Friday, July 29, 2011

Qiu Li - pemain bola sepak Singapura yang boroi

           Aktiviti mengutuk, mencemuh dan mengeji selepas perlawanan timbal balik Malaysia menetang Singapura yang berkesudahan seri 1 sama, yang bermakna Malaysia tewas dengan aggregat 4-6 memang sudah dijangkakan. Ketika entri ini ditulis, barangkali kegiatan kutuk, puji, hambran kata-kata kesat mungkin sudah membanjiri laman sesawang Fesbuk mahupun Twitter.

          Ada yang kutuk pemain Singapura suka ber'pura-pura' lah, ada yang suruh Malaysia suap sikit kepada FIFA (sebab di Malaysia rasuah banyak), ada yang kata pemain Malaysia sendiri main macam bangang pun ada. Yang kata pemain Malaysia main macam tak da akal pun ada.

         Apa-apa pun, aksi paling power sepanjang perlawanan tadi, dua-dua orang pemain Malaysia nak buat 'bicycle kick', dua-dua tak kena. Safee dan Amirul Hadi. Hangpa tetap power walaupun tak kena. Apakan daya, bola itu bulat.

Inilah aksi paling  power yang dihebahkan...


          Untuk meredakan hati yang lara, memang dah stenbai baik ni nak kutuk mamat China import ni yanng main untuk Singapura.Main bola power, tapi perut boroi dan buncit. Apa kejadahnya ?

Qiu Li...gol pertama peribadi untuk Singapura ketika perlawanan di  Stadium Jalan Besar tempoh hari


.

     

No comments:

Post a Comment