Sunday, December 16, 2012

Aunty Prathin dan uncle


           Orang Melayu suka makan tom yam tapi banyak yang tak tau tentang asal-usul tom yam. Ini termasuklah aku. Tapi di sini bukanlah tentang tom yam yang aku nak ceritakan. Yang aku nak cerita kali ni ialah tentang jiran baru aku, Aunty Prathin dan suaminya, Uncle. Aku lupa nama penuh uncle jiran aku ni sebab selalu tegur dia panggil uncle sahaja. Jiran baru ini aku kenal dek kerana aku baru sahaja berpindah ke rumah sewa baru 3 bulan lepas. Jadi, sepatutnya akulah yang menjadi jiran baru kepada mereka, ye dok?

           Aunty Prathin bersama suaminya ni memang betul-betul fasih berbahasa Melayu. Memang tahap gaban punya fasih dia. Padahal aunty ni asalnya orang Siam manakala uncle pula Cina berbangsa Tionghua.Kalah yang macam baca berita dan sesetengah menteri Cina tu.Kalau tak percaya hangpa boleh mai rumah aku dan bercakap dengan dia. Memang true wa cakap lu. Aunty Prathin ni surirumah tangga sepenuh masa,manakala Uncle kerjanya pegawai apantah di Pejabat Pelajaran Daerah Kulim dan Bandar Baharu. Memang power lah pangkat dia dalam gomen, setelah lebih 25 tahun berkhidmat rasanya. Senang cerita memang boleh dapat anugerah 1 Malaysia punya oranglah.

         Yang aku respek dengan depa ni sebab depa ni memang orang yang baik. Selalu bertegur sapa dengan  aku dan Sorfina. Memang prihatin betul. Sekali dengan Adelia pun dia sapa dan dukung. Kalau baru balik kerja petang tu dan sembang-sembang sampai agak lewat dengan depa, kalau dah mula azan Maghrib tu ,dia siap suruh masuk rumah dan pergi solat. Aku harap suatu masa nanti depa dapat hidayah dari Allah S.W.T.

        Satu lagi yang power ialah pasal keluarga Aunty Prathin ni pandai-pandai. Anak-anak dia memang pandai habaq hang. Anak sulung dia perempuan sekarang tengah belajar bab-bab akaun dekat Birmingham sana. Anak kedua lelaki tengah belajar 'engineering' di Universiti Teknologi Petronas tu. Dulu dia dapat belajar dekat German tapi sebab dia jenis 'homesick', jadi minta belajar dekat-dekat saja. Anak ketiga lelaki sambung STPM. Anak lelaki yang keempat pulak baru lepas PMR dan yang bongsu lelaki baru habis UPSR.

        Mengikut Aunty Prathin ni, yang merisaukan dia sekarang pasal anak bongsu dia tu. Kuat sangat main komputer 'game' dan apa bana permainan konsul lagi. Pergi mana-mana pun mengadap benda alah tu ja. Haritu aku tegur Aunty Prathin dia cakap dia lega sikit sebab minggu lepas anak dia tak dapat main game sebab dekat kampong dia internet 'line' sangat hampeh. Aku balas la pulak cakap haa baguslah macam tu, boleh pergi mancing ke, tebas rumput panjang ke, sapu laman rumah nenek ke apa yang patut. Yang anak dia yang laki atas-atas tu dia tak berapa risau sangat sebab tak suka sangat main 'game-game' ni. 'Interest' depa cenderung bab-bab repair dan bikin kereta dengan motorsikal, terutamanya yang STPM tu. Aku pun tak tau nama dia. Bahasakan diri 'i' 'you' ja dengan dia. Oklah sebab uncle ada banyak kereta , walaupun duduk rumah teres boleh isi 2 buah kereta saja. Tapi uncle ada 4 kereta; 1 Unser, 1 Opel Manta, 1 Kancil dan 1 lagi Proton Saga BLM. Yang dua kereta lain dia parking tepi jalan. Yang selalu anak dia bikin yang kereta Opel Manta lama tu. Aku tengok anak dia tu pun berbakat dan ada potensi nak jadi macam Paul Tan.

******
         Semalam Aunty Prathin tegur aku lepas balik kerja dia kata lama tak jumpa tempoh hari. Aku cakap aku ambik cuti lama haritu sebab Awal Muharram dan cuti Deepavali. Dia cakap dia pun balik kampung dia dekat Baling minggu lepas. Nasib baik aku peka dengan isu semasa (piiigidah !, padahal baca dalam fesbuk) dan tanya dia balik kampung sebab nak sambut Loy Krathong ka?. Dia jawap owh tau ka pasal tu. Aku jawap tau sikit-sikit ja la. Macam kena hanyutkan abu dalam sungai macam tu lah lebih kurang.

         Tapi silap lah pulak. Hampeh. Dia cakap balik bukan abu mayat. Kena hanyutkan bunga teratai. Owh,aku balas balik macam tu rupanya sambil senyum-senyum. Sebabkan aku memang dah nak pergi buang air sangat masa tu, jadi aku pun cepat-cepat minta izin nak masuk rumah kata ada hal. Kalau tak mesti perbualan akan berlarutan,sebab Aunty Prathin ni memang A lah dia punya keramahan.

         Sempoi rasanya dapat jiran yang baik-baik macam Aunty Prathin sama dengan uncle ni.


   

No comments:

Post a Comment