Thursday, July 28, 2011

Penentuan ke kelayakan Piala Dunia 2014

           Semalam semua tiket sebanyak 85k dah terjual habis. Ni semua gara-gara rakyat Malaysia yang bagaikan dirasuk semangat 'Malaysia Boleh!' nak sokong pasukan Malaysia untuk menentang pasukan Singapura di Stadium Bukit Jalil malam ni. Hati teringin nak pergi sokong di sana, tapi apakan daya jarak 430 kilometer memaksa aku untuk menonton melalui kaca TV sahaja.

           Lagipun Sorfina demam. Baik aku teman dia dan layan bersama keluarga. Kena tarbiyah Sorfina ni sikit untuk sokong pasukan bola sepak Malaysia sebab dia kurang minat nak sokong. Hujahnya, pasukan bola sepak Malaysia banyk menghabiskan duit rakyat dan tak power sangat walaupun dah banyak duit dibelanjakan.

          Aku akur yang dia memang pakar bab-bab kewangan dan ekonomi ni. Apa-apa pun, mari kita menyokong (di kala kalah mahupun menang, jangan jadi 'glory hunter'). Bukan susah pun.

           Aggregat 5-3. Jadi Malaysia kena paling kurang kena balun Singapura 2-0. Pemain bolasepak Malaysia pulak kena la pandai buat kerja masing-masing. Penyokong semua dah macam naik hantu dah, siap buat Fesbuk nakkan Malaysia menang 3-0. Apa ada hal??

Lisa Surirumah dan Ronaldo pun dah mengaum. Hangpa pulak?


.

   

No comments:

Post a Comment