Vitagen perisa LB; feveret sepanjang zaman aku
Menurut pendapat dan kajian aku lah setakat ini, rakyat Malaysia rata-rata gemarkan minuman Vitagen. Lebih-lebih lagi kalau ianya dapat secara percuma. Termasuklah aku. Aku mula kenal minuman Vitagen ni masa sekolah rendah dulu sebab lori dia datang sekolah dan cikgu ada buat pengumuman untuk beli.
Masa tu iklan Vitagen dekat tv aku rasa belum ada takpun aku yang tak berapa ambil pot. Lain lah sekarang media massa punya belambak, sampai tak payah buka tv pun boleh tau pasal benda-benda baru; contohnya melalui fesbuk dan lain-lain.
Dulu waktu kecik-kecik aku selalu pikir sebab apa botol minuman Vitagen ni kecil tak patut. Tak puas rasanya kalau pekena sekali. Alang-alang mesti nak pekena dua botol sekali. Waktu tu aku pikir mungkin sebab minuman ni macam ubat sebab tu kandungan dia sikit. Ubat kan mana boleh ambik banyak-banyak nanti timbul penyakit pulak.
Tapi bila pikir-pikir balik, mungkin kandungan sebotol dia sedikit sebab nak bagi budak-budak macam aku minum dan terus minum lagi hatta meningkatkan lagi jualan air Vitagen ni. Tapi masa kecik dulu tu aku tak pikir lah yang ini mungkin salah satu strategi 'marketing'; sebab perkataan strategi tu pun aku masih tak berapa nak kenal dan tak berapa pandai nak eja.
Paling tak boleh blah sekali ada mamat mana dah dalam kelas aku cakap yang perisa LB yang menjadi kegemaran aku tu perisa 'Lemak Babi'. Cilaka betul. Mula-mula jadi was-was jugak aku sebab masa tu 'scene' halalan toyyiba kat Malaysia ni belum nak 'up' sangat macam sekarang. Aku tengok mamat budak kelas aku tu yang cakap ada lemak babi tu rupanya senyap-senyap dia pun beli jugak perisa tu dalam diam-diam.
Last-last aku tau jugak yang LB tu sebenarnya singkatan kepada Lacto Basilus, sejenis bakteria baik la macam tu lebih kurang.
Macam biasa lah budak-budak ni bukan berapa ambil pot sangat. Cakap lah ada lemak babi ka apa ka semua depa tibai dan balun. Harapan aku agar para ibu-bapa ambil serius pasal halal -haram ni dengan anak-anak.
perasan tak apasal straw dia pun cinonet je?
ReplyDeleteAku rasa kalau straw dia saiz besar maunya sekali sedut dah habis..itu kalau aku la
Deletemacam minum teh tarik jugak, tak boleh bagi sekali teguk terus habis. kena sikit-sikit sambil sembang baru nikmat. macam tu la kot konsepnya...
ReplyDelete