Wednesday, December 5, 2012

Adelia batuk

        Cuaca sekarang memang tak menentu. Eh, tapi dari dulu lagi aku rasa cuaca ni sukar ditentukan, tapi hanya boleh diramalkan. Tapi itu yang aku rasa lah. Sekejap panas gila dan sekejap hujan turun dengan selebat-lebatnya di Kulim ni.

        Sekarang ni pulak anak aku Nur Adelia termasuk lah aku sekali dan Sorfina diserang batuk dan sakit tekak. Nak dekat seminggu jugak lah suara aku jadi macam Ramli Sarip. Argh bosanlah asyik-asyik suara macam Ramli Sarip. Nak macam Thom Yorke pulak lah. Aku kena sakit tekak, batu dan sakit kerongkong sejurus selepas Sorfina sembuh. Kiranya sekarang giliran Nur Adelia dan aku pulak.

Suasana di Klinik Kanak-kanak Kamachi
     
        Yang kesiannya dekat Nur Adelia ni bila dia batuk, mula lah dia payah nak tidur. Asal batuk ja terjaga dari tidur. Lepas tu lapar susu. Tapi aku paling respek dekat bini aku Sorfina. Memang tak lekang dek panas, tak panas dek hujan dia punya ketahanan, kesabaran,dedikasi dan macam-macam lagilah; baik dari segi mental dan fizikal. Aku pulak? Aku sejujurnya tak boleh buat apa lah sebab Nur Adelia kebanyakkannya nak susu sahaja, maksud aku susu badan, jadi aku teruskanlah tidur. Tapi banyaknya aku tumpang simpati la sambil tidur tu, sambil kadang-kadang bagi kata-kata motivasi. Cewahh.

        Aku doakan agar Nur Adelia cepat sembuh. Sorfina punya doa aku pikir lagi banyak rasanya, ya lah naluri seorang ibu beb.Semalam kak Yong kak ipar aku dengan Abang Di biras aku bawa Adelia jumpa doktor untuk check dan dapatkan ubat homeopathy. Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka berdua aku ucapkan.

       

No comments:

Post a Comment