Gambar-gambar di bawah ni aku ambik dari laman sesawang Manchester United, sebuah pasukan yang power tak patut seantero alam. Baru-baru ni ahli pasukan depa pergi menziarahi sebuah Hospital kanak-kanak Royal Manchester untuk menemui kanak-kanak yang ditimpa malang dan sakit sempena sambutan Krismas.
Bukan aku nak promosi apa-apa atau nak sanjung sangat omputih ni,terutamanya yang bukan Islam tapi yang aku perati setakat ni(dan sejak beberapatahun dahulu lagi dah),ukhuwah serta usaha komuniti pasukan bola sepak omputih ni lebih erat dan 'kacip' dengan masyarakat, terutamanya yang kurang bernasib baik. Contohnya untuk tahun lepas semasa Krismas, ahli pasukan Manchester United berkunjung ke rumah orang tua-tua di Manchester. Tahun ni depa pergi hospital kanak-kanak pula.
Aku harap usaha serta ikatan komuniti yang sama dapat dilakukan dan dicontohi sama oleh pasukan bola sepak samada negeri ataupun pasukan kebangsaan Malaysia. Mungkin ada ataupun aku yang tak berapa ambil pot, tapi tu lah masalahnya, kurang pendedahan.
Benda yang sama aku rasa boleh dilakukan oleh pasukan bola sepak negeri ataupun kebangsaan Malaysia untuk rapat dengan penyokong,peminat serta masyarakat tanah air ialah; contohya dengan menziarahi orang-orang sakit di hospital, majlis buka puasa Ramadhan dengan anak-anak yatim dan sebagainya. Itu pendapat aku lah. Kalau ada yang tak bersetuju dan cuma nak pasukan bola sepak cuma main, berlatih dan apa bana lagi sahaja tanpa menghiraukan peminat serta penyokong itu terpulanglah.
Perangai dan budaya omputih ni,selagi mana yang baik dan menepati syariat Islam, kita ikut, mana yang tak baik,kita tinggal dan buang jauh-jauh. Apa-apapun Rasulullah S.A.W contoh ikutan paling power dan terbaik. Semoga kita semua mendapat pengampunan dan hidayah daripada Allah S.W.T.Amin.
No comments:
Post a Comment