Bukan mereka ini sahaja, rakan kakak iparku bersama isterinya juga turut serta. Anak-anak depa, tak silap aku, Yusuf dan juga, argh, aku dah lupa nama sorang tu, turut menemani. Buas dan lincah. Penat sungguh melayan telatah budak-budak ni, tapi kami cukup terhibur. Ya lah, budak-budak. Suci daripada dosa.
Black Opal, White Malaga, Loose Pelite dan black grape merupakan jenis anggur yang terdapat di ladang anggur Tasik Beris ni. Ntah berapa banyak lagi jenis anggr yang ada di dunia ini pun aku tak pasti. Yang penting, aku main hentam keromo sahaja bantai cakap ada lebih kurang ~25 spesis anggur di dunia ini semasa sesi perkongsian dengan rakan sekerja tadi.
Mereka beriya-riya menggangguk. Mungkin betul juga. Tapi, aku pun tak tahu sebenarnya. Main hentam saja labu. Sebenarnya, nombor 25 tu pun aku main petik ja ketika sesi 'sharing' tu. Kehkehkeh. Maaf ye yob.
Setelah penat dan dah puas berjalan-jalan sekitar ladang yang luasnya lebih kurang 34 ekar, baru kami tahu akan bagaimana penatnya menjadi peladang. Pergh, peluh mencurah-curah sekali di badan aku, terutamanya di celah ketiak. Kalau masa sekolah dulu, kami panggil fenomena ini, ketiak kolam.
Aku pun tak mau sembang panjang, hangpa try la pi sendiri ladang anggur ni. Tak rugi.Macam-macam kita boleh belajar dan paling penting, boleh meluangkan masa dengan keluarga dan menenagkan pikiran.
Ciao.
Bersama Tokoh Peladang anggur Kebangsaan 2011
.
hehe,, menjiwai keluh kesah peladang ke? ahaks..
ReplyDeleteowh, ada tanaman anggur kat sana rupanya..urmm
Sedak doh wasser...
ReplyDeleteAkmal : Aah. Peladang sebenarnya yang banyak berbakti kepada kita semua. Terima kasih.
ReplyDeleteKerk : Hang pun "sedak duh wasser"