Friday, December 28, 2012

Bonus

        Dapat duit bonus adalah sesuatu yang hampir semua orang yang makan gaji macam aku ni suka. Ada juga yang tak berapa suka tapi aku tak pernah bertemu lagi lah setakat ni. Mungkin ada. Alasannya, sebab bonus terlampau ciput barangkali. Tapi kesudahannya aku rasa suka jugak lah kan walaupun sekecil atau seciput mana.

        Aku pernah dengar yang ustaz selalu cakap kalau orang makan gaji suka kalau dapat bonus, kalau orang Mukmin yang betul-betul 'true' pula suka bonus Ramadhan. Bonus luar biasa Ramadhan ni tak nampak,sebab tu yang 'true' sahaja yang suka. Tu ustaz la cakap, aku cuma sampaikan aja la yang mana aku dengar.

        Yang power pasal bulan Disember ni adalah sebab orang makan gaji macam aku akan dapat bonus. Yang paling haprak setiap bulan asal masa keluar dan dapat duit gaji, maka secara auto dan telah termaktub maka pada hari yang sama atau hari-hari selepasnya itu jugalah aku dan hangpa-hangpa diluar sana yang turut makan gaji untuk turut membayar segala mak nenek hutang piutang.

         Pernah juga aku dengar kabor siap ada orang buat persamaan matematik (atau kimia/thermodinamik) lagi pasal duit gaji. Persamaannya berbunyi " hari dapat duit gaji = hari keluar duit bayar hutang ". Ada jugak kesahihannya disitu. Aku tak nafikan.

          Paling tak power sekali pasal bulan Disember ialah bila dapat gaji sekali dengan duit bonus, maka secara auto, 'income tax' atau cukai pendapatan akan dikenakan dengan tahap yang paling cilaka tinggi tak patut. Kalau dapat gaji contohnya lah kan, RM 1000 berserta bonus, maka secara auto 'income tax' yang dikenakan ialah hampir setengah daripada jumlah tersebut,yakni RM 400++. Sebab tu aku cakap macam cilaka tak patut. Tapi setakat ni bukan aku sahaja yang kata.

        Aku harap agar kerajaan Malaysia di bawah pimpinan pemerintah yang hebat lagi gah macam Haji Najib Tun Razak bersama-sama dengan wanita pertama Malaysia yakni Yang Amat Berhormat Datin Paduka Dr Seri Hajjah Rosmah Mansor dapat merancang hatta menggunakan duit 'income tax' yang telah disumbangkan oleh rakyat Malaysia dengan betul dan bijaksana. Khalas.  

No comments:

Post a Comment