengikuti program ini, dan mengenali doktor tersebut melalui rancangan Oprah yang diikutinya. Si isteri mengesyorkan kepada si suami yang rancangan ini begitu bagus sekali untuk ditonton, dan setelah memperuntukkan masa selama sejam untuk menonton program ini, memang ternyata begitu baik sekali untuk ditonton, lebih-lebih lagi bersama keluarga.

         Antara kisah yang mendapat perhatian pada sesi pertama tontonan aku sebentar tadi adalah kesusahan hidup yang terpaksa dilalui oleh sebuah keluarga yang terdiri dari 7 beranak. Bapanya baru diberhentikan kerja akibat 'recession', manakala ibunya pula seorang suri rumahtangga. Ujian hidup yang menimpa mereka adalah apabila tidak dapat memberikan pemeriksaan kesihatan yang sewajarnya (yang selalunya diberi pada kanak-kanak normal seusia mereka)kepada anak-anak kecil mereka yang berumur 3 dan 1 tahun. Anak kecil yang berumur 1 tahun itu pula hanyalah dikenalpasti menghidap penyakit jantung berlubang setelah mengikuti program kesihatan percuma oleh Dr Oz. Dalam program ini, Dr Oz dan pasukan doktor-doktor seangkatan akan bergabung tenaga untuk merawat dan memberikan program pencegahan terbaik kepada golongan-golongan susah ini secara percuma.

         Sewajarnya program-program seperti ini dapat dijalankan di Malaysia dan ditontonkan di saluran TV untuk memupuk kesedaran masyarakat secara amnya. Antara program TV yang baik bagi aku adalah seperti rancangan BersamaMu (TV3) dan juga Titik Sentuhan , Terus Bertindak (TV1) yang seharusnya dapat diperbanyakkan lagi agar kesedaran masyarakat tentang kesihatan dan juga tentang masalah sebilangan masyarakat yang kurang bernasib baik dapat ditingkatkan, hatta mendidik masyarakat khususnya yang beragama Islam untuk menjadi hamba Allah yang lebih bersyukur.

.
      

       

3 comments: